Wednesday, October 19, 2011

Siapa yang terlebih dahulu berhak memasuki syurga?

Diriwayatkan dari Nabi Sallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda:


“Adalah pada hari Kiamat didatangkan empat orang di hadapan pintu syurga tanpa hisab;

Pertamanya; orang alim yang beramal dengan ilmunya.

Kedua; Orang yang mengerjakan haji yang tidak ada sebarang amalan yang merosakkan.

Ketiga; Orang syahid yang gugur di medan perang.

Keempat; Dermawan yang hasil usaha dari pekerjaan yang halal serta membelanjakan hartanya pada jalan Allah tanpa ada perasaan riya’.



Maka keempat-empat mereka berebut-rebut untuk menjadi orang terawal memasuki syurga. Lalu Allah mengutuskan Jibril untuk mengadili mereka. Maka Jibril bertanyakan si syahid “apa amalanmu di dunia untuk melayakkan kamu menjadi orang yang mula-mula memasuki syurga? Maka jawabnya: “ aku gugur di medan perang semata-mata mendapatkan keredhaan Allah Taala. Jibril bertanya lagi: “ dari siapa kamu mendengar pahala syahid? Jawabnya : “dari ulama”. Maka jawab Jibril : “Jagalah adab, jangan cuba untuk mendahului gurumu. Kemudian Jibril bertanya pula akan orang yang mengerjakan haji dan berkata pula seperti itu, kemudian kepada si dermawan juga dikatakan seperti itu…



Kemudia si alim bersuara…

Ya Tuhanku, aku tak akan memperolehi ilmu melainkan dengan sifat pemurah si Dermawan..dengan ihsannya.. lalu Allah berfirman: “ benarlah kata si alim itu. Wahai Ridhuan, bukalah pintu Syurga supaya si dermawan yang pemurah memasukinya terlebih dahulu dan diikuti oleh yang lainnya.



Bersabda Nabi Sallallahu alaihi wasallam:

“Sesiapa yang ingin memperolehi ilmu hendaklah melazimi lima perkara:

Pertama: Solat malam walaupun dua rakaat.

Kedua : Sentiasa dalam wudhuk.

Ketiga : Taqwallah samada dalam terang-terangan atau pun sembunyi.

Keempat : makan untuk taqwa bukan untuk syahwat.

Kelima : Bersugi





Sumber : Durratun Nasihin.

No comments:

Post a Comment