Wednesday, October 24, 2012

Sejarah Sofa dan Marwah

Sofa Dan Marwah


Sofa dan Marwa kisah bermula
Siti hajar berhati mulia
Taatkan Allah juga suaminya
Biarpun hidup penuh derita

Nabi Ibrahim suami tercinta
Menerima wahyu perintah Allah
Suatu suruhan mengandungi hikmah
Mereka berdua harus berpisah


Menangis Hajar mendengar kisah
Pilu hatinya dihambat resah
Mengenang nasib telah tersurat
Hidupnya bakal menempuh susah

Sofa dan Marwa kisah bermula
Siti Hajar berhati mulia
Taatkan Allah juga suaminya
Biarpun hidup penuh derita

Nabi Ibrahim hatinya rawan
Anak dan isteri harus ditinggalkan
Namun dirinya tak dapat melawan
Perintah Allah segera dilaksana

Dipadang tandus Hajar ditinggalkan
Tiada teman tiada taulan
Hanya anaknya menjadi kawan
Pujuk dan rayu tak dipedulikan

Sofa dan Marwa kisah bermula
Siti Hajar berhati mulia
Taatkan Allah juga suaminya
Biarpun hidup penuh derita

Tika mentari membakar terik
Sesusuk tubuh lesu tak bermaya
Habis bekalan susu kekeringan
Menangis Ismail haus kelaparan

Hajar berdoa dengan hibanya
Mengharap air membasah dahaga
Tanpa diduga terpancar air
Dari hentakkan kaki anaknya

Sofa dan Marwa kisah bermula
Siti Hajar berhati mulia
Taatkan Allah juga suaminya
Biarpun hidup penuh derita

Semoga pengorbanan suci Hajar memberikan kita keinsafan betapa pengorbanan adalah syarat untuk kita mendapat Ridha dan kasihNya..

Monday, September 3, 2012

Malam Pertama Yang Indah...

 Malam Pertama Yang Indah..

Sabun Susu Beras..Berkesan mengatasi masalah jerawat, jeragat, bintik2 hitam serta meremajakan kulit. 100% Natural!
Sila ke:
Bagi insan bertuah yang bergelar pengantin baru, malam pertama adalah malam yang ditunggu-tunggu dengan penuh debaran...malam pertautan hati, jiwa dan jasmani dua insan yang telah diikat dengan akad sebagai mengambil dan memikul amanah dari Allah s.w.t.

Berbagai petua dan tatacara sebolehnya ingin diketahui sebelum malam itu menjelang tiba. Maka orang-orang dewasa dan berpengalamanlah yang menjadi tempat mengajukan sebarang persoalan. Namun segala petua dan saranan itu lebih kepada perkara yang hanya berlegar tentang hubungan intim sahaja. Bagaimana cara untuk itu dan ini dan macam-macam lagi..

Sebenarnya kita terlupa betapa malam pertama ini adalah malam penentuan dan perhitungan bagaimana bahtera rumahtangga yang baru dibina sebentar tadi mahu dilayari. Baik buruk, lancar atau tidak pelayaran itu akan ditentukan pada malam baru ini.

Bersempena malam baru dan pertama melayari bahtera rumahtangga, perkiraan tentang 'hubungan badan' bukanlah perkara utama yang perlu difikirkan. Malah di sana ada perkara-perkara penting yang harus diberikan keutamaan.

Kalau kita perhatikan, banyak 'sempena'-'sempena' yang berlaku dalam hidup kita seharian terutama bagi seorang muslim..untuk memulakan sesuatu yang baru. Contohnya, Ma'al Hijrah, Nisfu Sya'ban, Ramadhan, Hari Raya, Hari Lahir, Pergi Haji atau Umrah..

Termasuklah Pengantin Baru yang bergelar orang baru; saat baru ini adalah saat terbaik untuk kita merencanakan jalan hidup bersama yang perlu ditempuhi. Bukan mudah melayari bahtera kasih ini..nantinya pasti akan berhadapan dengan badai, angin ribut, petir halilintar...bak kata sang penyanyi terkenal..tak semudah yang kita impikan...

Justeru itu, urusan hubungan badan usahlah menjadi pokok persoalan walaupun tidak dinafikan ianya penting, namun yang lebih penting ialah menentukan halatuju bahtera rumah tangga dan mempersiapkannya dalam menghadapai sebarang kemungkinan, pahit manis masam masin dan sebagainya..

Sebagai pasangan Muslim, sudah tentu di sana ada saranan-saranan agama bagaimana memulakan hidup baru sebagai suami isteri...kalau sebelum ini masing2 hidup entah ke mana hala...maka malam pertama inilah saat yang paling sesuai untuk kita arahkan bahtera ini agar sentiasa berada di bawah perlindungan dan peliharaan serta dikurniakan keberkatan oleh Allah s.wt.

Perkara-perkara yang mesti dilakukan oleh Pengantin baru pada Malam Pertama ini;

Selain saranan-saranan yang anda boleh baca dalam pelbagai buku dan artikel, jangan pula dilupai akan perkara-perkara yang penting ini;

1.Membersihkan dan menghias diri sebaik yang mungkin.
Kesibukan seharian dengan upacara perkahwinan sedikit sebanyak menjadikan tubuh badan kurang enak. Justeru menjelang malam, badan perlu dibersihkan serta berhias sebaik mungkin baik suami apa lagi si siteri. Pakailah pakaian yang paling indah dan sesuai untuk beribadah. Isteri diberi peluang bersiap lebih awal agar bisa pula dia menyediakan diri untuk berhias secantik yang boleh di samping kelengkapan untuk bersolat.

Selesai sahaja si suami membersihkan diri, berilah layanan pertama anda yang sepatutnya; menyediakan pakaian,wangi-wangian untuk suami; pastinya sejadah sudah pun terhampar rapi; jangan lupa sediakan minuman dan manis-manisan (sediakan lebih awal)

Nota: Boleh juga disertakan niat mandi Sunat Taubat..

2. Solat Sunat Pengantin/Solat Sunat Taubat dan Hajat.
Suami mithali tentunya mampu untuk mengimami sebarang solat. Justeru bakal suami perlu mempersiapkan diri dengan ilmu agama paling tidak yang berkenaan Fardhu Ain. Alangkah malangnya andai suami kita tidak tahu perkara-perkara asas agama ini. Nasiblah...isteri terpaksa ajarkan dulu..terganggulah program/agenda malam pertama ini.

Solat sunat Pengantin biasanya dilakukan sebelum atau selepas aqad nikah. Andai belum lagi dilakukan, maka lakukanlah pada malam ini. Sertakan juga solat Taubat dan Hajat. Istighfar &Taubat dengan melaukan Solat Sunat Taubat.


Inilah segala permulaan dalam menekuni jalan menuju Ilahi. Perkahwinan adalah maksud melaksanakan amanah Allah seperti yang telah dijanjikan (aqad). Maka..istighfar dan taubat adalah detik permulaan yang cukup indah bagi mendapatkan restu ilahi. Apatah lagi kalau zaman sebelum kahwin, tahu-tahu sahajalah...banyak dosa-dosa yang kita sering lakukan...maka inilah waktu terbaik untuk kita kembali kepadaNya.

Manakala antara doanya;
“YA Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad sae dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”


“Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik,lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram.Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa.Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, ister/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai.Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami.Engkau peliharalah kami,isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami,isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah,kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali), Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

 Susuli pula dengan doa taubat dan istighfar kepada Allah s.w.t.  

3. Bersalaman Selepas berdoa; Si isteri bersalamlah dulu dengan si suami; antara perkara yang diajukan..minta supaya suami menerima dirinya seadanya. Baik buruknya. Manis masamnya. Cakaplah apa sahaja kepada suami asal tidak melukakan hatinya. Begitu juga dengan si suami.  

4. Bincangkan hal ehwal mandi Janabah; Sekadar ingat mengingati. Manalah tau si suami atau isteri yang mendapat pasangan yang tidak mengerti soal mandi junub..besarlah akan makarnya.  

5. Meterai Perjanjian Bertulis. Siapkan pena dan kertas untuk kedua-dua mempelai menulis dasar perkahwinan. Bagi suami, tulislah apa sahaja yang dia inginkan isteri melakukannya dan dia tidak mahu isteri melakukannya.. selama tidak bertentangan dengan dasar agama. Isteri juga begitu.   Kemudian dasar ini diperbincangkan, dihalusi, dimurnikan, penawaran sebelum ianya dimeteraikan dengan tandatangan oleh kedua-dua mempelai tanda akur dan setuju untuk mematuhi dasar perkahwinan itu.

Contoh perjanjian yang diminta isteri;
Ayang nak kalau abang ke mana-mana, abang mesti pulang sebelum jam 10 malam. Ermm..rasa berat ke? Suami bolehlah minta diringankan...errmm kalau jam 11 malam tak boleh ke?  Bila dipersetujui barulah ditetapkan sebagai dasar....

Contoh perjanjian yang diminta suami;
Abang minta, andainya abang ditakdirkan bertemu jodoh untuk kali kedua (yakni isteri ke2)..harap ayang menerimanya dengan redha lillahi Taala...amacam? Isteri boleh sain ke yang ini? Terpulang!
-Bersambung-

Artikel berkaitan malam pertama;

http://www.artikelislami.com/2010/05/adab-malam-pertama-dalam-islam.html

Saturday, June 30, 2012

Betulkah Ilmu Agama diangkat?


Betulkah Ilmu Agama diangkat di saat para lulusan agama saban tahun menghabiskan pengajian mereka di pelbagai universiti dalam dan luar negeri?
Jawabannya; apakah kita mahu mengingkari akan janji Rasulullah ini?

Maha benarlah akan sabdaan Baginda ini, di akhir zaman ilmu agama akan hilang dengan cara para ulama dimatikan. Persoalannya, apakah golongan ustaz ustazah yang berlambak masa kini tidak layak bergelar ulamak?

Terpulang kepada kita, samada ingin mempercayai sabdaan Rasulullah atau sebaliknya, percaya dengan lambakan para lulusan agama yang ada menafikan akan hadis ini?

Mahu tidak mahu mari kita bandingkan para ulama (yang dimatikan) dengan para ustaz-zah yang berlambak hari ini;

1. Dari segi keilmuan;
Para ulama yang dimatikan memiliki ilmu yang menyeluruh; syariatnya, hakikatnya, ilmu zahirnya dan batinnya. Mahir pelbagai bidang ilmu pengetahuan,

Manakala para ustaz-zah hanya memiliki secebis ilmu yang dipelajarinya secara Takhassus sahaja. Justeru ilmu-ilmu lain tetap dia jahil. Ilmu syariat pun lintang pukang, apa lagi mahu membicarakan ilmu batin...

2. Dari segi niat menuntut ilmu;
Para ulama menuntut ilmu semata-mata ikhlas kepada Allah, untuk menegakkan agama dan syariatnya.

Manakala ustaz-zah belajar dengan niat untuk mendapatkan sijil atau syahadah untuk mengejar jawatan seperti mufti, pensyarah, guru, pegawai agama dan sebagainya. Yang jelas niat menuntut ilmu adalah kerana dunia! Niat yang tidak akan membolehkan si peniatnya mencium bau syurga!

3- Tempoh masa menuntut Ilmu;
Para ulama menghabiskan hampir separuh usianya dalam menuntut ilmu, siang malam menghadap Kitab Turath melalui bacaan gurunya..

Manakala ustaz-zah, setelah beberapa tahun baligh, (umur 13-17)terus menyambung pengajian di universiti dalam masa kurang dari 5 tahun. Belajar sambil lewa dengan banyak merujuk senidiri di library. Yang tak syok, di sebelah tu rakan-rakan muslimah, bergaul mesra mcm adik beradik je...berkat tak ilmu?

4. Dari segi sanad ilmu;
Bagi para ulama, ilmu diambil terus dari mulut guru, yang mana ilmu tersebut diwarisi gurunya dari para masyaikhnya bersambungan sanadnya hingga kepada Tabi'in, Sahabah dan terus kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

Manakala Ustaz-zah, hanya mendengar syarahan kuliah dari guru-guru yang kadang-kadang guru itu berguru M.A dan Phdnya agamanya dari orang musyrik dan orentalis! masya Allah! sanad ilmu pula boleh dikatakan tiada, sebab segala assaingment perlu merujuk sendiri di perpustakaan. pakai hentam sahaja,ikut kefahaman sendiri..boleh diakui tak ilmunya?


5. Dari segi warak;
Para ulama mengutamakan warak dalam menuntut ilmu, segala adab-adab, makan minum, pakaian, ibadah, zikir, tariqah amat-amat dititberatkan. Hidup selari antara ilmu dan amal..


Manakala Ustaz-zah, warak tidak menjadi keutamaan. bergaul pakai hentam sahaja. Ibadah lagi lah malas. Pakaian? tidak menititberatkan sunnah. Serban? Tak pandai pakai pun. Anti serban ramai jugak. Janggalnya mereka dengan amalan berpakaian sunnah. kalau yg warak pun cuma letakkan sahaja serban di bahu..pakai? tak tau..bahkan ada jolokan ustaz-zah rock! Masya Allah!


6. Dari segi zuhud;
Para ulama memang terkenal zuhud, mengambil dunia sekadar keperluan, kalau pun menreka berniaga, namun perniagaan mereka bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk keperluan para santrinya..kehidupan mewah dunia tidak ada dalam kamus hidup mereka..yang meningkat ialah amalan..


Manakala ustaz-zah, susah nak cari yang zuhud. Mana nak zuhud, saban tahun gaji bertambah, pun tak cukup, setiap kali semakan kenaikan gaji/naik pangkat..alamaknya barulah pulak kenderaannya. Sungguh selesa depa ni. Gaji besar, rumah besar, kereta besar, harta bertambah, buka perniagaan macam-macam...amalan pulak makin kurang. Baca Quran pun jarang-jarang.


7. Dari segi percakapan;
Para ulama yang dimatikan banyak diam dari bercakap. Bercakap bila perlu sahaja; yakni mengajar, mengajar pula banyak melihat kepada kelemahan diri (tawadhuk), selebihnya diam dalam musyahadah akan Allah.


Manakala ustzah-zah pulak; cakap lebih banyak dari ilmu yg ada. nak-nak lagi yang aktif dalam politik; bila kerkuliah/ceramah kalau tak hentam pihak lawan tak sah. Isu-isu semasa cekap, bab hukum hakam nampak jahil..tafsirkan Quran ikut akal fikiran..tidak merujuk tafsiran ulama muktabar.


Banyak lagi perbezaan ketara antara ulama (yang dimatikan) dengan para ustaz-zah yang ada hari ini. Teramat jauh bedanya, sebab itulah Rasulullah tidak mempercayai mereka, yakni walau pun ramai bilangan mereka, Rasulullah tetap mengatakan ilmu agama diangkat..dengan mematikan para ulama yang ahlul haq. Ulama yang layak untuk menjadi pewaris baginda.


Kalau tidak, masakan Rasulullah akan mengeluarkan sabdaan sebegitu. Apakah Rasulullah tidak tahu keadaan hari ini yang ramai para ustaz-zahnya. Rasulullah tahu, namun ustaz-zah yang ada pada hari ini tidak 'berkelayakan' untuk bergelar pewaris nabi, dan tidak memiliki ilmu sebagaimana yang dimiliki oleh para Ulama Turath. Tidak warak!


Justeru itu, para ustaz-zah perlu melihat ke dalam diri (muhasabah) akan keadaan ini. Terimalah hadis Nabi ini untuk perbaiki diri. kalau selama ini mereka terasing dengan para ulama turath, maka dekatkanlah diri dengan mereka.  Jangan sombong dengan secebis ilmu yang ada. Apa lagi ada ustaz-zah yang 'garang' menyalahkan amalan ulama terdahulu; seperti menyalahkan tarekat sufi, amalan zikir secara berkumpulan dan sebagainya.


Ini semua adalah kerana 'kejahilan' diri sendiri lantaran corak pengajian yang dilalui tidak mengikut sunnah Rasulullah. Mengaji sekadar mengejar pangkat B.A, M.A dan Ph.D. semata-mata.


2673 حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ سَمِعْتَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ النَّاسِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يَتْرُكْ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا حَدَّثَنَا أَبُو الرَّبِيعِ الْعَتَكِيُّ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ يَعْنِي ابْنَ زَيْدٍ ح وَحَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا عَبَّادُ بْنُ عَبَّادٍ وَأَبُو مُعَاوِيَةَ ح وَحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ قَالَا حَدَّثَنَا وَكِيعٌ ح وَحَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ حَدَّثَنَا ابْنُ إِدْرِيسَ وَأَبُو أُسَامَةَ وَابْنُ نُمَيْرٍ وَعَبْدَةُ ح وَحَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ ح وَحَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ ح وَحَدَّثَنِي أَبُو بَكْرِ بْنُ نَافِعٍ قَالَ حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ عَلِيٍّ ح وَحَدَّثَنَا عَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ بْنُ الْحَجَّاجِ كُلُّهُمْ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِثْلِ حَدِيثِ جَرِيرٍ وَزَادَ فِي حَدِيثِ عُمَرَ بْنِ عَلِيٍّ ثُمَّ لَقِيتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو عَلَى رَأْسِ الْحَوْلِ فَسَأَلْتُهُ فَرَدَّ عَلَيْنَا الْحَدِيثَ كَمَا حَدَّثَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ حُمْرَانَ عَنْ عَبْدِ الْحَمِيدِ بْنِ جَعْفَرٍ أَخْبَرَنِي أَبِي جَعْفَرٌ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْحَكَمِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِثْلِ حَدِيثِ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ

مسألة: التحليل الموضوعي

2673 حدثنا قتيبة بن سعيد حدثنا جرير عن هشام بن عروة عن أبيه سمعت عبد الله بن عمرو بن العاص يقول سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من الناس ولكن يقبض العلم بقبض العلماء حتى إذا لم يترك عالما اتخذ الناس رءوسا جهالا فسئلوا فأفتوا بغير علم فضلوا وأضلوا حدثنا أبو الربيع العتكي حدثنا حماد يعني ابن زيد ح وحدثنا يحيى بن يحيى أخبرنا عباد بن عباد وأبو معاوية ح وحدثنا أبو بكر بن أبي شيبة وزهير بن حرب قالا حدثنا وكيع ح وحدثنا أبو كريب حدثنا ابن إدريس وأبو أسامة وابن نمير وعبدة ح وحدثنا ابن أبي عمر حدثنا سفيان ح وحدثني محمد بن حاتم حدثنا يحيى بن سعيد ح وحدثني أبو بكر بن نافع قال حدثنا عمر بن علي ح وحدثنا عبد بن حميد حدثنا يزيد بن هارون أخبرنا شعبة بن الحجاج كلهم عن هشام بن عروة عن أبيه عن عبد الله بن عمرو عن النبي صلى الله عليه وسلم بمثل حديث جرير وزاد في حديث عمر بن علي ثم لقيت عبد الله بن عمرو على رأس الحول فسألته فرد علينا الحديث كما حدث قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول حدثنا محمد بن المثنى حدثنا عبد الله بن حمران عن عبد الحميد بن جعفر أخبرني أبي جعفر عن عمر بن الحكم عن عبد الله بن عمرو بن العاص عن النبي صلى الله عليه وسلم بمثل حديث هشام بن عروة

الحاشية رقم: 1

قوله صلى الله عليه وسلم : ( إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من الناس ، ولكن يقبض العلم بقبض العلماء حتى إذا لم يترك عالما اتخذ الناس رءوسا جهالا فسئلوا فأفتوا بغير علم فضلوا وأضلوا ) هذا الحديث يبين أن المراد بقبض العلم في الأحاديث السابقة المطلقة ليس هو محوه من صدور حفاظه ، ولكن معناه أنه يموت حملته ، ويتخذ الناس جهالا يحكمون بجهالاتهم فيضلون ويضلون .

وقوله صلى الله عليه وسلم ( اتخذ الناس رءوسا جهالا ) ضبطناه في البخاري ( رءوسا ) بضم الهمزة وبالتنوين جمع [ ص: 170 ] [ ص: 171 ] رأس ، وضبطوه في مسلم هنا بوجهين أحدهما هذا ، والثاني ( رؤساء ) بالمد جمع رئيس ، وكلاهما صحيح ، والأول أشهر . وفيه التحذير من اتخاذ الجهال رؤساء . ( أن عائشة قالت في عبد الله بن عمرو : وما أحسبه إلا قد صدق أراه لم يزد فيه شيئا ولم ينقص ) ليس معناه أنها اتهمته ، لكنها خافت أن يكون اشتبه عليه ، أو قرأه من كتب الحكمة ، فتوهمه عن النبي صلى الله عليه وسلم ، فلما كرره مرة أخرى ، وثبت عليه ، غلب على ظنها أنه سمعه من النبي صلى الله عليه وسلم .



Sunday, April 22, 2012

Nama Sahabat Rasulullahصلى الله عليه وسلم

Saturday, September 30, 2006



Senarai Nama Sahabat Nabi


1. Abbad bin Bishr


2. Abdullah bin Abbas


3. Abdullah bin Hudhafah As-Sahmi


4. Abdullah bin Jahsh


5. Abdullah bin Mas'ud


6. Abdullah bin Sailam


7. Abdullah bin Umar


8. Abdullah bin Umm Maktum


9. Abdul Rahman bin Awf


10. Abu Ayyub Al-Ansari


11. Abu Dharr Al-Ghifari


12. Abu Musa Al-Ashari


13. Abu Hurairah


14. Abu Sufyan bin Al-Harith


15. Abu Ubaydah bin Al-Jarrah


16. Abu-d Dardaa


17. Abu-l Aas bin ar-Rabiah


18. Adiyy bin Hatim


19. Aishah binti Abi Bakar


20. Al-Baraa bin Malil Al-Ansari


21. Amr bin Al-Jamuh


22. An-Nuayman bin Amr


23. An-Numan bin Muqarrin


24. At-Tufayl bin Amr Ad-Dawsi


25. Asmaa binti Abu Bakar


26. Barakah


27. Fatimah binti Muhammad


28. Fayruz Ad-Daylami


29. Habib bin Zayd Al-Ansari


30. Hakim bin Hazm


31. Hudhayfah bin Al-Yaman


32. Ikrimah bin Abi Jahl


33. Jafar bin Abi Talib


34. Julaybib


35. Khabbab bin Al-Aratt


36. Muadh bin Jabal


37. Muhammad bin Maslamah


38. Musab bin Umayr


39. Nuaym bin Masud


40. Rabiah bin Kab


41. Ramlah binti Abu Sufyan


42. Rumaysa binti Milhan


43. Sad bin Abi Waqqas


44. Said bin Aamir Al-Jumahi


45. Said bin Zayd


46. Salim Mawla Abi Hudhayfah


47. Salman Al-Farsi


48. Suhayb Ar-Rumi


49. Suhayl bin Amr


50. Talhah bin Ubaydullah


51. Thabit bin Qays


52. Thumamah bin Uthal


53. Ubayy bin Kab


54. Umayr bin Sad Al-Ansari


55. Umayr bin Wahb


56. Umm Salamah


57. Uqbah bin Amir


58. Utbah bin Ghazwan


59. Zayd Al-Khayr


http://nur-addin.blogspot.com/2006/09/senarai-nama-sahabat-nabi.html
 

Dalam Islam, Sahabat Rasulullah S.A.W. (Arab الصحابه;) bermaksud mereka yang hidup semasa zaman baginda lalu mengenali dan menjadi rakan seperjuangan Nabi Muhammad s.a.w. semasa mengembangkan Islam.







 Sahabat Nabi yang terkenal:

1.Abbad ibn Bishr


2.Abdullah ibn Abbas


3.Abdullah ibn Amru


4.Abdullah ibn Hudhafah As-Sahmi


5.Abdullah ibn Jahsy


6.Abdullah ibn Mas'ud


7.Abdullah ibn Rawahah


8.Abdullah ibn Salam


9.Abdullah ibn Umar


10.Abdullah ibn Umm Maktum


11.Abdullah ibn Zubair


12.Abdur Rahman ibn Auf


13.Abu Ayyub al-Ansari


14.Abu Dzar al-Ghifari


15.Abu Musa Al-Asya'ari


16.Abu Hurairah


17.Abu Said Al-Khudri


18.Abu Sufyan ibn Al-Harits


19.Abu Ubaidah Al-Jarrah


20.Abu Darda'


21.Abul As ibn ar-Rabiah


22.Adi ibn Hatim


23.Ammar ibn Yasir


24.Amru Al-Ash


25.Amr ibn Jamuh


26.Anas ibn Malik al-Ansari


27.An-Nuayman bin Amr


28.At-Tufail ibn Amr ad-Dawsi


29.Aqil ibn Abi Thalib


30.Asma binti Abu Bakar


31.Barakah


32.Bara' ibn Malik al-Ansari


33.Bilal bin Rabah


34.Fairuz Ad-Dailami


35.Habib ibn Zaid al-Ansari


36.Hanzalah ibn Abu Umayr


37.Hajar ibn Adi


38.Hakim ibn Hazm


39.Hamzah bin Abdul Muttalib


40.Harits ibn Abdul Muthalib


41.Huzaifah Al-Yamani


42.Ikrimah ibn Abu Jahal


43.Ja'afar ibn Abi Thalib


44.Julaibib


45.Khabbab ibn al-Aratt


46.Khalid bin al-Walid


47.Miqdad Al-Aswad


48.Muaz ibn Jabal


49.Muawiyah ibn Abu Sufyan


50.Muhammad ibn Maslamah


51.Mus'ab ibn Umair


52.Nu'man ibn Muqarrin


53.Nu'man ibn Basyir


54.Nuaim ibn Mas'ud


55.Rabiah bin Ka'ab


56.Ramlah binti Abu Sufyan


57.Rumaysa binti Milhan


58.Sa'ad ibn Abi Waqqas


59.Sa'ad bin Ubadah


60.Sa'ad ibn Muaz


61.Said ibn Amir al-Jumahi


62.Said ibn Zayd


63.Salim Maula Abi Huzaifah


64.Salman Al-Farisi


65.Suhaib Ar-Rumi


66.Suhail ibn Amr


67.Talhah ibn Ubaidillah


68.Thabit ibn Qais


69.Thumamah ibn Uthal


70.Ubaidah al-Harits


71.Ubay ibn Ka'ab


72.Umair ibn Sa'ad al-Ansari


73.Umair ibn Wahab


74.Ummu Salamah


75.Uqbah ibn Amir


76.Usamah ibn Zaid


77.Utbah ibn Ghazwan


78.Uwais Al-Qarni


79.Zayd ibn Khatab


80.Zaid ibn Harithah


81.Zaid ibn Thabit


82.Zubair ibn Awwam


Terdapat 3 syarat yang wajib yang perlu diambilkira sebelum seseorang itu layak digelar sebagai sahabat nabi iaitu, seseorang yang hidup di zaman baginda dan bersua muka atau mendengar suara baginda (kerana terdapat beberapa sahabat baginda yang buta). Kedua mereka yang beriman dengan baginda iaitu mereka yang percaya dengan kenabian baginda. Yang terakhir adalah mereka yang mati di dalam islam kerana terdapat beberapa orang yang hidup dan bersua dengan baginda serta beriman dengan baginda tetap murtad apabila kewafatan baginda.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Sahabat_nabi




Wednesday, April 18, 2012

Niat menuntut ilmu...

Hanya jawatan menjadi matlamat ‘menuntut ilmu’ ?


Motivasi oh motivasi!

Pendidikan hari ini lebih bermakna dengan kemunculan perunding atau motivator yang menjadi ‘nadi’ penggerak kepada kecemerlangan pelajar-pelajar. Saban kali motivator ini diundang bagi menaikkan lagi semangat belajar para pelajar untuk terus berjuang hingga ke titisan peluh terakhir. Tak kira, samada peringkat rendah mahupun menengah malah peringkat universiti juga turut mendapatkan khidmat nasihat dan rundingcara pakar-pakar ‘cakap’ ini.

Tidak dinafikan akan advantage yang diperolehi oleh pihak sekolah dengan menjemput pakar motivasi ini. Akan ada peningkatan semangat belajar di kalangan pelajar setelh ditunjuk ajar oleh pakar. Setidak-tidaknya mereka ada jadual dan teknik belajar berkesan mengikut saranan motivator. Pihak sekolah dan PIBG sanggup berhabisan demi mempastikan peratus kecemerlangan meningkat. Mereka berusaha untuk mendapatkan pakar-pakar motivasi terkenal, kerana semakin terkenal motivator itu, semakin hebatlah kesannya nanti kepada para pelajar.

Motivator pun memulakan startingnya dengan penuh bergaya. Laptop LCD siap terpasang buat memaparkan pelbagai bahan menarik. Tak kurang pula yang menggunakan suara persis kem komanden dalam menaikkan aura pelajar. Lawak jenaka apatah lagi. Siap berbicara tentang anak-anak sendiri. Anak pertama sekarang di universiti. Anak kedua di Matrikulasi. Anak ketiga di Asasi, Anak keempat baru habis STP. Macam-macam lagi cerita anak-anaknya dikongsi. Bukan apa..cumnya nak habaq bahawa dia ‘berjaya’ mendidik anak-anak sampai berjaya! Wah hebatnya dia! Jadi tirulah macam saya wahai ibubapa!

Pelajar pelajar mulalah disuntik semangat di jiwa. Dipaparkan bingkisan contoh pelajar-pelajar yang telah berjaya. Dulunya Nor Amalina, Siti Zainab dan kini Nor Madihah. Pelbagai rahasia pelajar terbabit dikongsi bersama. Dipaparkan akan kesungguhan ibubapa dan pelajar, terutamanya yang miskin. Walaupun dicengkam kemiskinan, namun semua itu tidak menghalang mereka berjaya. Malah pelajar OKU turut diwar-war dan dicakna. Pelajar asyik dan sedar insaf akan ketekunan mereka. Anda mesti mencontohi mereka! Anda mesti berjaya.

Tibalah saat, jiwa pelajar dimainkan lagi. Kamu mesti ingat akan pegorbanan ibubapa yang bersusah payah membesarkan kamu. Lihat! Klip video ini...Ibu mithali ibu yang sejati, kasih sayangmu kasih yang suci, pengorbananmu disanjung tinggi, jasamu tetap di sanubari...hati dan perasaan pelajar mula diketuk halus...dengan harapan air jernih akan jatuh membasahi pipi. Kalau tidak, maknanya anak-anak pelajar tidak berjaya menyelami pengorbanan ibu. Entah berapa puluh kali pelajaar disajikan dengan klip video ini. Pelajar seakan lali sudah dengan tektik ini. “Ah, di sekolah rendah dulu pun yang inilah juga ditayang...muak dah aku...komen pelajar. Pergi dapatkan mama sekarang! Peluk mama! Minta maaf pada mama...selama ini kita banyak berdosa pada mama...kita tidak mendengar kata nasihat mama.....

Ada pelajar yang boleh lakonkan babak ini dengan baik. Ada juga pelajar yang tak berjaya nak menangis. Tak kurang juga yang malu-malu kambing. Kalau ramai yang menangis, alamak berjayalah aku, bentak motivator. Kalau tidak, kali ini seting aku tak menjadi! Taka pa....

Kamu mesti membalas jasa-jasa ibubapa kamu! Tengok tadi, betapa menderitanya ibu ketika melahirkan kamu. Apakah bla bla bla.....berjanjilah bahawa kamu akan membalas jasa mereka nanti. Kamu akan berusaha supaya sampai ke universiti. Kamu akan buktikan bahawa kamu akan merangkul segulung ijazah, demi membahagiakan ibubapa yang bukannya orang senang. Dengan ijazah itu nanti kamu akan memperoleh jawatan yang besar gajinya. Kamu akan mampu membela nasib keluarga. Kamulah harapan keluarga! Dan bila kamu berjaya nanti, janganlah pula jadi macam si Tanggang durjana!

Tammat! Inilah matlamat ‘pendidikan’ dan menuntut ilmu yang ibubapa, guru, motivator berhabisan mencemerlangkan pelajar. Supaya pelajar dapat keputusan cemerlang, dapat masuk pusat pengajian tinggi, dapat ijazah dan dapat pekerjaan atau jawatan yang baik. Tammat jugalah akan pengajian! Oh! Setakat itu sahaja program munutut ilmu yang Barat ajarkan.

Kalau begitu tujuan dan matlamatnya, ianya tidak ada kaitan langsung dengan menuntut ilmu seperti yang didisiplinkan olah Islam. Usahlah guna hadis-hadis yang menyarankan setiap muslim menuntut ilmu. Bahkan menuntut ilmu hingga ke negeri China. Kelebihan penuntut ilmu. Kelebihan Ulama. Usah gunakan semua itu untuk memotivasikan pelajar menuntut ilmu sebegini. Tidak ada kelebihan menuntut ilmu atau kemahiran yang matlamatnya hanya untuk dunia semata-mata. Ikutlah barat sepenuhnya! Tidak ada apa-apa kelebihan menuntut ilmu dalam dunia pendidikan barat. Tidak ada! Apa lagi ilmu-ilmu yang dipelajari hanyalah ilmu untuk maslahat keduniaan semata-mata. Ilmu-ilmu ini diutamakan melebihi ilmu agama yang fardhu ain dan ilmu agama fardhu Kifayah. Sedang ilmu-ilmu agama ditinggalkan.

Menuntut ilmu dalam Islam adalah tulus hati kerana Allah. Tidak ada tujuan dunia disisinya. Hukama pernah berkata: “ kami menuntut ilmu (aagama) kerana dunia, tetapi ilmu (agama) tidak mahu ianya dikeranakan kerana dunia dan ianya enggan! Kecuali kami kembalikan keikhlasan kami kerana Allah semata-mata”

Maknanya, tujuan dunia dalam menuntut ilmu dalam Islam tidak boleh seiringan. Malah ada hadis yang disebut oleh Imam As Sayuthi dalam Kitabnya Adabuttilawah :

“Sesiapa yang menuntut ilmu kerana tujuannya selain Allah atau menghendaki selain Allah, maka sediakanlah tempatnya di dalam neraka”

Betapa beratnya ancaman Allah kepada mereka yang menuntut ilmu agama bukan kerana Allah. Allah minta agar kita menyediakan tempat kita di dalam neraka. Bayangkan! Kalau nawaina kita belajar itu semata-mata untuk mengejar pangkat dan kedudukan serta jawatan. Apakah selaras dengan tuntutan Allah? Jawabnya tidak sama sekali. Justeru, kalau matlamat dunia diwar-warkan dalam menuntut ilmu, sebenarnya kita telah menukar kehidupan dunia yang sementara ini dengan kehidupan yang kekal abadi di sana.

Kita fikir kita telah laksanakan tanggungjawab menuntut ilmu namun sebenranya kita hanya menuntut dunia! Dunia! Dunia!...

Saturday, April 7, 2012

Erti Nama-Nama Surah Al Quran

Daftar surahBerikut ini merupakan daftar surah dalam Al-Qur'an berdasarkan Mushaf Al-Qur'an Utsmani. Jumlah surah ada 114 surah terbagi menjadi 2 tempat pewahyuan: Makkah dan Madinah dan ayat berjumlah 6236 ayat menurut riwayat Hafs.

No. Nama Surah - Bahasa Arab- Erti Nama Surah - Bilangan Ayat - Tempat Turun - Urutan Pewahyuan

1 Surah Al-Fatihah الفاتحة Pembukaan 7 Mekkah 5

2 Surah Al-Baqarah البقرة Sapi Betina 286 Madinah 87

3 Surah Ali 'Imran آل عمران Keluarga 'Imran 200 Madinah 89

4 Surah An-Nisa' النّساء Wanita 176 Madinah 92

5 Surah Al-Ma'idah المآئدة Jamuan (hidangan makanan) 120 Madinah 112

6 Surah Al-An'am الانعام Binatang Ternak 165 Mekkah 55

7 Surah Al-A’raf الأعراف Tempat yang tertinggi 206 Mekkah 39

8 Surah Al-Anfal الأنفال Harta rampasan perang 75 Madinah 88

9 Surah At-Taubah التوبة‎‎ Pengampunan 129 Madinah 113

10 Surah Yunus يونس Nabi Yunus 109 Mekkah 51

11 Surah Hud هود Nabi Hud 123 Mekkah 52

12 Surah Yusuf يوسف Nabi Yusuf 111 Mekkah 53

13 Surah Ar-Ra’d الرّعد Guruh (petir) 43 Mekkah 96

14 Surah Ibrahim إبراهيم Nabi Ibrahim 52 Mekkah 72

15 Surah Al-Hijr الحجر Al Hijr (nama gunung) 99 Mekkah 54

16 Surah An-Nahl النّحل Lebah 128 Mekkah 70

17 Surah Al-Isra' بني إسرائيل Memperjalankan di waktu malam 111 Mekkah 50

18 Surah Al-Kahf الكهف Penghuni-penghuni gua 110 Mekkah 69

19 Surah Maryam مريم Maryam (Maria) 98 Mekkah 44

20 Surah Ta Ha طه Ta Ha 135 Mekkah 45

21 Surah Al-Anbiya الأنبياء Nabi-Nabi 112 Mekkah 73

22 Surah Al-Hajj الحجّ Haji 78 Madinah & Makkah 103

23 Surah Al-Mu’minun المؤمنون Orang-orang mukmin 118 Mekkah 74

24 Surah An-Nur النّور Cahaya 64 Madinah 102

25 Surah Al-Furqan الفرقان Pembeda 77 Mekkah 42

26 Surah Asy-Syu'ara' الشّعراء Penyair 227 Mekkah 47

27 Surah An-Naml النّمل Semut 93 Mekkah 48

28 Surah Al-Qasas القصص Cerita 88 Mekkah 49

29 Surah Al-'Ankabut العنكبوت Laba-laba 69 Mekkah 85

30 Surah Ar-Rum الرّوم Bangsa Romawi 60 Mekkah 84

31 Surah Luqman لقمان Keluarga Luqman 34 Mekkah 57

32 Surah As-Sajdah السّجدة Sajdah 30 Mekkah 75

33 Surah Al-Ahzab الْأحزاب Golongan-Golongan yang bersekutu 73 Madinah 90

34 Surah Saba’ سبا Kaum Saba' 54 Mekkah 58

35 Surah Fatir فاطر Pencipta 45 Mekkah 43

36 Surah Ya Sin يس Yaasiin 83 Mekkah 41

37 Surah As-Saffat الصّافات Barisan-barisan 182 Mekkah 56

38 Surah Sad ص Shaad 88 Mekkah 38

39 Surah Az-Zumar الزّمر Rombongan-rombongan 75 Mekkah 59

40 Surah Al-Mu’min المؤمن Orang yg Beriman 85 Mekkah 60

41 Surah Fussilat فصّلت Yang dijelaskan 54 Mekkah 61

42 Surah Asy-Syura الشّورى Musyawarah 53 Mekkah 62

43 Surah Az-Zukhruf الزّخرف Perhiasan 89 Mekkah 63

44 Surah Ad-Dukhan الدّخان Kabut 59 Mekkah 64

45 Surah Al-Jasiyah الجاثية Yang bertekuk lutut 37 Mekkah 65

46 Surah Al-Ahqaf الَأحقاف Bukit-bukit pasir 35 Mekkah 66

47 Surah Muhammad محمّد Muhammad 38 Madinah 95

48 Surah Al-Fath الفتح Kemenangan 29 Madinah 111

49 Surah Al-Hujurat الحجرات Kamar-kamar 18 Madinah 106

50 Surah Qaf ق Qaaf 45 Mekkah 34

51 Surah Az-Zariyat الذّاريات Angin yang menerbangkan 60 Mekkah 67

52 Surah At-Tur الطّور Bukit 49 Mekkah 76

53 Surah An-Najm النّجْم Bintang 62 Mekkah 23

54 Surah Al-Qamar القمر Bulan 55 Mekkah 37

55 Surah Ar-Rahman الرّحْمن Yang Maha Pemurah 78 Madinah & Mekkah 97

56 Surah Al-Waqi’ah الواقعه Hari Kiamat 96 Mekkah 46

57 Surah Al-Hadid الحديد Besi 29 Madinah 94

58 Surah Al-Mujadilah المجادلة Wanita yang mengajukan gugatan 22 Madinah 105

59 Surah Al-Hasyr الحشْر Pengusiran 24 Madinah 101

60 Surah Al-Mumtahanah الممتحنة Wanita yang diuji 13 Madinah 91

61 Surah As-Saff الصّفّ Satu barisan 14 Madinah 109

62 Surah Al-Jumu’ah الجمعة Hari Jum’at 11 Madinah 110

63 Surah Al-Munafiqun المنافقون Orang-orang yang munafik 11 Madinah 104

64 Surah At-Tagabun التّغابن Hari dinampakkan kesalahan-kesalahan 18 Madinah 108

65 Surah At-Talaq الطّلاق Talak 12 Madinah 99

66 Surah At-Tahrim التّحريم Mengharamkan 12 Madinah 107

67 Surah Al-Mulk الملك Kerajaan 30 Mekkah 77

68 Surah Al-Qalam القلم Pena 52 Mekkah 2

69 Surah Al-Haqqah الحآقّة Hari kiamat 52 Mekkah 78

70 Surah Al-Ma’arij المعارج Tempat naik 44 Mekkah 79

71 Surah Nuh نوح Nuh 28 Mekkah 71

72 Surah Al-Jinn الجنّ Jin 28 Mekkah 40

73 Surah Al-Muzzammil المزمّل Orang yang berselimut 20 Mekkah 3

74 Surah Al-Muddassir المدشّر Orang yang berkemul 56 Mekkah 4

75 Surah Al-Qiyamah القيمة Hari Kiamat 40 Mekkah 31

76 Surah Al-Insan الْاٍنسان Manusia 31 Madinah 98

77 Surah Al-Mursalat المرسلات Malaikat-Malaikat Yang Diutus 50 Mekkah 33

78 Surah An-Naba’ النّبا Berita besar 40 Mekkah 80

79 Surah An-Nazi’at النّازعات Malaikat-Malaikat Yang Mencabut 46 Mekkah 81

80 Surah 'Abasa عبس Ia Bermuka masam 42 Mekkah 24

81 Surah At-Takwir التّكوير Menggulung 29 Mekkah 7

82 Surah Al-Infitar الانفطار Terbelah 19 Mekkah 82

83 Surah Al-Tatfif المطفّفين Orang-orang yang curang 36 Mekkah 86

84 Surah Al-Insyiqaq الانشقاق Terbelah 25 Mekkah 83

85 Surah Al-Buruj البروج Gugusan bintang 22 Mekkah 27

86 Surah At-Tariq الطّارق Yang datang di malam hari 17 Mekkah 36

87 Surah Al-A’la الْأعلى Yang paling tinggi 19 Mekkah 8

88 Surah Al-Gasyiyah الغاشية Hari Pembalasan 26 Mekkah 68

89 Surah Al-Fajr الفجر Fajar 30 Mekkah 10

90 Surah Al-Balad البلد Negeri 20 Mekkah 35

91 Surah Asy-Syams الشّمس Matahari 15 Mekkah 26

92 Surah Al-Lail الّيل Malam 21 Mekkah 9

93 Surah Ad-Duha الضحى‎‎ Waktu matahari sepenggalahan naik (Dhuha) 11 Mekkah 11

94 Surah Al-Insyirah الانشراح‎‎ Melapangkan 8 Mekkah 12

95 Surah At-Tin التِّينِ Buah Tin 8 Mekkah 28

96 Surah Al-'Alaq العَلَق Segumpal Darah 19 Mekkah 1

97 Surah Al-Qadr الْقَدْرِ Kemuliaan 5 Mekkah 25

98 Surah Al-Bayyinah الْبَيِّنَةُ Pembuktian 8 Madinah 100

99 Surah Az-Zalzalah الزلزلة‎‎ Kegoncangan 8 Mekkah 93

100 Surah Al-'Adiyat العاديات‎‎ Berlari kencang 11 Mekkah 14

101 Surah Al-Qari'ah القارعة‎‎ Hari Kiamat 11 Mekkah 30

102 Surah At-Takasur التكاثر‎‎ Bermegah-megahan 8 Mekkah 16

103 Surah Al-'Asr العصر Masa/Waktu 3 Mekkah 13

104 Surah Al-Humazah الهُمَزة‎‎ Pengumpat 9 Mekkah 32

105 Surah Al-Fil الْفِيلِ Gajah 5 Mekkah 19

106 Surah Quraisy قُرَيْشٍ Suku Quraisy 4 Mekkah 29

107 Surah Al-Ma’un الْمَاعُونَ Barang-barang yang berguna 7 Mekkah 17

108 Surah Al-Kausar الكوثر Nikmat yang berlimpah 3 Mekkah 15

109 Surah Al-Kafirun الْكَافِرُونَ Orang-orang kafir 6 Mekkah 18

110 Surah An-Nasr النصر‎‎ Pertolongan 3 Madinah 114

111 Surah Al-Lahab المسد‎‎ Gejolak Api/ Sabut 5 Mekkah 6

112 Surah Al-Ikhlas الإخلاص‎‎ Ikhlas 4 Mekkah 22

113 Surah Al-Falaq الْفَلَقِ Waktu Subuh 5 Mekkah 20

114 Surah An-Nas النَّاسِ Manusia 6 Mekkah 21

Sumber:
http://id.wikipedia.org/wiki/Surah

Wednesday, March 28, 2012

Dosa dalam menuntut ilmu

Dosa dalam Menuntut Ilmu ...

Ramai yang menganggap, bila sudah berada dalam medan menuntut ilmu sudah terlaksana kewajipan sebagai seorang Muslim dalam menuntut ilmu. Inilah 'faham' sebahagian besar umat Islam. Dan ilmu itu pula difahami secara umum. Asalkan belajar, sudah dikira menuntut ilmu sebagaimana yang Allah wajibkan.


Selagi umat Islam  'faham' sebegini, selama itulah umat Islam berada dalam dosa walaupun zahirnya dia adalah seorang penuntut ilmu.


Menuntut ilmu samalah seperti kita mengambil makanan. Apakah 'semua' jenis makanan bisa saja kita makan? Apakah semua makanan perlu di makan sebanyak yang mungkin? Asalkan ianya bernama makanan, kita suap sahaja ke mulut walaupun saat itu badan butuhkan yang lain?


Kerana itu, dalam hal pemakanan ini, kita akan dapati pakar-pakar pemakanan akan memberikan kita 'hirarki' makanan yang mesti kita ikut demi menjaga kesihatan dan keselesaan tubuh badan. 


Ada makanan yang kita mesti ambil secara asasinya dalam bilangan yang banyak. Ada yang sederhana dan ada yang sedikit sahaja. Ada pula yang boleh diambil sesekali sahaja dan ada pula boleh sekerap yang boleh. Seandainya kita mengambil makanan ikut suka tanpa mengambil kira keperluan tubuh badan kita, makanan itu sekalipun ianya menambat selera kita...ia akan membinasakan diri sendiri. Lihat Piramid makanan di bawah;


 Demikianlah halnya dengan menuntut ilmu..di sana adanya ilmu yang mesti dipelajari dan dikuasai serta oleh setiap muslim. kalau ilmu ini tidak dipelajari, seorang muslim akan berdosa. Itulah ilmu-ilmu fardhu ain. Kalau makanan, ianya adalah makanan asasi untuk keperluan utama tubuh badan. Tanpa makanan ini tubuh akan lesu dan tidak bermaya...tanpa ilmu ini juga 'martabat' seorang muslim tidak sempurna.

Ini disebabkan ilmu-ilmu ini adalah ilmu untuk 'mengabdikan' diri kepada Allah s.w.t. Padanya ada makrifah, ibadah, tazkiyah khuluqiyyah. Apalah gunanya insan tanpa makrifah akan Khaliqnya, apalah gunanya insan tanpa 'ubudiyah' akan Tuhannya, apalah gunanya insan tanpa 'suci hati' dari mazmumah zahir dan batin. Justeru meninggalkan ilmu-ilmu fardhu ain menjadikan sesorang manusia tidak bernilai di sisi Allah.

Itu adalah asas dalam menuntut ilmu. Perlu difahami bahawa falsafah dan maqasid menuntut ilmu dalam Islam tidak sama sekali  boleh difahami melalui perspektif ilmu barat. Ianya amat berbeda sama sekali. Barat tidak ada 'peraturan' atau hirarki ilmu yang perlu diikuti.

Ilmu Menurut Para Ilmuwan Barat

Kata “Ilmu“ merupakan terjemahan dari “science”,menggunakan metode-metode yang secara etimologi  berasal dari bahasa latin “scinre” artinya “to know”. Dalam arti yang sempit science diartikan untuk menunjukkan ilmu pengetahuan alam yang sifatnya kuantitatif dan objektif.

Sedang Ilmu menurut perspektif islam memiliki peran instrumen atau sarana untuk mencapai tujuan Islam, tujuan ilmu disini sama denngan tujuan dari agama Islam, iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat.
Manakala Metode memperolah ilmu menurut ilmuwan Barat pula tidak ada yang menggunakan intuisi dan wahyu, karena Ilmu dalam perspektif Barat tidak ada kaitannya dengan Agama, karena Agama dianggap tidak mendukung pertumbuhan ilmu dan cara berfikir ilmiah.
http://harunalrasyidleutuan.wordpress.com/2010/01/22/ilmu-menurut-perspektif-islam-dan-ilmuwan-barat/

Justeru andai kita memahami ilmu mengikut 'nilai' barat, tentu sekali kita akan tersesat dalam mencari ilmu. Kita tidak mengerti apa sebenarnya ilmu yang sepatutnya kita pelajari dan ilmu manakah yang letaknya di hirarki tertinggi, kedua tertinggi dan seterusnya.  Ilmu manakah yang boleh kita pelajari hanya sebagai sampingan sahaja.

Mari kita fahami Ilmu dalam Islam mengikut Hirarkinya;

1. Ilmu fardhu Ain : Yakni ilmu-ilmu yang didasari oleh Iman, Islam dan Ihsan, yang menjadi tonggak Agama. Ilmu-ilmu ini memfokuskan kepada;
  1. Makrifatullah dan berkaitan Rukun-rukun Iman yang lain.(Aqidah)
  2. Tatacara dan hukum hakam ibadah untuk mengabdikan diri kepada Allah. (Feqah)
  3. Ilmu menyucikan diri zahir dan batin. (Tasawwuf/Akhlak)

Tiga serangkai agama di atas wajib dipelajari mengikut kadar yang melayakkan seseorang itu kenal akan Allah, betul amal ibadahnya dan suci zahir batinya. Walaupun perbicaraan ketiga-tiga ilmu di atas adalah teramat luas, namun ulama telah menetapkan 'kadar' fardhu ain yang mesti kita mempelajarinya. Dan yang lebihnya dikategorikan sebagai ilmu fardhu Kifayah.

Inilah kedudukan hirarki pertama dalam proses menuntut ilmu. Meninggalkan ilmu-ilmu ini adalah berdosa. Apa lagi meninggalkan ilmu ini untuk menuntut ilmu-ilmu fardhu kifayah yang lain.

2. Ilmu fardhu Kifayah dari tiga tonggak ilmu di atas. Ilmu fardhu kifayah yang terlebih utama kita mempelajarinya sudah semestinya masih lagi dalam ruang lingkup ilmu wahyu itu sendiri. Ilmu yang dimaksudkan itu ialah kadar yang lebih dari ilmu Aqidah, Feqah dan Tasawwuf di atas. Bahkan ada ulama yang menyarankan agar kita lebih menumpukan kepada ilmu Tasawwuf, tidak merasa memadai dengan banyak mahupun sedikit.

Deemikianlah kedudukan hirarki ilmu yang kedua, yang perlu kita pelajari demi menghampirkan diri kepada Maha Pencipta.

3.Adapun hirarki ilmu ketiga yang merupakan keutamaan setiap muslim dalam menuntutnya ialah; ilmu-ilmu wahyu yang lain seperti ilmu tafsir, ilmu Hadis, ilmu Nahu Soraf, Badi', Ma'aani, Bayan, usul fiqh, faraidh dan bermacam-macam lagi furu' ilmu dalam Islam yang juga merupakan ilmu-ilmu fardhu Kifayah Agama selepas hirarki kedua di atas.

4. Adapun hirarki keempat; adalah ilmu-ilmu untuk kemaslahatan dunia seperti sains, matematik, geografi, perubatan, pembinaan dan sebagainya yang tergolong dalam ilmu-ilmu yang bukan berasaskan agama atau wahyu.

Demikianlah kedudukan hirarki ilmu yang perlu difahami oleh umat Islam. Kita melihat para ulama terdahulu yang menguasai ilmu di hirarki keempat seperti ibnu Sina, Ibu Khaldun, Al Khawarizmi dan ramai lagi adalah para ulama yang sudah pun menguasai hirarki kedua dan ketiga. Sekalipun mereka mahir ilmu hirarki keempat, namun hirarki kedua dan ketiga mereka tetap mereka kuasai.

Berbeza dengan cerdik pandai yang ada pada hari ini. Mereka mahir ilmu hirarki keempat, namun jahil akan hirarki kedua dan ketiga, malah ada yang ketinggalan dalam ilmu Fardhu Ain yang merupakan hirarki ilmu yang pertama.

Inilah kesesatan dalam menuntut dan menguasai ilmu. KIta menyangka, kita telah laksanakan kewajipan menuntut ilmu, namun ilmu yang 'wajib' kita utamakan menjadi sampingan, manakala ilmu sampingan kita utamakan pula.

Sunday, March 25, 2012

Pegangan Ahlussunnah Waljamaah

I'tiqad Al-Asy'ari Adalah i'tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah May 21, '07 11:19 PM



Sheikh Qadhi Tajuddin Abdul Wahab As-Subki r.a. menegaskan bahawa: "Kesemua ulama' mazhab Hanafi, Syafi'e, Maliki dan Hanbali r.a. bernaung di bawah aqidah yang satu, iaitu di bawah naungan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang beriman kepada Allah s.w.t. dengan jalan Sheikh Sunnah iaitu Imam Abu Al-Hasan Al-Asy'ari r.a.. Beliau menambah lagi dengan katanya: "Kesimpulannya, aqidah Al-Asy'ari ialah aqidah yang mengandungi aqidah Abu Ja''far At-Tohwi r.a. yang diterima dan dipersetujui oleh ulama' mazhab. (Mu'ad Al Ni'am wa Mubid Al-Niqam karangan Imam As-Subki).

Sheikh Muhammad Al-Arabi At-Tabbani r.a., seorang sheikh mazhab Maliki di Masjidi Haram, Mekah menyatakan: "Ahli-ahli hadis terkemuka selepas Abu Hasan hingga ke zaman ini merupakan pengikut mazhab Al-Asya'irah. Kitb-kita tarikh (sejarah islam) dan tabaqat (biodata-biodata ulama') juga mengutarakan hal sedemikian.

Sheikh Muhammad Amin yang masyhur dengan gelaran Ibn Abidin Al-Hanafi r.a. berkata di dalam kitabnya Radd 'ala Al-Durr Al-Mukhtar bahawasanya: "ahlus Sunnah wal Jamaah ialah Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyah".

Abu Abdullah Al-tolib ibn Hamdun Al-Maliki r.a. menulis di dalam hasyiah beliau mengenai Al-Asy'ari r.a.: "beliau merupakan orang yang pertama yang menumpukan penulisan tentang aqidah Ahlus Sunnah wal jamaah, menyimpulkannya, dan mempertahankannya daripda sebarang keraguan dan kesamaran serta membatalkan dakwaan pembangkang (ahli bid'ah dalam masalah aqidah seperti mu'tazilah, mujassimah dan sebagainya).

Berkata Sayyid Murtadho Az-Zabidi r.a., dalam buku beliau ittihaf As-Saadah Al-Muttaqin (2/8): "Jika disebut sebagai Ahlus Sunnah wal Jamaah, maka ia merujuk kepad golongan Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyah".

Sheikhna Ustaz Fuad dalam buku beliau "Wahhabisme dari Neraca Syarak" menjelaskan bahawa: "Keistimewaan Imam Abu Hasan Al-Asy'ari r.a. dalam menegakkan fahamannya ialah, beliau mengutamakan dalil-dalil Al-Qur'an dan As-Sunnah serta pertimbangan akal dan fikiran. Berbeza dengan kaum mu'tazilah yang mendasari fikiran mereka kepada akal dan falsafah dari Yunani di dalam membicarakan Ilmu Usuluddin.

"Imam Abul Hasan Al-Asy'ari juga berbeza dengan kaum Mujassimah (menyerupakan Tuhan dengan makhluk) yang hanya berpegang kepada zahir ayat Al-Qur'an dan Hadis, sehingga mereka menyatakan bahawa, Tuhan bertangan, berwajah, bertempat dengan duduk di atas Arasy dan sebagainya. Fahaman yang ditegakkan oleh Imam Abul Hasan Al-Asy'ari r.a. merupakan fahaman yang diyakini dan dii'tiqadkan oleh Rasulullah s.a.w.. dan para sahabat" (m/s 205-206).

(Diringkas dan dirujuk dari buku Sheikhna Ust Fuad bin Kamaluddin Al-Rembaui Al-Maliki bertajuk: "Wahhabisme dari Neraca Syarak)

http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/141?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem#

Saturday, March 24, 2012

Kita lupa akhirat...

Kita sibuk....


Nasiblah...itu bahagian kita di dunia ini.

Apakah kesibukan kita seharian? Apakah kita disibukkan dengan urusan yang akan memberikan kita keuntungan di negeri akhirat? Atau kesibukan kita itu membuahkan penyesalan teramat sangat di sana nanti? Inilah persoalan yang perlu kita teliti dalam meniti sisa-sisa umur yang masih berbaki.

Ramai antara kita yang berada dalam ‘zon’ selesa dengan pelbagai kemewahan dan kenikmatan hidup sehingga tidak mahu lagi memikirkan akan ‘nasib’ di akhirat nanti. Segala kemewahan itu memang telah melekakan kita dan kita terus dalam kesibukan seharian yang entah mendatangkan kebaikan kita di sana atau sebaliknya.

Umur, itulah antara nikmat terbesar kurniaan Allah yang banyak kita persiakan. Saat, detik, jam, hari, bulan, tahun yang berlalu tidak pun terisi dengan perkara yang selayaknya kita diciptakan untuknya. Bukankah waktu itu adalah kehidupan? Dan bukankah matlamat hidup itu untuk memperhambakan diri kepada Allah? Inilah tujuan hakiki hidup ini. Inilah matlamat utama anugerah hayat yang hanya bersifat sementara ini.

Saban hari kita senantiasa dalam kesibukan. Kita ke hulu ke hilir mengejar bayang-bayang yang tidak pasti. Mengejar sesuatu yang tidak pernah memuaskan hati kita. Mengejar sesuatu yang akan kita tinggalkan nantinya. Mengejar sesuatu yang bersifat fana, musnah jua akhirnya. Tidak lain kesibukan kita adalah semata-mata kerana mengejar ‘dunia’. Banyak tenaga, usaha, buah fikiran dan lainya tercurah sepenuhnya untuk mengejar dunia yang sementara. Justeru, itulah nasib dan bahagian kita di dunia ini.

Apa yang kita sibuk sangat?

Martabat dan keadaan ‘sibuk’ seseorang adalah berdasarkan kepada ‘jauh dekatnya’ dia dengan penciptanya. Andai dia dekat dengan penciptanya, sibuknya adalah lebih kepada hal-hal berkaitan ‘taqarrub’ kepada sang pencipta. Andai dia jauh dengan khaliqnya, makanya kesibukannya pula adalah sebaliknya. Jauh dan semakin jauh dengan khaliqnya dan akan menyibukkan dirinya dengan yang tidak tahu hujung pangkalnya.

Nasiblah, kita tersibuk oleh kesibukan yang mana satu. Segalanya adalah ‘pilihan’ kita sendiri pada zahirnya, dan hakikatnya kita bimbang itulah habuan yang di’kurniakan’ untuk kita. Maka perbanyakan doa munajat moga Allah letakkan kita dalam golongan yang hanya sibuk keranaNya, dan bersyukurlah andai kita disibukkan dengan haal-hal ‘ibadah’ kepadaNya, moga kita tidak menjadi sebaliknya.
Kesibukkan yang menguntungkan!

Pertama..
Antara kita, ada yang hidup matinya adalah kerana berkhidmat untuk agama Allah. Meneruskan kesinambungan Risalah Agung yang ditinggalkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Merekalah yang memegang amanah ‘warasah’ para anbiya Allah. Bermula semenjak awal usianya bertungkus lumus di medan ilmu turath Islam yang merupakan ‘tiang’ kepada Deenullah. Puluhan tahun ‘sibuk’ menguasai ilmu dari para ulama. Mencakupi ilmu syariat, hakikat, ilmu zahir dan batin, ilmu-ilmu alat untuk kepentingan ‘martabat’ ilmu Islam yang diwarisi zaman berzaman dari para ulama.

Sebaik ‘tamat’ mendalami segala bidang ilmu agama, seterusnya sibuk pula mentarbiah para santri dan ummah kepada agama Allah sehingga ke nafas yang terakhir. Tiada istilah pencen bagi mereka. Bayangkan! Betapa kesibukannya sepanjang usianya adalah semata-mata untuk agama Allah yang maha suci. Usianya habis terguna untuk Allah, meninggikan syiar dan martabat agamanya. Bertuahlah insan-insan yang bergelar ulama ini. Tidak ada tolok bandingnya ‘kesibukkan’ mereka ini. Golongan ini sukar untuk dicari dan ianya semakin pupus di akhir zaman. Apakah kita tergolong dalam orang-orang seperti ini?

Kedua...

Sibuknya adalah kerana mempeljari ilmu-ilmu agama. Sepanjang hayatnya sibuk dengan mengaji semata-mata kerana Allah Taala. Bukan bertarung kepandaian mahupun kepintaran mencapai gelaran pelajar cemerlang dan terbaik yang akan dimasyhurkan seantero negara.
Sekalipun tidak dimartabatkan sebagai ulama, namun cukuplah kesibukannya dalam medan ilmu agama untuk memperbaiki kejahilan diri. Memperbetulkan aqidah, amal ibadah, akhlak untuk hidup sebagai hamba Allah yangmemenuhi kriteria insan abid yang soleh.

Abid yang soleh hanya mampu dicapai dengan ilmu yang benar. Tanpa ilmu yang benar, segala amal yang dilalkukan adalah sia-sia sahaja. Apalah gunanya ibadah yang dilakukan hanya menjadi habaa’an mansura. Bertuahlah juga akan golongan ini. Apakah kita tersenarai di kalangan mereka?
Ketiga...
Usianya dihabiskan untuk berjuang di medan jihad, menentang kaum kuffar yang memerangi Islam. Mencari gelaran syuhada fi sabiillah. Menegakkan agama Allah. Membela golongan mustadh’afin yang menghadapi mustakbirin kafirin. Namun awas! Selain golongan ulama dan penuntut ilmu, medan jihad juga dipenuhi periuk api andai caranya tidak menepati sunnah. Juga bisa tertipu jika jihadnya itu terselit niat yang lain seperti mencari nama, mengejar kuasa semata-mata dan bergaduh sesama Islam setelah memiliki kuasa. Apa yang berlaku di bumi Afganistan adalah menjelaskan akan hakikat ini.

Semasa tekun berjihad, masing-masing bersatu menentang kuffar, dan di sana datang nasrullah, namun bila saja mencapai kemenangan, kuasa pula yang menjadi rebutan. Akhirnya amalan jihad yang dilakukan sebelum ini hancur dek perebutan kuasa itu.Namun, andainya keikhlasan dalam jihad adalah semata-mata kerana Allah, maka langkah bertuahnya para mujahid agama ini. Apakah kita semua ada bahagian dalam medan jiad fi sabilillah?

Ada yang sibuk dalam jihad ekenomi, ini tak termasuk dalam ertikata jihad yang disarankan dalam Al Quran. Berapa ramai yang kononya berjihad ekonomi, namun tidak pun ‘murah tangan’ membantu meningkatkan syiar Islam. Ekonominya hanya untuk diri sendiri. Inilah kita!

Keempat...

Khidmatnya, buah fikirannya, masanya, harta bendanya ditumpukan kepada kerja-kerja kebajikan untuk maslahat ummah. Murah tangannya membantu insan-insan yang memerlukan. Derma, sedekah apatah lagi zakat disalurkan kepada pihak-pihak yang memerlukan. Ikhlas semata-mata kerana Allah. Institusi agama/ilmu dibantu. Badan-badan kebajikan tidak dilupakan. Anak-anak yatim diberi perhatian...mereka para dermawan persis sayyidina Abi Bakar, Abdurrahman bin Auf dan lainnya. Kekayaan mereka adalah tertumpah kepada agama Allah. Apakah kita di kalangan mereka?

Kelima..

Hidupnya semacam tidak dihargai kerana kedaifannya. Namun kemelaratannya itu tidak pun ditukar dengan ibadah kepada Allah. Fakirnya hanya di luar, tetapi di batinnya kaya. Dia juga ‘sibuk’ mencari sesuap nasi, namun hanya cukup untuk keperluannya. Dia tidak meminta-minta. Tidak menagih simpati. Segalanya diterima dengan ridha hati. Sekalipun ‘terhina’ kerana keda’ifan, namun ‘mulia’ di sisi Allah.

Si fakir yang hatinya bergantung penuh kepada Allah. Melihat hidup ini hanya kesenangan yang penuh tipudaya. Lisan dan hatinya basah dgn zikrullah. Golongan sebegini mudah ditarbiah oleh Mursyid. Mursyid senang dengan kehidupan mereka. Mereka senang dibentuk dek hati dan jiwa mereka sudah ‘kenal’ akan dunia ini.

Tak susah bagi mereka membuang nafsu cinta dunia kerana mereka hanya memiliki yang selayaknya kadar untuk hidup, hidup untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah, bahkan da di kalangan mereka terdiri dari para ‘waliyullah’, walaupun tidak semua si fakir itu wali. Alangkah indahnya si fakir yang hatinya disibukkan bersama Allah. Adakah kita kenal insan sebegini?

Keenam...

Satu lagi kesibukan yang sudah tidak wujud lagi sekarang ini ialah, Pemimpin yang adil yang berdiri di atas yang haq.. Pimpinan yang ada hanyalah pimpinan yang tidak ikhlas bahkan banyak mencari kepentingan diri, puak dan penyokong sendiri. Pemimpin yang ada kini adalah pemimpin untuk golongan tertentu sahaja, bukan untuk ummah keseluruhannya. Cumanya kita sedang menanti kemunculan Imamul Mahdi Al Muntazar yang akan mengembalikan dan memenuhi dunia ini dengan keadilan setelah sekian lama ianya gersang.Demikianlah hal-hal kesibukan yang bersifat menguntungkan si pelakunya di akhirat nanti.

Apa pun rumusannya kita kembali kepada Surah Al Asr.

Adapun yang tidak termasuk ke dalam golongan di atas dikhuatiri sibuk dengan perkara-perkara yang akan menimpakan penyesalan di akhirat nanti. Secara ringkas, antaranya;

1. Bijak pandai yang berkecimpung dalam bidang agama, namun menggunakan kedudukannya itu untuk merebut kesenangan dan kemewaahan hidup dunia. Berjawatan tetap, bergaji besar, hidup serba mewah. Golongan agamawan yang tidak pun ada ciri-ciri ulama akhirat. Pakainnya tak ubah seperti pakaian smart pelakon dan korporat barat. Lengkap bertali leher dan berkod. Sibuk bertugas kononya demi agama, memegang jawatan yang menghasilkan pulangan lumayan. Membentangkan kertas kerja merata tempat, namun kertas sahaja yang berkerja, namun diri sendiri dilupai, tidak ditarbiah dengan amalan-amalan rohani. Dari merekalah lahirnya pandangan-pandangan yang menyalahi ulama-ulama muktabar.

2. Golongan agama yang sibuk dengan tugas sebaliknya. Yang tidak pada dengan title ustaz yang disandangnya. Aktif dalam politik, mahir dalam sukan, sibuk dalam perniagaan, bisness. Tak nampak pada mereka tanda-tanda seorang ahli agama. Bahkan amalan sunnah langsung ditinggalkan dan banyak bergaul dengan orang-orang fasiq dan jahil. Merasa cukup dengan ilmu yang ada. Tidak mendampingi dengan majlis para Ulama Akhirat. Merekalah pencemar martabat ‘ahli agama’ pada padangan masyarakat. Alangkah celakanya kita ini?

3. Golongan Pelajar yang hanya ‘pentingkan’ ilmu diniawi semata-mata. Belajar hanyalah untuk mengejar ‘A’ dan cemerlang sahaja. Ianya turut menyerang pelajar-pelajar agama yang belajar ilmu agama hanya untuk tujuan lulus peperiksaan sahaja. Menghafaz bukan main, tetapi bila habis periksa, habis ‘nota-nota’ agama dibuang bersepah di kaki lima. Apa lagi ilmu-ilmu yang dikejar hanya ilmu fardhu kifayah dunia. Manakala ilmu fardhu ain disia-siakan, ilmu fardhu kifayah Agama ditinggalkan. Mereka ingat mereka berada di medan ilmu yang diredhai Allah. Namun hakikatnya mereka hanya mengundang murka Allah kerana mengutamakan ilmu yang hanya berguna untuk dunia dengan meninggalkan terus ilmu-ilmu akhirat. Usia habis begitu sahaja dengan menuntut ilmu yang sia-sia. Sia-sia bukan kerana ilmu itu, tetapi sia-sia kerana mengsia-siakan ilmu akhirat.

4. Golongan ahli dunia; pemuzik, penyanyi, pelakon, pelawak, pelapor, usahawan atau bisnesman yang alpa akan tugas dan tanggungjawab terhadap agama dan ummah, ahli sukan, pemimpin, politikus, penjawat-penjawat jawatan yang hanya berlegar memenuhi tembolok nafsu mengejar kemewahan hidup, tanpa memikirkan jalan-jalan akhirat serta lari dari kehidupan beragama. Lupa akan akhirat. Lupa akan amalan agama. Hidup penuh berfoya-foya mengejar nama dan harta dunia. Mereka tidak pun berdampingan dengan para ulama malah tidak mengenali para ulama. Hidup adalah semata-mata untuk dunia. Sibuk untuk hal-hal dunia! Alangkah ruginya kita di akhirat nanti andai kita tergolong dalam golongan ini.

5. Kaki-kaki maksiat yang memang hidup mereka adalah satu kerugian andai tidak bertaubat nasuha.

6. Golongan yang sibuk 'memperkatakan' orang lain, menyalahkan orang lain, memburuk-burukkan orang lain, menfitnah orang lain, menghina orang lain, memperlekehkan orang lain...mendakwa kebaikan hanya berada di pihaknya sahaja, orang lain semuanya salah dan tak betul...alangkah celakanya jika kita tergolong dalam golongan ini.

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta senantiasa berpesan kepada kebenaran dan berpesan dengan kesabaran”

Moga Allah selamatkan kita semua, serta memasukkan kita dalam golongan yang sibuknya untuk akhirat. Allahumma salimna wal muslimin ajma’in.

Tuesday, March 6, 2012

Siapa Imam Jaafar Al Barzanji?

Sayyid Ja'far Al-Barzanji

Sayyid Ja'far bin Sayyid Hasan bin Sayyid 'Abdul Karim bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Rasul al-Barzanji adalah seorang ulama besar keturunan Junjungan Nabi s.a.w. dari keluarga Saadah al-Barzanji yang masyhur berasal dari Barzanj di Iraq. Beliau dilahirkan di Kota Madinah al-Munawwarah pada tahun 1126H.

Segala usul Sayyid Ja'far semuanya merupakan ulama terkemuka yang terkenal dengan ilmu dan amal, keutamaan dan kesholehan. Habib Prof. Dr. Muhammad bin 'Alwi bin 'Abbas al-Maliki (jika ada orang berbangga-bangga dengan gelar Dr.nya dalam bidang hadits, maka aku nyatakan bahawa al-Habib Muhammad al-Maliki ini juga telah meraih gelar Dukturahnya dalam bidang hadits pada usianya 25 tahun dari Harvard dan Oxfordnya dunia Islam iaitu Universiti al-Azhar asy-Syarif, oleh itu jika kamu berbangga-bangga dengan kesarjanaan versi dukturah ini, maka simpanlah dulu Dr. kamu tu dalam poket) dalam "Haul Ihtifaal bi dzikra al-Mawlid an-Nabawi asy-Syarif" menulis pada halaman 99 :-

Al-'Allaamah al-Muhaddits al-Musnid as-Sayyid Ja'far bin Hasan bin 'Abdul Karim al-Barzanji adalah MUFTI ASY-SYAFI`IYYAH di Kota Madinah al-Munawwarah. Telah berlaku perselisihan tentang tarikh kewafatannya, di mana sebahagiannya menyebut yang beliau meninggal pada tahun 1177H. Imam az-Zubaidi dalam "al-Mu'jam al-Mukhtash" menulis bahawa beliau wafat tahun1184H, di mana Imam az-Zubaidi pernah berjumpa dengan beliau dan menghadiri majlis pengajiannya di Masjid Nabawi yang mulia.

Beliau adalah pengarang kitab mawlid yang masyhur dan terkenal dengan nama "Mawlid al-Barzanji". Sebahagian ulama menyatakan bahawa nama karangannya tersebut sebagai "I'qdul Jawhar fi mawlid an-Nabiyyil Azhar". Mawlid karangan beliau ini adalah di antara kitab mawlid yang paling tersohor dan paling luas tersebar ke pelosok negeri 'Arab dan Islam, baik di Timur maupun di Barat. Bahkan ramai kalangan 'Arab dan 'Ajam yang menghafalnya dan mereka membacanya dalam perhimpunan-perhimpunan agama yang munasabah. Kandungannya merupakan khulaashah (ringkasan) sirah nabawiyyah yang meliputi kisah lahir baginda, perutusan baginda sebagai rasul, hijrah, akhlak, peperangan sehingga kewafatan baginda................

Kitab "Mawlid al-Barzanji" ini telah disyarahkan oleh al-'Allaamah al-Faqih asy-Syaikh Abu 'Abdullah Muhammad bin Ahmad yang terkenal dengan panggilan Ba`ilisy yang wafat tahun 1299H dengan satu syarah yang memadai, cukup elok dan bermanfaat yang dinamakan "al-Qawl al-Munji 'ala Mawlid al-Barzanji" yang telah banyak kali diulang cetaknya di Mesir.

Ikhwah lihat, bagaimana Habib Muhammad menyatakan bahawa Sayyid Ja'far adalah seorang 'allaamah, seorang muhaddits lagi musnid yang menjadi sanad dan sandaran umat. Jadi bagaimana kita tergamak membuka mulut kita dan menggerakkan lidah kita yang tidak bertulang untuk mencemoh dan merendah-rendahkan pribadi seperti Sayyid Ja'far, Mufti Syafi`iyyah di Kota Madinah. Allahu ... Allah.

Sebagaimana dinyatakan oleh Buya al-Maliki di atas, mawlid Sidi Ja'far al-Barzanji ini telah disyarahkan pula oleh para ulama kenamaan umat ini.

Antara yang masyhur mensyarahkannya ialah Syaikh Muhammad bin Ahmad 'Ilyisy al-Maaliki al-'Asy'ari asy-Syadzili al-Azhari yang mengarang kitab "al-Qawl al-Munji 'ala Mawlid al-Barzanji". Beliau ini adalah seorang ulama besar keluaran al-Azhar asy-Syarif, bermazhab Maliki lagi Asy`ari dan menjalankan Thoriqah asy-Syadziliyyah. Beliau lahir pada tahun 1217H (1802M) dan wafat pada tahun 1299H (1882M). Beliau bukanlah calang-calang ulama pula, ketinggian ilmunya dapat dilihat dalam kitab-kitab karangannya yang bernilai tinggi, antaranya : "Hidaayatul Muriid li 'Aqiidati Ahlit Tauhiid", "Syarah al-'Aqaa-idul Kubra lis Sanusi", "Haasyiah 'ala Syarhish Shoghir lid-Dardiir", "Minhul Jaliil 'ala Mukhtashar Khaliil" dan "Hidaayatus Saalik ila Aqrabil Masaalik fi Furu`il Fiqhil Maaliki".

Selain Syaikh Ba`ilisy, ulama kita kelahiran Banten, Pulau Jawa, yang terkenal sebagai ulama dan penulis yang produktif dengan banyak karangannya.

Sayyidul 'Ulama-il Hijaz,

an-Nawawi ats-Tsani,

Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani al-Jawi turut menulis syarah yang lathifah bagi "Mawlid al-Barzanji" dan karangannya itu dinamakannya "Madaarijush Shu`uud ila Iktisaa-il Buruud".

Manakala, seorang keturunan Sayyid Ja'far al-Barzanji yang mempunyai nama yang sama dengan beliau, iaitu Sayyid Ja'far bin Sayyid Isma`il bin Sayyid Zainal 'Abidin bin Sayyid Muhammad al-Hadi bin Sayyid Zain yang merupakan suami kepada satu-satunya anak Sayyid Ja'far al-Barzanji, telah juga menulis syarah bagi "Mawlid al-Barzanji" tersebut yang dinamakannya "al-Kawkabul Anwar 'ala 'Iqdil Jawhar fi Mawlidin Nabiyil Azhar".

Sayyid Ja'far ini juga adalah seorang ulama besar keluaran al-Azhar asy-Syarif. Beliau juga merupakan seorang Mufti Syafi`iyyah.

Karangan-karangan beliau antaranya:

1. "Syawaahidul Ghufraan 'ala Jaliyal Ahzan fi Fadhaa-il Ramadhan",
2. "Mashaabiihul Ghurar 'ala Jaliyal Kadar"
3. "Taajul Ibtihaaj 'ala Dhau-il Wahhaaj fi Israa` wal Mi'raaj".

Beliau juga telah menulis sebuah manaqib yang menceritakan perjalanan hidup dan ketinggian nendanya Sayyid Ja'far al-Barzanji dengan jodol "ar-Raudhul A'thar fi Manaqib as-Sayyid Ja'far".


Latar Belakang Pendidikannya

Beliau dibesarkan di bawah didikan dan asuhan ayahandanya. Beliau mempelajari al Quran daripada Syeikh Ismail al Yamani radiyaLlahu 'anhu. Kemudian mempelajari ilmu tajwid daripada syeikh Yusuf al Sa'idi radiyaLLahu 'anhu dan Syeikh Syams al din al Misri radiyaLlahu 'anhu. Di antara guru-gurunya di Madinah ialah :

1. Sayyid Abdul Karim Haidar al Barzanji radiyaLlahu 'anhu
2. Sayyid Yusuf al Kurdi radiyaLLahu 'anhu
3. Sayyid 'AtiyyatuLlah al Hindi radiyaLlahu 'anhu

Setelah itu, beliau mendalami ilmunya dengan ulama' yang berada di Makkah dan menetap di sana selama 5 tahun. Di antara guru-gurunya di Makkah ialah :

1. Syeikh 'AtaiLlah ibn Ahmad al Azhari
2. Syeikh Abdul Wahhab al Tontowi al Ahmadi
3. Syeikh Ahmad al Asybuli dan lain-lain lagi.

Oleh kerana kepakarannya yang tinggi di dalam persada ilmu, beliau telah diijazahkan dengan sanad-sanad ilmu oleh masyaikh pada zamannya. Di antara guru-gurunya yang pernah menganugerahkan sanad kepadanya ialah :

1. Syeikh Muhammad Tayyib al Fasi
2. Sayyid Ahmad al Tobari
3. Syeikh Muhammad ibn Hasan al 'Ujaimi
4. Sayyid Mustafa al Bakari
5. Syeikh AbduLlah al Syubrawi al Misri


Beliau telah belajar daripada mereka pelbagai ilmu pengetahuan. Di antaranya ilmu saraf, nahu. mantiq, ma'ani, bayan, adab, fiqh, usul fiqh, faraidh, matematik, hadith, mustalah hadith, tafsir, dakwah, kejuruteraan, arudh, kalam, bahasa, sirah, qiraat, suluk, tasawwuf dan sebagainya.

Apa yang berlaku pada zaman mutakhir ini, sesetengah ahli masyarakat melemparkan tuduhan bahawa beliau bukan seorang ilmuwan Islam. Anggapan yang tidak berasas ini, menyebabkan kitab maulid karangannya yang selama ini diterimapakai di dalam Majlis Sambutan Maulid Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam di kebanyakan negara Islam dituduh mengandungi banyak perkara khurafat dan bertentangan dengan Al Quran dan Hadith.

Oleh kerana itu, untuk meneutralkan tanggapan negatif ini, adalah wajar diketengahkan sanad beliau yang menghubungkan ilmunya dengan dua buah kitab hadith yang muktabar; al Bukhari dan Muslim sehingga kepada RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam bagi membuka mata dan meyakinkan kita bahawa pengarang Kitab Maulid Barzanji yang kita baca selama ini bukanlah calang-calang ulama.



Sanad Jami' Al Sahih Imam Bukhari

Sayyid Ja'far al Barzanji belajar daripada,

1. Syeikh Muhammad Tayyib al Fasi, belajar daripada
2. Syeikh Ibrahim al Dir'i, belajar daripada
3. Syeikhah Fatimah binti SyukriLLah al Uthmaniyyah, bonda nendanya Sayyid Muhammad ibn Abdur Rasul, belajar daripada
4. Al Syams Muhammad ibn Ahmad al Ramli, belajar daripada
5. Syeikh al Islam al Qadhi Zakaria ibn Muhammad al Ansari, belajar daripada
6. al Hafiz Ahmad ibn Ali ibn Hajar al Asqalani, belajar daripada
7. Syeikh Ibrahim ibn Ahmad al Tanukhi, belajar daripada
8. Syeikh Abi al Abbas Ahmad ibn Abi Talib al Hajjar al Dimasyqi, belajar daripada
9. al Siraj al Husain al Mubarak al Zaibidi, belajar daripada
10. Abdil awwal ibn Isa al Harawi, belajar daripada
11. Abdir Rahman ibn Muzaffar al Dawudi, belajar daripada
12. Abi Muhammad AbduLLah ibn Hamawih al Sarkhasi, belajar daripada
13. Syeikh Abdi AbdiLlah Muhammad ibn Yusuf ibn Matar al Farabri, belajar daripada



Pengumpulnya, Amirul Mukminin al Imam al Hafiz al Hujjah Abu AbdiLLah Muhammad ibn Ismail al Bukhari.

Sanad Sohih Muslim

Sayyid Ja'far al Barzanji, belajar daripada

1. Syeikh AbduLlah al Syubrawi al Misri, daripada
2. Syeikh Muhammad Zurqani ibn Abdul Baqi al Maliki al Azhari, daripada
3. Al Hafiz Muhammad ibn 'Ala' al Babili, daripada
4. Syeikh Abi al Naja Salim ibn Muhammad al Sanhuri, daripada
5. Al Najm Muhammad ibn Ahmad al Ghaiti, daripada
6. Syeikh al Islam Zakaria ibn Muhammad al Ansari, daripada
7. Abi al Nu'aim Ridhwan ibn Muhammad, daripada
8. Syeikh Abi Tahir Muhammad ibn Muhammad, daripada
9. Abi al Faraj Abdur Rahman ibn Abdul Hamid al Maqdisi, daripada
10. Syeikh Abi al Abbas Ahmad ibn Abdud Daim al Nablusi, daripada
11. Syeikh Muhammad ibn Ali al Harani, daripada
12. Faqih al Haram Muhammad ibn al Fadhl al Farawi, daripada
13. Syeikh Abi al Husain Abdul Ghafir ibn Muhammad al Farisi, daripada
14. Abi Ahmad Muhammad ibn Isa al Jaludi, daripada
15. Syeikh Abi Ishaq Ibrahim ibn Muhammad ibn Sufyan al Zahid, daripada



Pengumpulnya al Imam al Hujjah Muslim ibn al Hajjaj al Qusyairi al Naisaburi.

Kepakarannya di dalam bidang keilmuwan telah menarik ramai orang datang menemuinya untuk mempelajari ilmu. Beliau mengikuti dan menyelami jalan ahli tasawwuf dan meninggalkan kerehatan dan tidur lebih dari 20 tahun sehingga beliau mempunyai kemahiran di dalam ilmu naqli (berasaskan al Quran dan Sunnah) dan aqli. Beliau pernah mengambil tariqat daripada Sayyid 'AtiyatuLlah al Hindi dan Sayyid Mustafa al Bakari.

Beliau telah mengarang banyak kitab yang menakjubkan dan bermanfaat. Di antaranya ialah kitab Maulid Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam yang tidak pernah ditulis oleh pengarang sebelumnya yang dinamakan dengan 'Iqd al Jauhar fi Maulid al Nabi al Azhar sallaLlahu 'alaihi wasallam.



Hubungan Sosial

Beliau juga mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam masyarakat sehingga dilantik sebagai Mufti Mazhab Syafie radiyaLLahu 'anhu di al Madinah al Munawwarah. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga kewafatannya dan dianugerahkan dengan kebesaran yang tinggi sehingga kata-katanya diperkenankan dan dilaksanakan oleh raja-raja dan pemerintah-pemerintah di Haramain (Makkah dan Madinah), Mesir, Syam, Rom dan sebagainya.

Kata-katanya juga diterimapakai oleh Jemaah Menteri Kerajaan Uthmaniyyah dan pembesar-pembesar negara tersebut. Suaranya tersebar seperti burung yang berterbangan di seluruh pelusuk dunia hingga hampir tiada sesiapa yang tidak mengenalinya. Karyanya tersebar luas dan kelebihan kitabnya tiada tolok bandingnya pada zamannya.



Akhlaknya

Beliau mempunyai akhlak yang mulia, bersifat tawadhu', hati yang bersih, cepat memaafkan orang lain dan tidak mengabaikan hak orang lain. Beliau merupakan keturunan dari keluarga RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan di kalangan ketua yang menjadi tempat rujukan keturunan Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam pada zamannya. Beliau juga merupakan seorang yang zuhud, wara', berpegang dengan al Quran dan Sunnah, banyak berzikir, sentiasa bertafakkur, mengorbankan harta dan jiwa untuk melakukan kebaikan serta banyak bersedekah sehingga dikenali sebagai seorang dermawan.

Beliau juga mempunyai karamah yang dizahirkan oleh ALlah subahanahu wa Ta'ala. Di antaranya, beliau pernah dipanggil dari tempat solatnya pada Hari Jumaat menaiki mimbar RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam. Pada masa tersebut, sedang berlaku kemarau yang panjang. Maka orang bertawassul dengannya supaya diturunkan hujan. Dengan kehendak ALlah subahanahu wa Ta'ala, maka hujan pun turun dengan lebatnya dan tanah yang kering kontang menjadi subur. Ramai di kalangan ulama' yang memujinya sebagaimana yang dirakamkan di dalam syair gubahan mereka. Di antaranya :

سقى الفاروق بالعباس قدما

و نحن بجعفر غيثا سقينا
وسيلنا إمام العارفينا

"Dahulu sayyiduna Umar RadiyaLlahu 'anhu pernah bertawassul meminta hujan dengan Sayyiduna al Abbas radiyaLLahu 'anhu, dan kini kami bertawassul dengan Ja'far radiyaLlahu 'anhu, maka diturunkan hujan kepada kami"


Khalifah Umar ibn al Khattab radiyaLlahu 'anhu sepertimana yang diriwayatkan oleh al Bukhari dan Muslim daripada Anas radiyaLlahu 'anhu pernah bertawassul dengan bapa saudara Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam, iaitu Abbas ibn Abdul Muttalib ketika berlaku musim kemarau. Umar RadiyaLlahu 'anhu berdoa :

Quote



اللهم إنا كنا إذا قحطنا توسلنا إليك بنبينا فتسقنا وإنا نتوسل إليك بعم نبينا محمد صلى الله عليه وسلم فاسقنا, قال : فيسقون


Ya ALlah! Sesungguhnya apabila kami menghadapi kemarau, kami bertawassul kepada Engkau dengan Nabi kami (Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam) maka Engkau menurunkan hujan kepada kami. Dan sekarang ini, kami bertawassul kepada Engkau dengan bapa saudara Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam, maka turunkanlah hujan jepada kami." Anas radiyaLlahu 'anhu menyebut, "Maka hujan pun diturunkan ke atas mereka."


Berbalik kepada Sidi Ja'far al-Barzanji, selain dipandang sebagai mufti, beliau juga menjadi khatib di Masjid Nabawi dan mengajar di dalam masjid yang mulia tersebut. Beliau terkenal bukan sahaja kerana ilmu, akhlak dan taqwanya, tapi juga dengan kekeramatan dan kemakbulan doanya. Penduduk Madinah sering meminta beliau berdoa untuk hujan pada musim-musim kemarau. Diceritakan bahawa satu ketika di musim kemarau, sedang beliau sedang menyampaikan khutbah Jumaatnya, seseorang telah meminta beliau beristisqa` memohon hujan. Maka dalam khutbahnya itu beliau pun berdoa memohon hujan, dengan serta merta doanya terkabul dan hujan terus turun dengan lebatnya sehingga seminggu, persis sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Junjungan Nabi s.a.w. dahulu. Menyaksikan peristiwa tersebut, maka sebahagian ulama pada zaman itu telah memuji beliau dengan bait-bait syair yang berbunyi:-



سقى الفروق بالعباس قدما * و نحن بجعفر غيثا سقينا

فذاك و سيلة لهم و هذا * وسيلتنا إمام العارفينا


Dahulu al-Faruuq dengan al-'Abbas beristisqa` memohon hujan

Dan kami dengan Ja'far pula beristisqa` memohon hujan

Maka yang demikian itu wasilah mereka kepada Tuhan

Dan ini wasilah kami seorang Imam yang 'aarifin

Sidi Ja'far al-Barzanji wafat di Kota Madinah dan dimakamkan di Jannatul Baqi`, sebelah bawah maqam nenda-nenda beliau dari kalangan anak-anak perempuan Junjungan Nabi s.a.w. Allahu ... Allah. Bertuah sungguh Sayyid Ja'far. Karangannya membawa umat ingatkan Junjungan Nabi s.a.w., membawa umat kasihkan Junjungan Nabi s.a.w., membawa umat rindukan Junjungan Nabi s.a.w. Setiap kali karangannya dibaca, pasti sholawat dan salam dilantunkan buat Junjungan Nabi s.a.w. Juga umat tidak lupa mendoakan Sayyid Ja'far yang telah berjasa menyebarkan keharuman pribadi dan sirah kehidupan makhluk termulia keturunan Adnan. Allahu ... Allah.

اللهم اغفر لناسج هذه البرود المحبرة المولدية

سيدنا جعفر من إلى البرزنج نسبته و منتماه

و حقق له الفوز بقربك و الرجاء و الأمنية

و اجعل مع المقربين مقيله و سكناه

و استرله عيبه و عجزه و حصره و عيه

و كاتبها و قارئها و من اصاخ إليه سمعه و اصغاه


Ya Allah ampunkan pengarang jalinan mawlid indah nyata

Sayyidina Ja'far kepada Barzanj ternisbah dirinya

Kejayaan berdamping denganMu hasilkan baginya

Juga kabul segala harapan dan cita-cita

Jadikanlah dia bersama muqarrabin berkediaman dalam syurga

Tutupkan segala keaiban dan kelemahannya

Segala kekurangan dan kekeliruannya

Seumpamanya Ya Allah harap dikurnia juga

Bagi penulis, pembaca serta pendengarnya

Kegigihan beliau menuntut ilmu:


Semasa kecilnya beliau telah belajar Al-Quran dari Syeikh Ismail Al-Yamani, dan belajar tajwid serta membaiki bacaan dengan Syeikh Yusof As-So’iedi dan Syeikh Syamsuddin Al-Misri.


Antara guru-guru beliau dalam ilmu agama dan syariat:-

- Syed Abdul Karim Haidar Al-Barzanji

- Syeikh Yusuf Al-Kurdi

- Syed Athiyatullah Al-Hindi.


Beliau kemudiannya berhijrah dan menetap di Mekah selama lima tahun. Di sana beliau telah belajar daripada ulamak-ulamak terkenal, antaranya:-


- Syeikh Athaallah ibn Ahmad Al-Azhari

- Syeikh Abdul Wahab At-Thanthowi Al-Ahmadi

- Syeikh Ahmad Al-Asybuli

Beliau juga telah diijazahkan oleh sebahagian ulama’, antaranya:-

- Syeikh Muhammad At-Thoyib Al-Fasi

- Syed Muhammad At-Thobari

- Syeikh Muhammad ibn Hasan Al-A’jimi

- Syed Musthofa Al-Bakri

- Syeikh Abdullah As-Syubrawi Al-Misri


Ilmu yang dikuasai :

Syed Ja’far Al-Barzanji telah menguasai banyak cabang ilmu, antaranya: Shoraf, Nahu, Manthiq, Ma’ani, Bayan, Adab, Fiqh, Usul Fiqh, Faraidh, Hisab, Usuluddin, Hadis, Usul Hadis, Tafsir, Hikmah, Handasah, A’rudh, Kalam, Lughah, Sirah, Qiraat, Suluk, Tasawuf, Kutub Ahkam, Rijal, Mustholah...

Karangan beliau:


- البر العاجل بإجابة الشيخ محمد غافل

- جالية الكدر بأسماء أصحاب سيد الملائك والبشر

- جالية الكرب بأسماء سيد العجم والعرب في أسماء البدريين والأحديين

- الجني الداني في مناقب الشيخ عبد القادر

- الروض المعطار فيما يحدي السيد محمد من الأشعار

- الشقائق الأترجية في مناقب الأشراف البرزنجية

- الطوالع الأسعدية من المطالع المشرقية

- العرين لأسماء الصحابة البدريين

- فتح الرحمن على أجوبة السيد رمضان

- الفيض اللطيف بإجابة نائب الشرع الشريف

- النفح الفرجي في فتح جته جي في التاريخ

- نهوض الليث لجواب أبي الغيث

- عقد الجوهر في مولد النبي الأزهر صلى الله عليه وسلم

(kitab maulid yang dikenali dengan Maulid Barzanji)

Kemasyhuran beliau:

Beliau telah diiktiraf dan mendapat kedudukan di sisi pembesar Mekah dan Madinah, serta menteri-menteri Kerajaan Uthmaniah. Tersebarlah kemasyhuran dan kehebatan beliau keseluruh pelusuk dunia Islam, sehinggakan beliau dikenali ramai. Karangan-karangan beliau telah diterima dan dipuji oleh ulama’-ulama’ sezaman denganya sehingga tersebarnya tulisan beliau dikalangan penuntut ilmu.



Sifat-sifat beliau:

Mempunyai akhlak yang terpuji, jiwa yang bersih, sangat pemaaf dan pengampun, zuhud, amat berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah, wara’, banyak berzikir, sentiasa bertafakkur, mendahului dalam membuat kebajikan bersedekah,dan s pemurah,...

Dari riwayat hidup Syed Ja’far Al-Barzanji di atas, jelas kepada kita bahawa beliau bukannya calang-calang orang seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Bahkan beliau menjawat jawatan Mufti Madinah Munawwarah sekian lama yang menunjukkan kepada kita ketinggian ilmu beliau dan kesolehan beliau.

Harapan penulis agar kita tidak terburu-buru mengutuk dan merendahkan ulama’-ulama’ Islam. Walaupun kita tidak bersetuju pada sesetengah perkara yang khilafiah, janganlah kita terus menghentam dan membidaahkan lawan kita. Selagi mana perkara tersebut ijtihadiah, contohnya pada menghukumkan hadis atau beramal dengannya, sepatutnya kita mengikut kaedah fiqh (الاجتهاد لا ينقض بالاجتهاد)- Ijtihad tidak dapat membatalkan ijtihad yang lain. Semoga segala yang baik daripada tulisan ini dapat diambil manfaatnya, dan jika ada kesilapan, sama-samalah kita perbetulkannya.



Rujukan:

1. Al-Kawakib Al-Anwar syarh Al-Maulid An-Nabawi, karangan Syed Ja’far ibn Al-Barzanji (keturunan Syed Ja’far Al-Barzanji pengarang Maulid), wafat pada tahun 1317 H bersamaan 1899 M, tahqiq Nada Farj Darwisy, disemak oleh Institut Pengkajian Akademik Universiti Azhar, cetakan Markaz ibn Al-Athar litthurath, muka surat 647-650.

2. Kasyfuz Zunun ‘an Asami Al-Kutub wal Funun, karangan Haji Khalifah, cetakan 1999 M Darul Fikr, Beirut, bab jim ‘ja’far’, jilid 5, muka surat 211.

3. Al-Asybah wan Nazhair, Jaluddin As-Suyuthy, cetakan ketiga 2005 M Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut, jilid 2, muka surat 225.

Dicatat oleh syeikh di 9:34 PTG

Label: Tokoh

http://syeikh-husna.blogspot.com/2011/02/syeikh-jafar-al-barzanji-sohibul-maulid.html?showComment=1331096744381#c3100387771480777398