Sunday, September 26, 2010

Pandanglah ke dalam diri...

Bismillahirrahmanirrahim
Kita berlindung kepada Allah dari menjadi manusia yang memberikan sumbangan, agen, penyebab, pencetus kepada perpecahan dan pergaduhan sesama umat Islam melalui apa jua tindakan, perbuatan, gerakerja. Marilah kita cuba melihat sesuatu perkara yg berlaku baik yg kita suka maupun yg kita benci, melihat kepada hikmah yg tersembunyi di sebaliknya, dan usahlah kiranya kita melepaskan diri kita dengan meletakkan sesuatu ‘masalah’ yg timbul kepada oleh orang lain semata-mata..sedang kita lupa untuk menilai muhasabah diri sendiri atas kehilafan yang berlaku dan terus menerus mendakwa betapa kita sentiasa berada dalam kebenaran dan kebaikan.
Firman Allah: “dan usahlah kamu mendakwa diri kamu suci (dari sebaraang dosa dan kesilapan) sedang Dialah yang terlebih mengetahui siapakah yang lebih bertaqwa”

Ikhwan kaum muslimin yang dicintai,
Sesungguhnya hidup ini tidak akan lengkap tanpa adanya ujian, mihnah, masalah…kerana itulah sebenarnya jalan kehidupan dan itulah kehidupan. Samada kita memilih utk menjadi Ad Daie ilallah, Pejuang Dinullah, Salik ilallah, Mujahid fillah, Tafaqquh fi dinillah, atau menjadi penguasa urusan kaum Muslimin..segalanya akan berdepan dengan ujian dan cobaan. Andai kita mengharapkan jalan yg kita pilih itu berkeadaan penuh selesa, licin, rehat, tenang..kita sebenarnya silap. Justeru segala ujian yang mendatang adalah sebagai tapisan Allah untuk melihat sejauh mana “ahsanu ‘amala” kita.
Di sanalah nanti (selepas kita diujicoba) barulah jelas oleh kita betapa siapakah di kalangan hamba2 Allah yang terbaik amalannya..yang lebih indah akhlak dan akal budinya. Andainya setelah datangnya ujian dan mihnah, kita terburu-buru bertindak tanpa petunjuk ilahi, tak tahan sabar dgn ujian itu, dan dalam kemarahan kita itu, kita akan terikut2 dgn pujukan nafsu dan kita akan kehilangan kewarasan dan kebijaksanaan. Justeru selepas seuatu tindakan yng kita lakukan secara terburu2 itu akan memperlihaatkaan kebodohan dan kedunguan kita sendiri, lalu kita akan mencipta pelbagai alasan untuk seboleh-bolehnya mempertahankan segala tindakan kita itu yang disebut dalam istilah terapi kaunseling sebagai helah bela diri.

Tuesday, August 24, 2010

Asal Usul Puasa

Setiap sesuatu ibadat atau perkara yang disyariatkan adalah bermula dengan sejarahnya yang tersendiri. Ibadat solat contohnya, adalah rangkuman daripada cara ibadat para malaikat, yang mana ada di antara mereka yang cuma qiyam sepanjang masa, rukuk selama-lamanya, sujud berterusan...yang kemudiannya dirangkumkan dalam ibadat solat yang lengkap untuk umat manusia.

Puasa juga mempunya sejarah asal usulnya yang tersendiri. Dikatakan bahawa ibadat puasa adalah bermula dengan sejarah Nabi Allah Adam semasa di syurga. Setelah dipujuk rayu oleh Hawa yang termakan hasutan syaitan, akhirnya Adam juga memakan buah larangan (khuldi) itu...

Diringkaskan cerita, setelah Adam dilontar ke dunia...Adam menangis memohon ampun kepada Allah s.w.t. Taubat Adam diterima Allah setelah badan Adam a.s bersih dari sisa makanan terlarang itu dalam masa 30 hari.

Justeru, mengambil sempena kejadian itu, kita umat manusia telah diwajibkan berpuasa selama sebulan (30 hari). intaha-sittin masalah-

Monday, May 31, 2010

Hubaya Hubaya!!!! Ini zaman khutabaul Fitnah!

Duhai ummat Rasulillah sallallahu alaihi wasallam…
Hubaya! Hubaya!

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pernah mengambarkan suasana-suasana akhir zaman yang akan dilalui oleh umat Islam. Gunanya agar umat Islam berwaspada dengan suasana ataupun keadaan itu. Suasana ini adalah sebagai tanda betapa hampirnya dunia ini dengan saat kehancurannya. Biasanya suasana atau tanda juga alamat ini menggambarkan kejadian atau peristiwa yang berlaku menentang arus dan tidak berlaku di zaman sebelumnya. Maknanya ia tak sepatutnya berlaku, tetapi ia berlaku juga, untuk melengkapi proses berlakunya kiamat.

Apa pun sebagai mukmin, kita sebolehnya jangan menjadi pelakon kepada suasana itu, sebaliknya berusaha untuk tidak terlibat, walaupun orang disekeiling kita terlibat. Yang kita maksudkan ialah suasana-suasana yang melibatkan amalan atau perbuatan, ada pun suasana-suasana yang berlaku dan berubah, ianya akan tetap kita lalui seperti kepantasan bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Ianya juga salah satu alamat kiamat, namun itu adalah perubahan yang harus berlaku dan ia bukan berbentuk amalan dan perbuatan. Memang suasana-suasana itu telah pun terjadi, sedang berlaku dan akan terjadi. Tinggal lagi samada kita menyedarinya atau pun tidak.

Antara keadaan yang telah dan sedang berlaku ialah kemunculan para khutabaul juhalaa. Ini dinyatakan dalam sebuah hadis yang disebut oleh Imam Ghazali dalam Ihya dalam Bab kelebihan Ilmu dan Ulama yang bermaksud: ”kamu (para sahabat) berada di zaman ramainya para ulama, sedikit para khutaba. Ramai yang memberi sedikit yang meminta. Dan (pada saat ini) memperbanyakan amalan adalah lebih utama daripada memperbanyakkan ilmu. Lagi akan datang, para ulama akan berkurangan, khutaba (pennceramah) pula akan bertambah banyak. Ramai peminta tapi sedikit yang memberi. Pada masa itu illmu lebih utama dari beramal.
Apa yang ingin diketengahkan di sini ialah kebenaran sabdaan Rasulillah tentang kemunculan para khutaba (penceramah) yang begitu melambak sekarang ini. Sehingga masyarakat menjadi keliru entah ’pendapat’ yang mana satu harus diikuti. Masing-masing berceramah berulamkan ayat-ayat Al Quran dan Hadis. Sedang nak jadi penceramah bukannya memerlukan ilmu yang tinggi. Cukup dengan menghafaz beberapa potong ayat Al Quran atau hadis dan pandai mengolah isi dengan menggunakan logik akal dan disesuaikan dengan isu semasa. Apa lagi si penceramah itu belajar pula comunication skills atau ilmu pidato. Terlopong si pendengar mendegar ceramah hebat yang diselang seli dengan gaya ucapan dan gerak badan yang penuh bersemangat!

Tanpa berbekalkan ilmu yang melengkapi sendi agama dan tanpa ilmu mantap bersanad, para khutaba akan bercakap dan bercakap sesuka hati sehingga mentafsirkan ayat-ayat al Quran berdasarkan pendapat akal semata-mata tanpa merujuk Kitab (ulama) mufassirin. Maka benar sekali bila Rasululllah mengartakan bahawa pada masa itu ilmu lebih utama dari beramal. Ini kerana, tanpa ilmu, pendengar ceramah akan mudah terpengaruh dengan ceramah yang disampaikan walaupun ceramah itu menyeleweng dan penuh umpat keji serta maki hamun, istimewa pula ceramah politik.

Jadi ilmu yang benar sahajalah yang akan menapis ucapan-ucapan yang meyeleweng dari kehendak Allah dan Rasulullah. Tanpa asas ilmu yang kukuh dan mantap, si pendengar akan hanyut sesat bersama sesatnya fatwa yang dikeluarkan oleh penceramah. Pernah Khaifah Ali menghalau pengajar yang tidak layak menyampaikan ilmu setelah dicoba tahap kefahaman si pengajar itu sendiri.

Itu di zaman Khaifah Ali karramallahu wajhah. Zaman kita...ramai yang bercakap Islam kerana kononnya memperjuangkan Islam. Wal hal ia sedikit pun tak layak untuk bercakap tentang Islam. Tiada latar belakang ilmu Islam. Nahu Soraf langsung tak tau. Aqidah, Syariat, tasawwuf lagi tak tau. Tapi hebat berceramah tentang Islam. Nama para ulama tak pernah disebut. Maknanya pendapatnya adalah berdasarkan kepada akal semata-mata. Bukannya merujuk kepada pandangan para ulama muktabar.

Hubaya! Hubaya! Duhai kaum Mislimin.
Awasi keadaan ini! Usah disesatkan oleh penceramah yang jahil. Khutabaul Fitnah. Apa lagi yang dicakapnya tidak sedikit pun diterjemahkan pada amalannya. Yakni, amalan agama tidak hidup dalam dirinya. Dek kerana petah bercakap, dia terpilih sebagai pimpinan. Ini haikat yang berlaku.

Monday, April 5, 2010

Beramal dgn ilmu..

Beramal dgn ilmu banyak difahami sekadar buat yg wajib dan tinggalkan yang dilarang. Persoalannya apakah hanya sekadar buat yg wajib dan tinggalkan yg haram sudah dikira beramal dgn ilmu?

Apa pun itulah jawapannya bila ditanya kepada orang (ulama) zahir. Namun berlainan jawapannya bila soalan ini diajukan kepada ahli sufi. Beramal dgn ilmu mengikut ahli sufi ialah 'berbuat amal' itu sendiri. Maksudnya, memperbanyakan amalan (amalan sunat) sebagai mengabdikan diri kepada Allah.

Kalau lah beramal dgn ilmu sekadar melakukan yg wajib dan meninggalkan yg haram sahaja, rasanya tak banyak amal ibadat yg boleh dilakukan. Solat 5 waktu sahaja, puasa Ramadhan sahaja, zakat dan haji sahaja. Waktu2 yg lain? Masa2 lain yg terluang...terbuang begitu sahaja. makanya tak sampailah maksud beramal dgn ilmu.

Justeru itu, orang alim yang beramal dgn ilmunya ialah orang alim yang sentiasa berada dalam situasi melakukan amalan-amalan sunat selain amalan fardhu. Jadinya sebenar2 ulama ialah yang banyak beramal, bukannya yang banyak bercakap. Apa lagi assumtu adalah pra syarat untuk seseorang itu mencapai maqam waliyulah...

hubaya hubaya...masyarakat kini menganggap seseorang itu alim berdasarkan banyak dan pandai bercakap, sebenarnya yg banyak diam itulah yg sebenarnya ulama yg arif billah.

Tuesday, March 23, 2010

PANGKAT KEILMUAN DALAM ISLAM

Pangkat atau martabat keilmuan (hirarki) :

1. Ph.D (kemuncak dlm sistem pengajian Barat)
2. Al Ustaz
3. As Syeikh
4. Syeikhul Islam
5. Hujjatul Islam
6. Imam Mujtahidin
7. Shuhbah صحبة bi Rasulillah sallallahu alaihi wasallam.

Pernah Imam Ghazali ditanya tentang mengapa beliau tidak mengikut Imam Syafi'e dalam beberapa perkara sedang beliau bermazhab Syafi'e. Jawapannya "sekiranya beliau berada pada masa Imam Syafie tentulah beliau berhujjah dengan Imam Syefi'e tentang beberapa perkara tadi.

Ini kerana Imam Ghazali juga mencapai taraf Imam selain taraf Hujjatul Islam.

Beliau diitannya lagi : "Jika begitu kenapa tuan tidak mengadakan mazhab sendiri seperti Imam Mujtahidin?

Katanya; "tentang hal ini (mengadakan mazhab) aku tidak boleh kerana aku berada bukan pada kurun yang terbaik seperti kurun para Imam Mujtahid. Kurun yang dijanjikan Nabi sebagai kurun yang terbaik...
"Sebaik-baik kalian adalah pada kurun aku, kemudian pada kurun yang mengikutinya, kemudian pada kurun yang mengikutinya.

Kemudian baginda menyambung:

Kemudian akan ada selepas mereka kaum yang bersaksi tanpa diminta menjadi saksi, yang akan mengkhianat dan tidak beramanah, yang berjanji tetapi tidak memenuhinya dan kegemukan (sifat tamak) akan kelihatan pada mereka.


Justeru, betapa halnya dengan kita, ada yang pandai memandai tidak mahu mengikut jalanan (mazhab) para imam mujtahidin? Sedang Imam Ghazali yang berada pada Kurun ke 5 pun tak berani mengadakan mazhabnya sendiri. Apatah lagi kita kini berada pada hurun ke 15.

Tuesday, March 9, 2010

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

"Apabila akhir umat ini melaknat generasi awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmunya pada waktu tersebut umpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (sayyidina) Muhammad sallallahu alihi wasallam"

maklumat lanjut sila ke http://al-ashairah.blogspot.com

الاختلاط (Ikhtilat...Punca Keruntuhan Sosial Masyarakat

Tidak syak dan memang tidak dapat dinafikan, betapa gejala keruntuhan moral bukan sahaja di kalangan muda mudi atau remaja, bahkan seluruh lapisan masyarakat adalah berpunca dari satu RACUN YANG CUKUP BERBISA... iaitu IKHTILAT (PERCAMPURAN ATAU PERGAULAN BEBAS) lelaki perempuan yang berlaku tanpa batasan syarak. Inilah punca sebenarnya. Sejak dari kecil kita dibentuk untuk bermain, belajar bersama...seawal umur 4-5 tahun semasa di tadika dan diteruskan hingga ke sekolah menengah dan diteruskan lagi di Pusat Pengajian Tinggi. Dalam study group atau projek, guru-guru, pensyarah mesti campurkan antara pelajar lelaki dan perempuan. Dalam kelas tak usah nak dicakapkan lagi. Inilah fitnah akhir zaman.

SESUNGGUHNYA IKHTILAT DALAM BELAJAR ADALAH BERTENTANGAN DENGAN SUNNAH RASULULLAH DAN IA ADALAH BID'AH DHOLALAH.