Ahad, 26 Oktober 2014

Madrasah Pondok Tahfiz yang memerlukan sumbangan derma infak sedekah segera..

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh..


Kepada Muslimin muslimat yang sedang mencari pihak2 yang memerlukan sumbangan, kami ingin berkongsi dengan para ikhwan sekalian...

Kami Jawatankuasa Pembangunan Madrasah Darul Sa'adah, Kg. Belukar Neting, 16200 Tumpat Kelantan, berbesar hati andainya para ikhwan yang berkelapangan untuk memberikan sumbangan untuk pembinaan madrasah.

AJK bergambar bersama Habib Muhsin


Upacara perasmian tapak

Doa untuk keberkatan madrasah


Sumbangan bolehlah disalurkan terus kepada pihak kami melalui akaun Bank Islam;

No akaun : 03148010001259

atas nama MADRASAH DARUL SA'ADAH

Semoga jasa baik para ikhwan semua akan mendapat ganjaran yang sewajarnya dan taka akan disia2kan oleh Allah s.w.t.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi :

018-9087339 Ustaz Azmi (Setiausaha Madrasah)

Sekian terima kasih.

Rabu, 13 Ogos 2014

Kumpulan Nasyid Maulid Qasidah Selawat di Kelantan

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الذي هدانا بعبده المختار من دعانا
إليه بالإذن وقد نادانا..لبيك يا من دلنا وحدانا

مجلس مولد نور المصطفى الأحمدي المنقوشي
Majlis Maulid Nurul Mustafa Al Ahmadiy Al Manqusyi.
 
Meraikan Pengantin di Hotel Perdana
Kota Bharu, Kelantan. 

Undangan Maulid Qasidah di Majlis Walimatul Urus di KTC (Kelantan Trade Center) Kota Bharu.





0189087339 (Call & Whatapps)



(Us. Azmi)
Kumupulan ini yang dinamakan Majlis Maulid Nurul Mustafa Al Ahmadiy Al Manqusyi atau ringkasnya Nurul Mustafa Al Manqusyi ditubuhkan pada Tahun 2010. Pada awalnya kumpulan ini belum lagi diberikan nama yang khusus, namun ianya dirasmikan dengan nama Majlis Maulid Nurul Mustafal Ahmadiy Al Manqusyi selepas mendapatkan Ijazah sanad Burdah dari Syeikhuna Muhammad Awadh Al Manqush AlMisri yang kebetulan berada di Malaysia ketika itu. Beliau juga turut mengijazahkan hadis Musalsal bersanad tentang kelebihan Puasa Asyura yang kebetulan diijazahkan pada malam 10 Muharram 1434H bertempat Syeksyen 7 Bandar Baru Bangi. Anugerah ijazah sanad Burdah dan Nazam ini diterima oleh ahli Majlis Maulid yang terdiri dari Afandi, Azmi, Nordin dan Nazri.

Bahan Rujukan Burdah, Maulid, Barzanji, Syamail dll


Majlis Maulid Nurul Mustafa Al Ahmadiy Al Manqusyi diasaskan untuk mengimarahkan alunan qasidah dan puji-pujian bagi menyemai Mahbbah kepada Rasulillah Sallallahu alaihi wasallam. Kumpulan ini dianggotai oleh beberapa orang ahli dan dipimpin oleh Ustaz Mohd Nazri Daud (Johan Qari Negeri Kelantan) dan dinggotai oleh beberapa orang lagi. Pemain muzik/gendang utama ialah cikgu Zapri, seorang guru muzik di salah sebuah sekolah menengah di Pasir Mas.

Photo: Tanggal 9 Muharram 1434..Majlis Maulid Nurul Mustafa Al Ahmadiy Al Manqusyi bertolak ke Bangi bersama Program Syeikh Muhammad Awadh A l Manqush...
Alhamdulillah, Syeikh telah mengijazahkan Sanad Qasidah/Burdah/Hadis Musalsal ttg Fadhilat Puasa Hari Asyura..
Majlis bersama As Syeikh Muhammad Awadh Al Manqush Al Misri

Tanggal 9 Muharram 1434..Majlis Maulid Nurul Mustafa bertolak ke Bangi bersama Program Syeikh Muhammad Awadh A l Manqush...Alhamdulillah, Syeikh telah mengijazahkan Sanad Qasidah/Burdah/Hadis Musalsal tentang Fadhilat Puasa Hari Asyura..

Photo: Syeikh Muhammad Awadh Al Manqush..

Majlis Maulid Nurul Mustafa Al Ahmadiy Al Manqusyi berpeluang mengunjujngi Syeikh di Bangi sempena Majlis Bacaan Qasidah  Ijazah Sanad Qasidah dari Beliau..moga Allah memlihara Syeikh..
Syeikh Muhammad Awadh Al Manqush

Photo: Sanad Qasidah/Selawat/Burdah dari Syeikh..
Sanad Qasidah Burdah
Photo: Sanad..
Sanad Nazam Badi'

Kumpulan ini pernah dijemput membuat persembahan di majlis-majlis Maulidurrasul, Majlis Perkahwinan dan majlis-majlis rasmi yang lain di sekitar Negeri Kelantan. Walau pun pernah mendapat jemputan dari luar Kelantan, namun memandangkan kekangan masa, jemputan itu dengan hormatnya terpaksa diserah kepada kumpulan-kumpulan maulid yang berdekatan.

Photo: Persembahan Maulid Sempena Perkahwinan puteri Cikgu M.Saad di Pengkalan Kubur, Tumpat Kelantan.
Mengadakan persembahan di satu Majlis Perkahwinan

Office:
Majlis Maulid Nurul Mustafa Al Manqusyi
Pondok Hj. Ahmad, Kg. Geting
16200 Tumpat,
Kelantan.

Kepada para ikhwan sekitar negeri Kelantan dan lain-lain negeri yang ingin menyemarakkan lagi majlis-majlis keraian dengan alunan selawat, qasidah, burdah, berzanji..bolehlah menghubungi kumpulan ini di talian :
0189087339 Call
0135869558 wasap
 (Us. Azmi)

Jumaat, 23 Mei 2014

Petua Menghalang Kecurian..

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kecurian harta benda sering dan kerap berlaku. Selain menjadi cobaan kepada kita, mungkin juga kita terlampau 'sayang' akan harta tersebut menjadikan kita lupa bahawa segala nikmat anugerah Allah itu hanyalah pinjaman sementara untuk kita.

Apa pun, tiada sesiapa yang inginkan harta benda miliknya dicuri begitu sahaja..apatah lagi 'barang' milik kita itu adalah yang mahal harganya, susah untuk diperolehi, terpaksa berhutang untuk mendapatkannya.

Sebenarnya kecurian berlaku kerana kita selalu lupa akan empunya makhluk seluruh alam ini, iaitu Allah Taala. Kita lupa bahawa tuan yang menjaga segala makhluknya adalah Allah Taala. Apa hubungan lupa kepada Allah itu dengan kecurian???

Mari kita lihat 'karenah' kita..
Bila kita keluar je rumah, kita akan kunci kemas2..dengan kunci 2 3 lapis...dlm hati kita..ahh..aku dah kunci elok2..payah dah pencuri nak masuk..lepas tu kita akan sapa jiran...En Mad, Tolong tengok2 kan rumah saya ye sepeninggalan saya ni..lansung kita terus jalan..

Oh...sungguh LUPA kita...Sungguh LALAI kita...sungguh LEKA kita..

Kita serahkan (tawakkalkan) rumah kita kpd kunci yang 2 3 lapis tu...kita mintak jiran untuk tengok2 kan..

TETAPI.......

Kita lupa nak dahulukan Yang Maha Kuasa..kita tak nak serahkan KUASA PENJAGAAN itu kepadaNya

Inilah sebenarnya..kenapa rumah kita tak selamat daripada kecurian dan pecah rumah. Kerana kita serahkan kepada makhluk yang tak boleh buat apa2...Kita tidak serahkannya kepada Allah yang Maha Kuasa.

Justeru, bagi mengelakkan kecurian untuk dikongsi bersama...apa yang kita kena buat;

1. Berbicara dengan Allah...Ya Allah aku serahkan segalanya kepadaMu..rumahku dan segala isinya..hanya Engkau yang mampu menjaganya. Bukan kunci ini, bukan alarm ini, bukan jiran...jadi bacalah doa-doa untuk keluar rumah dan menyerahkan bulat2 kepada Allah Taala.

2. Barulah laksanakan asbab dan ikhtiar..kunci seadanya..dan mintak jiran tolong tengok2 kan..

3. Keluar rumah dgn penuh tawakkul kpd Allah...usah dibimbang2 lagi bila dah serahkan PENJAGAAN kpdNya..Kerana Allah Taala tidak akan sia2kan harapan yang diberi.

INILAH PETUA TERBAIK DAN TERJAMIN UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG KECURIAN..BAIK SEMASA KITA DI RUMAH (MALAM) ATAU MENINGGALKAN RUMAH..

Semoga perkongsian ini bermanfaat..Insya Allah..Selamat Beramal!!!