Monday, May 31, 2010

Hubaya Hubaya!!!! Ini zaman khutabaul Fitnah!

Duhai ummat Rasulillah sallallahu alaihi wasallam…
Hubaya! Hubaya!

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pernah mengambarkan suasana-suasana akhir zaman yang akan dilalui oleh umat Islam. Gunanya agar umat Islam berwaspada dengan suasana ataupun keadaan itu. Suasana ini adalah sebagai tanda betapa hampirnya dunia ini dengan saat kehancurannya. Biasanya suasana atau tanda juga alamat ini menggambarkan kejadian atau peristiwa yang berlaku menentang arus dan tidak berlaku di zaman sebelumnya. Maknanya ia tak sepatutnya berlaku, tetapi ia berlaku juga, untuk melengkapi proses berlakunya kiamat.

Apa pun sebagai mukmin, kita sebolehnya jangan menjadi pelakon kepada suasana itu, sebaliknya berusaha untuk tidak terlibat, walaupun orang disekeiling kita terlibat. Yang kita maksudkan ialah suasana-suasana yang melibatkan amalan atau perbuatan, ada pun suasana-suasana yang berlaku dan berubah, ianya akan tetap kita lalui seperti kepantasan bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Ianya juga salah satu alamat kiamat, namun itu adalah perubahan yang harus berlaku dan ia bukan berbentuk amalan dan perbuatan. Memang suasana-suasana itu telah pun terjadi, sedang berlaku dan akan terjadi. Tinggal lagi samada kita menyedarinya atau pun tidak.

Antara keadaan yang telah dan sedang berlaku ialah kemunculan para khutabaul juhalaa. Ini dinyatakan dalam sebuah hadis yang disebut oleh Imam Ghazali dalam Ihya dalam Bab kelebihan Ilmu dan Ulama yang bermaksud: ”kamu (para sahabat) berada di zaman ramainya para ulama, sedikit para khutaba. Ramai yang memberi sedikit yang meminta. Dan (pada saat ini) memperbanyakan amalan adalah lebih utama daripada memperbanyakkan ilmu. Lagi akan datang, para ulama akan berkurangan, khutaba (pennceramah) pula akan bertambah banyak. Ramai peminta tapi sedikit yang memberi. Pada masa itu illmu lebih utama dari beramal.
Apa yang ingin diketengahkan di sini ialah kebenaran sabdaan Rasulillah tentang kemunculan para khutaba (penceramah) yang begitu melambak sekarang ini. Sehingga masyarakat menjadi keliru entah ’pendapat’ yang mana satu harus diikuti. Masing-masing berceramah berulamkan ayat-ayat Al Quran dan Hadis. Sedang nak jadi penceramah bukannya memerlukan ilmu yang tinggi. Cukup dengan menghafaz beberapa potong ayat Al Quran atau hadis dan pandai mengolah isi dengan menggunakan logik akal dan disesuaikan dengan isu semasa. Apa lagi si penceramah itu belajar pula comunication skills atau ilmu pidato. Terlopong si pendengar mendegar ceramah hebat yang diselang seli dengan gaya ucapan dan gerak badan yang penuh bersemangat!

Tanpa berbekalkan ilmu yang melengkapi sendi agama dan tanpa ilmu mantap bersanad, para khutaba akan bercakap dan bercakap sesuka hati sehingga mentafsirkan ayat-ayat al Quran berdasarkan pendapat akal semata-mata tanpa merujuk Kitab (ulama) mufassirin. Maka benar sekali bila Rasululllah mengartakan bahawa pada masa itu ilmu lebih utama dari beramal. Ini kerana, tanpa ilmu, pendengar ceramah akan mudah terpengaruh dengan ceramah yang disampaikan walaupun ceramah itu menyeleweng dan penuh umpat keji serta maki hamun, istimewa pula ceramah politik.

Jadi ilmu yang benar sahajalah yang akan menapis ucapan-ucapan yang meyeleweng dari kehendak Allah dan Rasulullah. Tanpa asas ilmu yang kukuh dan mantap, si pendengar akan hanyut sesat bersama sesatnya fatwa yang dikeluarkan oleh penceramah. Pernah Khaifah Ali menghalau pengajar yang tidak layak menyampaikan ilmu setelah dicoba tahap kefahaman si pengajar itu sendiri.

Itu di zaman Khaifah Ali karramallahu wajhah. Zaman kita...ramai yang bercakap Islam kerana kononnya memperjuangkan Islam. Wal hal ia sedikit pun tak layak untuk bercakap tentang Islam. Tiada latar belakang ilmu Islam. Nahu Soraf langsung tak tau. Aqidah, Syariat, tasawwuf lagi tak tau. Tapi hebat berceramah tentang Islam. Nama para ulama tak pernah disebut. Maknanya pendapatnya adalah berdasarkan kepada akal semata-mata. Bukannya merujuk kepada pandangan para ulama muktabar.

Hubaya! Hubaya! Duhai kaum Mislimin.
Awasi keadaan ini! Usah disesatkan oleh penceramah yang jahil. Khutabaul Fitnah. Apa lagi yang dicakapnya tidak sedikit pun diterjemahkan pada amalannya. Yakni, amalan agama tidak hidup dalam dirinya. Dek kerana petah bercakap, dia terpilih sebagai pimpinan. Ini haikat yang berlaku.