Jumaat, 19 Februari 2016

Pilu seorang guru...Cerpen untuk guru..Selamat Hari Guru..

Cerpen untuk Guru... 

Jamilah Yusuf! Keluar! cepat! Suasana kelas 6B sunyi sepi..tiada siapa yang berani bersuara. Begitulah keadaan kelas tersebut setiap kali Cikgu Jamali naik berang. Ja.ja.jamilah tak hadir cikgu! Zaki memberanikaan diri mencelah. Hah! Ponteng lagi? Bentak cikgu Jamali. “Entahlah cikgu..sejak akhir-akhir ni dia sering tak hadir”. Siapa tahu di mana rumahnya? Saya tau cikgu… tapi saya pun tak pernah pergi ke rumahnya, jauh la cikgu.”. Jawab Remi. 

Setelah selesai menanda kedatangan pada hari itu, cikgu Jamali bergegas ke kantin sekolah. Di sanalah dia menghabiskan masa kalau tak ada kelas. Dia jarang ambil tahu masalah murid-murid, asalkan mulut berasap. Mak lang! Kopi secawan! Macam biasa, kaw punya!” 

Adik! cepat sikit, kita dah terlewat ni, hari ini kakak mesti pergi sekolah, kakak nak bagi tau yang emak sedang sakit. Jamilah mengarahkan Jamil adiknya supaya cepat. “Jangan lupa ambil bekal kat dapur tu ye… Begitulah rutin harian dua beradik itu ke sekolah. 

Dengan menaiki basikal usang peninggalan arwah bapanya itulah, mereka berulang alik ke sekolah yang jauhnya hampir 11 kilometer dari rumahnya. Jalan belukar yang dilaluinya pula agak becak. Apa lagi kalau hari hujan. Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Jamilah dan adiknya. 

Pernah suatu hari Jamilah dan adiknya terjatuh dek kerana jalan terlalu licin dan becak. Dengan baju yang bertukar warna mereka terpaksa pulang ke rumah. “Dik, nanti waktu rehat akak tunggu di bawah pokok belakang sekolah ya..” nanti kita makan sama-sama. Jamil mengangguk-ngangguk kepala. Jamil cukup dengar kata-kata kakaknya itu. Loceng sudah 10 minit berbunyi. Sesudah bertugas menyapu lantai, Jamilah berehat di kerusi sambil membelek-belekkan buku latihan yang dua tiga hari tidak dijenguknya. Mira! Ada kerja rumah tak, emmm… kerja Matematik? Ada! Jawab Mira. Minta tengok jap..pinta Milah. 

Semua banguuuun! Suara Zaki kuat memecah sunyi. Assalamualaikum, cikgu Jamali garang memberi salam. Mmana Jamilah? Gertak cikgu Jamali. Sssaya cikgu…” Suara jamilah agak perlahan.. cepat keluar! Cepat! Jamilah cepat-cepat keluar ke hadapan. Dia tau kalau lambat nanti pasti ada pula hadiahnya. Sebaik sahaja Jamilah sampai di hadapan meja guru…Pangg!!!! Satu tamparan kuat hinggap di pipi lesu Jamilah. Berani tiap-tiap hari kamu ponteng ya! Jerkah cikgu Jamali. Jamilah menahan kesakitan, bagaikan nak pitam rasanya. 

Suasana kelas terkedu..sunyi sepi. Air mata mula membasahi pipi Jamilah…se..se..sebenarnya…Ah! jangan pandai cipta alasan, cikgu tak mau dengar semua itu. Mmasuk! sergah cikgu Jamali. 

Waktu rehat Jamil setia menunggu kakaknya di belakang sekolah. Akak! Kenapa akak lambat? Jamil bertaya kakaknya sebaik sahaja Jamilah sampai. Akak menangis ya? Ah! Tak lah…”akak kena marah cikgu lagi ya?” Jamil mendesak. Marilah kita makan. Adik makanlah dulu, nanti tinggalkan yang lebihnya untuk akak. 

Setiap kali waktu rehat, di situlah mereka berdua berada. Sambil menjamah nasi berlaukkan pekasam yang menjadi menu harian mereka berdua, apa nak buat hanya itu sahaja yang mereka ada. Ke kantin jauh sekali. 

Dah seminggu Jamilah tak datang ni! Ada siapa-siapa yang tahu kenapa? Erm…Dia ada kirim salam kat cikgu, dia minta maaf sebab tak dapat datang sekolah dalam masa terdekat” kata Mira. Dia tak cakap apa-apa lagi Mira? Tak cikgu.. Cikgu Jamali termenung..terasa bersalah pulak. Hari tu pun dia tak sangka boleh bertindak sedemikian terhadap Jamilah. Semalaman cikgu Jamali sukar untuk melelapkan matanya..“Hari ini aku mesti ke rumah Jamilah…bisik cikgu Jamali. Zaki, boleh tunjukkan cikgu jalan macamana nak ke rumah Jamilah. Zaki menganguk. 

Berterbangan debu mengiringi kereta Honda cikgu Jamali mulusuri jalan berdebu menuju ke kampung Bahagia. Ah! Teruknya jalan…patutlah baju yang dipakai Jamilah kemerahan…selama ini cikgu Jamali selalu memarahi Jamilah..kerana bajunya kotor…kadang-kadang menghinanya..comot!!! 

Itu agaknya rumahnya…masya Allah! Terkedu hati cikgu jamali melihat keadaan rumah yang bagaikan tak layak dihuni…setelah mematikan enjin kereta, cikgu Jamali membelek sesuatu dan di bawanya…

Assalamualikum, assalamualikum…banyak kali Cikgu Jamali ulangi salam…sayup-sayup salam itu dijawab, suaranya pula agak perlahan. Namun tak ada pun yang datang jenguk… Akkaak!! Akak ada kereta lah, akak nampak tak kat depan tu? Jamil terus meluru ke sana.. Jamilah membiarkan sahaja adiknya, dia mencuci kakinya yang berlumpur sambil mengangkat bakul yang penuh berisi pucuk paku ke dapur. 

Ah..siapa pula yg datang ni..Jamilah terus mendapatkan ibunya yang terbaring di penjuru bersebelahan dapur. Ibu dah makan? Tanya Jamilah manja. Dah nak..tak bermaya suara. Ibunya menunjuk jarinya ke arah pintu mengisyaratkan ada orang datang. Sejurus itu, Jamil meluru dari arah dapur…akak! Cikgu Jamali datang! Adik takut la akak…Jamil merengek. Eh..apa yanga adik nak takutkan…dia cikgu kita kan. Jamil mengangguk. 

Jamilah mencapai selendang dan meletakan di kepalanya.. Assalamualikum! Cikgu Jamali terus memberi salam. Apa pun dia mesti berjumpa dengan ibubapa Jamilah, dia ingin memohon maaf atas kesalahan yang dilakukannya terhadap Jamilah. Dah banyak kali dia menyakiti hati Jamilah, entahlah sejak akhir-akhir ini perasaannya terhadap Jamilah…entahlah..semacam ada sesuatu..malah tak keterlaluan bila cikgu Jamali merasai dan mula mengangap Jamilah seperti anaknya sendiri.. 

Waalaikumussalam..oh cikgu! Ingatkan siapa tadi..Jamilah melirik senyuman..silakan naik cikgu! Dah lama cikgu sampai? Maaflah cikgu, saya baru je balik tadi….ermm…macam nilah rumah saya cikgu, tak seperti rumah cikgu..nanti saya ambilkan tikar..eh, tak payah lah Jamilah…Jamilah menghamparkan tikar megkuang usang.. Cikgu Jamali perasan yang Jamilah semacam menyembunyikan sesuatu dari pandangannya. Cikgu duduk dulu…Milah!Milah! suara ibu Jamilah lemah memanggil..Itu suara siapa tu Jamilah? Tanya cikgu Jamali. Oo..itu mak..dah tiga bulan mak terlantar cikgu.. dia lumpuh cikgu. 

Bagai halilintar memecah sunyi malam…begitulah hati cikgu Jamali sebaik mendengar penjelasan Jamilah..Apa? dah tiga bulan? A’ah cikgu….patutlah dalam dua tiga bulan ni Jamilah asyik tak datang sekolah…oh Tuhan! Ampunilah hambaMu ini…aku sedar aku telah banyak melakukan kesilapan..terutama pada Jamilah..aku bertindak tanpa usul periksa. Aku masih tak dapat buang sifat panas baranku ya Allah… Cikgu! Jemput la minum….Cikgu Jamali tersentak dari lamunan bila Jamilah menuangkan kopi…ahh, buat susah-susah je Jamilah..

Sedang Jamilah asyik menuang kopi, mata Cikgu Jamali terpaku pada pipi kiri Jamilah yang bengkak kemerahan..ada lagi kesan lima jari…ya, bekas jarinya. Seingat cikgu Jamali, itulah kali pertama dia melempang murid perempuan…bagai nak pitam..cikgu Jamali tertunduk hiba..dia tak dapat menahan perasaan sebak di dada…dua tiga titisan jernih menitik..cikgu minumlah dulu ye, saya nak ke dapur sekejap..pinta Jamilah lembut. Tunggu dulu Jamilah..ermm dari tadi lagi lupa pulak cikgu nak tanya..mana ayah kamu? Dia ke mana? Jamilah terkedu dengan pertanyaan itu..Jamilah terpaku…dengan nada tersekat-sekat Jamilah menjawab. Se.se..sebnarnya ayah dah dua tahun meninggal cikgu..dia terjatuh dari pokok semasa mengambil madu lebah. Hah!! Bagai tak percaya! Bagai dentuman kuat meletupkan kawah hatinya…saat ini Cikgu Jamali tak dapat lagi menahan hiba, air matanya mengalir..cikgu Jamali menundukkan kepala menahan sebak…hancur luluh hatinya…terlerai keegoan yang selama ini menebal di jiwanya… 

Jamilah berlalu meninggalkan cikgu Jamali…cikgu saya masuk dalam dulu, saya nak mandikan mak..baru Cikgu Jamali sedar kenapa Jamilah sering  tidak ke sekolah..rupa-rupanya Jamilah terpaksa berkorban untuk menjaga ibunya. Selama ibunya terlantar, Jamilah lah yang berkerja mencari sesuap nasi. Selepas solat Subuh Jamilah akan ke rumah jiran-jirannya mengambil upah mencuci pakaian. Itulah kudrat Jamilah yang ada. Selesai mengambil upah mencuci pakaian, dia ke belukar pula mencari pucuk paku untuk dijual... 

Nanti dulu Jamilah, boleh cikgu tengok emak kamu? Pinta cikgu Jamali..Jamilah agak keberatan…Cikgu teringin sangat nak jumpa dengan mak kamu..baiklah cikgu. Jamilah mempersilakan cikgu Jamali.. Assalamualai…..salam cikgu Jamali terhenti! Sekali lagi cikgu jamali terpaku..dia bagaikan tak percaya betapa susuk tubuh yang lesu itu seakan pernah ditatapntnya puluhan tahun yang lalu...helaian memori cikgu Jamali mula bersimpang siur di fikiran..cikgu Jamali merenung wajah ibu Jamilah..diamat-amatinya..memang wajah itu pernah  ditatapnya..walaupun sedikit berubah, tapi dia masih mengenalinya…

Tiba-tiba mata Cikgu Jamali terpaku pada sesuatu..kesan parut.. ada! ya! Itulah wajah yang dicari selama ini..parut yang disebabkan oleh insan yang kini sedang berada di sisinya…secara tak sengaja batu lastik yang dilepaskan Jamali terpantul terkena tepat di dahi..masa itu Jamali sedang melastik burung merbah yang hinggap di dahan manggis di belakang rumah. Entah kenapa, batu itu melantun ke arah dapur rumahnya…aduh! Kedengaran suara dari dapur..Jamali!!!Jamali!!!Cepat!!! Ambilkan kain dan ubat…masa itu ayah dan ibu Jamali ke bendang.. Ada apa kak??? Ada apa lagi!!!apa yang kau lastik ni..akak ke burung?? Jamali ketakutan melihat darah membasahi pipi kakaknya.. 

Kakak! Kakaaak…Kakaaaaaaaaaak!!!!!!!!!! Cikgu Jamali terus memegang erat tangan dan memeluk insan yang sedang terbaring di sisinya itu..Cikgu Jamali terus memanggil kakaknya..dia tak dapat lagi menahan segalanya…cikgu Jamali menangis semahu-mahunya… Jamilah! Jamil! Mari sini nak..cikgu Jamali menarik tangan Jamil dan Jamilah .. kedua-dua beradik itu masih terpinga-pinga mengikut sahaja arahan Cikgu Jamali…Cikgu Jamali memeluk erat kedua-duanya sambil menangis sekuat-kuatnya...maafkan pak cik Milah..Jamil..ni pak cik kamu..mak kamu tu kakak pak cik..sudah bertahun pak cik mencari mak kamu..keempat-empat beranak saling berpelukan dalam sedu tangisan penuh hiba…cikgu jamali tak habis-habis memohon kemaafan terhadap kekasarannya terhadap jamilah……maafkan pakcik milah…maafkan pakcik jamil..maafkan Mali kakak..Mali banyak berdosa pada Milah..pada Jamil…Cikgu Jamali terus menangis… 

Kesihatan Jamaliah semakin pulih, sejak menjalani rawatan fisioterapi di klinik berdekatan, dia sudah mula mampu berdiri tapi masih perlukan bantuan tongkat. Jamilah dan Jamil pun semakin ceria. Dia tidak lagi perlu menunggang basikal puluhan km untuk ke sekolah. Baju pula tidak lagi merah dek debu..nasi berlaukan pekasam sudah lama tak dijamah.. Jamilah pula agak keberatan untuk meninggalakan ibunya untuk ke sekolah berasrama penuh, walaupun mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR, tambahan pula kesihatan ibunya yang perlu diberi perhatian. Dia mengambil keputusan untuk ke sekolah menengah yang berhampiran. Cikgu Jamali pun tidak membatah. Cikgu Jamali merasa cukup bahagia dapat diketemukan kembali dengan kakak kandung tunggal kesayangannya yang terpisah hampir 25 tahun… 

“Rupa-rupanya ada hikmahnya kenapa aku bertindak begitu terhadap Jamilah…kalau tidak masakan dapat bertemu dengan kakak dan dua anak saudaraku tu..” menungan cikgu Jamali melihat gelagat Jamilah dan Jamil yang sedang bermain badminton di halaman rumah. Cikgu Jamali pun, selama mendirikan rumah tangga 10 tahun yang lalu rezekinya belum ada. Namun dengan kehadiran Jamilah dan Jamil sudah cukup mengubat kesunyiannya. Isterinya Hanim juga bahagia dengan gelagat anak-anak itu…Cikgu Jamali berazam untuk menjaga dan terus mengubati penyakit kakaknya yang sudah pun meunjukkan tanda-tanda semakin pulih.. 

PS: Cikgu2...usah cepat menghukum anak muridmu..selidiki dahulu apa masalah mereka..barangkali masalah mereka lebih rumit dari masalah yg cikgu2 hadapi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan