Rabu, 13 Ogos 2014

Kumpulan Nasyid Maulid Qasidah Selawat di Kelantan

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الذي هدانا بعبده المختار من دعانا
إليه بالإذن وقد نادانا..لبيك يا من دلنا وحدانا

مجلس مولد نور المصطفى الأحمدي المنقوشي
Majlis Maulid Nurul Mustafa Al Ahmadiy Al Manqusyi.
 
Meraikan Pengantin di Hotel Perdana
Kota Bharu, Kelantan. 

Undangan Maulid Qasidah di Majlis Walimatul Urus di KTC (Kelantan Trade Center) Kota Bharu.





0189087339 (Call & Whatapps)



(Us. Azmi)
Kumupulan ini yang dinamakan Majlis Maulid Nurul Mustafa Al Ahmadiy Al Manqusyi atau ringkasnya Nurul Mustafa Al Manqusyi ditubuhkan pada Tahun 2010. Pada awalnya kumpulan ini belum lagi diberikan nama yang khusus, namun ianya dirasmikan dengan nama Majlis Maulid Nurul Mustafal Ahmadiy Al Manqusyi selepas mendapatkan Ijazah sanad Burdah dari Syeikhuna Muhammad Awadh Al Manqush AlMisri yang kebetulan berada di Malaysia ketika itu. Beliau juga turut mengijazahkan hadis Musalsal bersanad tentang kelebihan Puasa Asyura yang kebetulan diijazahkan pada malam 10 Muharram 1434H bertempat Syeksyen 7 Bandar Baru Bangi. Anugerah ijazah sanad Burdah dan Nazam ini diterima oleh ahli Majlis Maulid yang terdiri dari Afandi, Azmi, Nordin dan Nazri.

Bahan Rujukan Burdah, Maulid, Barzanji, Syamail dll


Majlis Maulid Nurul Mustafa Al Ahmadiy Al Manqusyi diasaskan untuk mengimarahkan alunan qasidah dan puji-pujian bagi menyemai Mahbbah kepada Rasulillah Sallallahu alaihi wasallam. Kumpulan ini dianggotai oleh beberapa orang ahli dan dipimpin oleh Ustaz Mohd Nazri Daud (Johan Qari Negeri Kelantan) dan dinggotai oleh beberapa orang lagi. Pemain muzik/gendang utama ialah cikgu Zapri, seorang guru muzik di salah sebuah sekolah menengah di Pasir Mas.

Photo: Tanggal 9 Muharram 1434..Majlis Maulid Nurul Mustafa Al Ahmadiy Al Manqusyi bertolak ke Bangi bersama Program Syeikh Muhammad Awadh A l Manqush...
Alhamdulillah, Syeikh telah mengijazahkan Sanad Qasidah/Burdah/Hadis Musalsal ttg Fadhilat Puasa Hari Asyura..
Majlis bersama As Syeikh Muhammad Awadh Al Manqush Al Misri

Tanggal 9 Muharram 1434..Majlis Maulid Nurul Mustafa bertolak ke Bangi bersama Program Syeikh Muhammad Awadh A l Manqush...Alhamdulillah, Syeikh telah mengijazahkan Sanad Qasidah/Burdah/Hadis Musalsal tentang Fadhilat Puasa Hari Asyura..

Photo: Syeikh Muhammad Awadh Al Manqush..

Majlis Maulid Nurul Mustafa Al Ahmadiy Al Manqusyi berpeluang mengunjujngi Syeikh di Bangi sempena Majlis Bacaan Qasidah  Ijazah Sanad Qasidah dari Beliau..moga Allah memlihara Syeikh..
Syeikh Muhammad Awadh Al Manqush

Photo: Sanad Qasidah/Selawat/Burdah dari Syeikh..
Sanad Qasidah Burdah
Photo: Sanad..
Sanad Nazam Badi'

Kumpulan ini pernah dijemput membuat persembahan di majlis-majlis Maulidurrasul, Majlis Perkahwinan dan majlis-majlis rasmi yang lain di sekitar Negeri Kelantan. Walau pun pernah mendapat jemputan dari luar Kelantan, namun memandangkan kekangan masa, jemputan itu dengan hormatnya terpaksa diserah kepada kumpulan-kumpulan maulid yang berdekatan.

Photo: Persembahan Maulid Sempena Perkahwinan puteri Cikgu M.Saad di Pengkalan Kubur, Tumpat Kelantan.
Mengadakan persembahan di satu Majlis Perkahwinan

Office:
Majlis Maulid Nurul Mustafa Al Manqusyi
Pondok Hj. Ahmad, Kg. Geting
16200 Tumpat,
Kelantan.

Kepada para ikhwan sekitar negeri Kelantan dan lain-lain negeri yang ingin menyemarakkan lagi majlis-majlis keraian dengan alunan selawat, qasidah, burdah, berzanji..bolehlah menghubungi kumpulan ini di talian :
0189087339 Call
0135869558 wasap
 (Us. Azmi)

Jumaat, 23 Mei 2014

Petua Menghalang Kecurian..

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kecurian harta benda sering dan kerap berlaku. Selain menjadi cobaan kepada kita, mungkin juga kita terlampau 'sayang' akan harta tersebut menjadikan kita lupa bahawa segala nikmat anugerah Allah itu hanyalah pinjaman sementara untuk kita.

Apa pun, tiada sesiapa yang inginkan harta benda miliknya dicuri begitu sahaja..apatah lagi 'barang' milik kita itu adalah yang mahal harganya, susah untuk diperolehi, terpaksa berhutang untuk mendapatkannya.

Sebenarnya kecurian berlaku kerana kita selalu lupa akan empunya makhluk seluruh alam ini, iaitu Allah Taala. Kita lupa bahawa tuan yang menjaga segala makhluknya adalah Allah Taala. Apa hubungan lupa kepada Allah itu dengan kecurian???

Mari kita lihat 'karenah' kita..
Bila kita keluar je rumah, kita akan kunci kemas2..dengan kunci 2 3 lapis...dlm hati kita..ahh..aku dah kunci elok2..payah dah pencuri nak masuk..lepas tu kita akan sapa jiran...En Mad, Tolong tengok2 kan rumah saya ye sepeninggalan saya ni..lansung kita terus jalan..

Oh...sungguh LUPA kita...Sungguh LALAI kita...sungguh LEKA kita..

Kita serahkan (tawakkalkan) rumah kita kpd kunci yang 2 3 lapis tu...kita mintak jiran untuk tengok2 kan..

TETAPI.......

Kita lupa nak dahulukan Yang Maha Kuasa..kita tak nak serahkan KUASA PENJAGAAN itu kepadaNya

Inilah sebenarnya..kenapa rumah kita tak selamat daripada kecurian dan pecah rumah. Kerana kita serahkan kepada makhluk yang tak boleh buat apa2...Kita tidak serahkannya kepada Allah yang Maha Kuasa.

Justeru, bagi mengelakkan kecurian untuk dikongsi bersama...apa yang kita kena buat;

1. Berbicara dengan Allah...Ya Allah aku serahkan segalanya kepadaMu..rumahku dan segala isinya..hanya Engkau yang mampu menjaganya. Bukan kunci ini, bukan alarm ini, bukan jiran...jadi bacalah doa-doa untuk keluar rumah dan menyerahkan bulat2 kepada Allah Taala.

2. Barulah laksanakan asbab dan ikhtiar..kunci seadanya..dan mintak jiran tolong tengok2 kan..

3. Keluar rumah dgn penuh tawakkul kpd Allah...usah dibimbang2 lagi bila dah serahkan PENJAGAAN kpdNya..Kerana Allah Taala tidak akan sia2kan harapan yang diberi.

INILAH PETUA TERBAIK DAN TERJAMIN UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG KECURIAN..BAIK SEMASA KITA DI RUMAH (MALAM) ATAU MENINGGALKAN RUMAH..

Semoga perkongsian ini bermanfaat..Insya Allah..Selamat Beramal!!!




Sabtu, 23 November 2013

Kumpulan Nasyid Maulid Qasidah Burdah untuk Majlis Maulud, Perkahwinan, Kesyukuran, Kenduri, di Kelantan

Kumpulan Maulid  Qasidah Ya Hanana Selawat di Kelantan

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الذي هدانا بعبده المختار من دعانا
إليه بالإذن وقد نادانا..لبيك يا من دلنا وحدانا

مجلس مولد نور المصطفى الأحمدي المنقوشي

Undangan Maulid Qasidah di Majlis Walimatul Urus di KTC (Kelantan Trade Center) Kota Bharu.

Majlis Maulid Nurul Mustafa Al Ahmadiy Al Manqusyi.

Kumupulan ini yang dinamakan Majlis Maulid Nurul Mustafa Al Ahmadiy Al Manqusyi atau ringkasnya Nurul Mustafa Al Manqusyi ditubuhkan pada Tahun 2010. Pada awalnya kumpulan ini belum lagi diberikan nama yang khusus, namun ianya dirasmikan dengan nama Majlis Maulid Nurul Mustafal Ahmadiy Al Manqusyi selepas mendapatkan Ijazah sanad Burdah dari Syeikhuna Muhammad Awadh Al Manqush AlMisri yang kebetulan berada di Malaysia ketika itu. Beliau juga turut mengijazahkan hadis Musalsal bersanad tentang kelebihan Puasa Asyura yang kebetulan diijazahkan pada malam 10 Muharram 1434H bertempat Syeksyen 7 Bandar Baru Bangi. Anugerah ijazah sanad Burdah dan Nazam ini diterima oleh ahli Majlis Maulid yang terdiri dari Afandi, Azmi, Nordin dan Nazri.

Bahan Rujukan Burdah, Maulid, Barzanji, Syamail dll
0189087339 (Call & Whatapps)
(Us. Azmi)


Majlis Maulid Nurul Mustafa Al Ahmadiy Al Manqusyi diasaskan untuk mengimarahkan alunan qasidah dan puji-pujian bagi menyemai Mahbbah kepada Rasulillah Sallallahu alaihi wasallam. Kumpulan ini dianggotai oleh beberapa orang ahli dan dipimpin oleh Ustaz Mohd Nazri Daud (Johan Qari Negeri Kelantan) dan dinggotai oleh beberapa orang lagi. Pemain muzik/gendang utama ialah cikgu Zapri, seorang guru muzik di salah sebuah sekolah menengah di Pasir Mas.

Photo: Tanggal 9 Muharram 1434..Majlis Maulid Nurul Mustafa Al Ahmadiy Al Manqusyi bertolak ke Bangi bersama Program Syeikh Muhammad Awadh A l Manqush...
Alhamdulillah, Syeikh telah mengijazahkan Sanad Qasidah/Burdah/Hadis Musalsal ttg Fadhilat Puasa Hari Asyura..
Majlis bersama As Syeikh Muhammad Awadh Al Manqush Al Misri

Tanggal 9 Muharram 1434..Majlis Maulid Nurul Mustafa bertolak ke Bangi bersama Program Syeikh Muhammad Awadh A l Manqush...Alhamdulillah, Syeikh telah mengijazahkan Sanad Qasidah/Burdah/Hadis Musalsal tentang Fadhilat Puasa Hari Asyura..

Photo: Syeikh Muhammad Awadh Al Manqush..

Majlis Maulid Nurul Mustafa Al Ahmadiy Al Manqusyi berpeluang mengunjujngi Syeikh di Bangi sempena Majlis Bacaan Qasidah  Ijazah Sanad Qasidah dari Beliau..moga Allah memlihara Syeikh..
Syeikh Muhammad Awadh Al Manqush

Photo: Sanad Qasidah/Selawat/Burdah dari Syeikh..
Sanad Qasidah Burdah
Photo: Sanad..
Sanad Nazam Badi'

Kumpulan ini pernah dijemput membuat persembahan di majlis-majlis Maulidurrasul, Majlis Perkahwinan dan majlis-majlis rasmi yang lain di sekitar Negeri Kelantan. Walau pun pernah mendapat jemputan dari luar Kelantan, namun memandangkan kekangan masa, jemputan itu dengan hormatnya terpaksa diserah kepada kumpulan-kumpulan maulid yang berdekatan.




Office:
Majlis Maulid Nurul Mustafa Al Manqusyi
Madrasah Ibadurrahman Al Bilaliy
Pondok Hj. Ahmad, Kg. Geting
16200 Tumpat,
Kelantan.

Kepada para ikhwan sekitar negeri Kelantan dan lain-lain negeri yang ingin menyemarakkan lagi majlis-majlis keraian dengan alunan selawat, qasidah, burdah, berzanji..bolehlah menghubungi kumpulan ini di talian

0189087339 Call
0135869558 wasap
Ustaz Azmi

Ahad, 22 April 2012

Nama Sahabat Rasulullahصلى الله عليه وسلم

Saturday, September 30, 2006



Senarai Nama Sahabat Nabi


1. Abbad bin Bishr


2. Abdullah bin Abbas


3. Abdullah bin Hudhafah As-Sahmi


4. Abdullah bin Jahsh


5. Abdullah bin Mas'ud


6. Abdullah bin Sailam


7. Abdullah bin Umar


8. Abdullah bin Umm Maktum


9. Abdul Rahman bin Awf


10. Abu Ayyub Al-Ansari


11. Abu Dharr Al-Ghifari


12. Abu Musa Al-Ashari


13. Abu Hurairah


14. Abu Sufyan bin Al-Harith


15. Abu Ubaydah bin Al-Jarrah


16. Abu-d Dardaa


17. Abu-l Aas bin ar-Rabiah


18. Adiyy bin Hatim


19. Aishah binti Abi Bakar


20. Al-Baraa bin Malil Al-Ansari


21. Amr bin Al-Jamuh


22. An-Nuayman bin Amr


23. An-Numan bin Muqarrin


24. At-Tufayl bin Amr Ad-Dawsi


25. Asmaa binti Abu Bakar


26. Barakah


27. Fatimah binti Muhammad


28. Fayruz Ad-Daylami


29. Habib bin Zayd Al-Ansari


30. Hakim bin Hazm


31. Hudhayfah bin Al-Yaman


32. Ikrimah bin Abi Jahl


33. Jafar bin Abi Talib


34. Julaybib


35. Khabbab bin Al-Aratt


36. Muadh bin Jabal


37. Muhammad bin Maslamah


38. Musab bin Umayr


39. Nuaym bin Masud


40. Rabiah bin Kab


41. Ramlah binti Abu Sufyan


42. Rumaysa binti Milhan


43. Sad bin Abi Waqqas


44. Said bin Aamir Al-Jumahi


45. Said bin Zayd


46. Salim Mawla Abi Hudhayfah


47. Salman Al-Farsi


48. Suhayb Ar-Rumi


49. Suhayl bin Amr


50. Talhah bin Ubaydullah


51. Thabit bin Qays


52. Thumamah bin Uthal


53. Ubayy bin Kab


54. Umayr bin Sad Al-Ansari


55. Umayr bin Wahb


56. Umm Salamah


57. Uqbah bin Amir


58. Utbah bin Ghazwan


59. Zayd Al-Khayr


http://nur-addin.blogspot.com/2006/09/senarai-nama-sahabat-nabi.html
 

Dalam Islam, Sahabat Rasulullah S.A.W. (Arab الصحابه;) bermaksud mereka yang hidup semasa zaman baginda lalu mengenali dan menjadi rakan seperjuangan Nabi Muhammad s.a.w. semasa mengembangkan Islam.







 Sahabat Nabi yang terkenal:

1.Abbad ibn Bishr


2.Abdullah ibn Abbas


3.Abdullah ibn Amru


4.Abdullah ibn Hudhafah As-Sahmi


5.Abdullah ibn Jahsy


6.Abdullah ibn Mas'ud


7.Abdullah ibn Rawahah


8.Abdullah ibn Salam


9.Abdullah ibn Umar


10.Abdullah ibn Umm Maktum


11.Abdullah ibn Zubair


12.Abdur Rahman ibn Auf


13.Abu Ayyub al-Ansari


14.Abu Dzar al-Ghifari


15.Abu Musa Al-Asya'ari


16.Abu Hurairah


17.Abu Said Al-Khudri


18.Abu Sufyan ibn Al-Harits


19.Abu Ubaidah Al-Jarrah


20.Abu Darda'


21.Abul As ibn ar-Rabiah


22.Adi ibn Hatim


23.Ammar ibn Yasir


24.Amru Al-Ash


25.Amr ibn Jamuh


26.Anas ibn Malik al-Ansari


27.An-Nuayman bin Amr


28.At-Tufail ibn Amr ad-Dawsi


29.Aqil ibn Abi Thalib


30.Asma binti Abu Bakar


31.Barakah


32.Bara' ibn Malik al-Ansari


33.Bilal bin Rabah


34.Fairuz Ad-Dailami


35.Habib ibn Zaid al-Ansari


36.Hanzalah ibn Abu Umayr


37.Hajar ibn Adi


38.Hakim ibn Hazm


39.Hamzah bin Abdul Muttalib


40.Harits ibn Abdul Muthalib


41.Huzaifah Al-Yamani


42.Ikrimah ibn Abu Jahal


43.Ja'afar ibn Abi Thalib


44.Julaibib


45.Khabbab ibn al-Aratt


46.Khalid bin al-Walid


47.Miqdad Al-Aswad


48.Muaz ibn Jabal


49.Muawiyah ibn Abu Sufyan


50.Muhammad ibn Maslamah


51.Mus'ab ibn Umair


52.Nu'man ibn Muqarrin


53.Nu'man ibn Basyir


54.Nuaim ibn Mas'ud


55.Rabiah bin Ka'ab


56.Ramlah binti Abu Sufyan


57.Rumaysa binti Milhan


58.Sa'ad ibn Abi Waqqas


59.Sa'ad bin Ubadah


60.Sa'ad ibn Muaz


61.Said ibn Amir al-Jumahi


62.Said ibn Zayd


63.Salim Maula Abi Huzaifah


64.Salman Al-Farisi


65.Suhaib Ar-Rumi


66.Suhail ibn Amr


67.Talhah ibn Ubaidillah


68.Thabit ibn Qais


69.Thumamah ibn Uthal


70.Ubaidah al-Harits


71.Ubay ibn Ka'ab


72.Umair ibn Sa'ad al-Ansari


73.Umair ibn Wahab


74.Ummu Salamah


75.Uqbah ibn Amir


76.Usamah ibn Zaid


77.Utbah ibn Ghazwan


78.Uwais Al-Qarni


79.Zayd ibn Khatab


80.Zaid ibn Harithah


81.Zaid ibn Thabit


82.Zubair ibn Awwam


Terdapat 3 syarat yang wajib yang perlu diambilkira sebelum seseorang itu layak digelar sebagai sahabat nabi iaitu, seseorang yang hidup di zaman baginda dan bersua muka atau mendengar suara baginda (kerana terdapat beberapa sahabat baginda yang buta). Kedua mereka yang beriman dengan baginda iaitu mereka yang percaya dengan kenabian baginda. Yang terakhir adalah mereka yang mati di dalam islam kerana terdapat beberapa orang yang hidup dan bersua dengan baginda serta beriman dengan baginda tetap murtad apabila kewafatan baginda.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Sahabat_nabi




Sabtu, 28 Januari 2012

Cara Berwudhuk bagi Jamaah Haji/Umrah

بسم الله الرحمن الرحيم

Rata-rata jamaah Haji atau Umrah kita yang mengambil mudah soal wudhuk terutama yang melibatkan perkara-perkara yang membatalkan wudhuk ketika Tawaf. Umum menyedari saat melakukan Tawaf kita berhadapan dengan suasana bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang sememangnya tidak dapat dielakkan.

Justeru, ada yang mengambil pendekatan mudah antaranya; mengatakan ianya dharurah, tak mengapa bersentuhan. Ada pula yang bertaklid akan mazhab-mazhab yang tidak membatalkan wudhuk bila bersentuhan dan ada yang ikut suasana orang sekeliling.

Guru hamba berpesan, tak perlu kita bertaklid mengikut mazhab lain, kerana Mazhab Syafie sendiri ada kaedah dan caranya.

Bagi kita yang bermazhab Syafie, sebenarnya ada jalan penyelesainnya mengikut mazhab kita sendiri. Memang Qaul Jadid yang mendominasi fatwa dalam Mazhab Syafie menghukumkan batal wudhuk bila bersentuhan lelaki perempuan yang bukan Muhrim.

Namun di sana, ada Qaul Qadim (lama) yang mana hukum bersentuhan tanpa syahwat adalah tidak batal. Justeru, kita kena 'ingat' mengikut fatwa Qaul Qadim untuk mengelakkan wudhuk kita tidak batal. Caranya ialah dengan kita juga berwudhuk mengkut fatwa atau pun cara Qaul Qadim.

Ada sedikit perbezaan antara cara wudhuk Qaul Jadid dan Qaul Qadim dalam soal wudhuk. Jadi, kita berwudhuk mengikut cara Qaul Qadim iaitu; semasa mula berwudhuk, hadirkan ingatan bahawa kita berwudhuk mengikut Qaul Qadim dengan cara;

1. Ingat; basuh tangan hingga ke pergelangan tangan adalah wajib (rukun)
2. Istinsyak dan Mudmadhah (masuk air ke hidung dan berkumur) juga wajib
3. Menyapu seluruh kepala (bukan sebahagian) ianya rukun dalam kedua-dua Qaul, tetapi Qadim seluruh kepala manakala Jadid pula mana-mana bahagian di kepala.
4. Yang lain (seterusnya) sama seperti biasa.

Maka selesailah permasalahan wudhuk terutama ketika dalam suasana  mengerjakan Tawaf. Bila kita berwudhuk mengikut cara Qaul Qadim di atas, maka masalah bersentuhan tanpa hadirnya syahwat tidak membatalkan wudhuk.

Paling tidak pun, yakni kalau kita tidak mahu mengambil wudhuk cara Qaul Qadim, ada juga pendapat yang LEMAH, yang mengatakan tidak batal wudhuk jika bersentuhan tanpa syahwat. Namun ianya pendapat yang sangat lemah. Lagi elok kalau kita berwudhuk ikut Qaul Qadim seperti di atas.

Semoga bermanfaat untuk kita bersama.

Wallahu a'lam.

Rabu, 9 November 2011

Ada ilmu tapi masih lagi buat maksiat!!!!!

Ada ilmu tapi masih lagi buat maksiat!!!!!




Tercengang! Satu persoalan yang sering ditimbulkan kepada para ustaz atau penceramah setiap kali membincangkan soal maksiat dan dosa. Kenapa maksiat juga terkena ke atas insan-insan yang dikatakan berilmu. Kenapa dosa-dosa masih lagi bertandang dalam kehidupan sehariannya?

Makanya, bermacam-macam ulasan yang diberikan. Antaranya ialah ibadat solatnya belum sempurna. Taqwanya belum mantap. Aqidahnya masih goyah. Kealpaannya menguasai diri. Nafsunya memuncak ketika itu dan lain-lain lagi.

Kenapa seseorang yang berilmu (agama) namun masih lagi berpotensi dan selalu sahaja terjerumus ke lembah maksiat dan dosa?

Jawapannya, ilmu bukannya syarat total untuk seseorang itu terselamat dari sebarang dosa. Dan ilmu itu akan ditentukan oleh tahap iman yang dimiliki. Iman ilmu yakin tidak mampu menjauhi seseorang dari terlibat dengan maksiat. Iman ilmul yakin ialah seseorang itu hanya setakat tahu..ya setakat tahu, seperti dia tahu Allah sentiasa melihat, Allah menilai segala perbuatannya. Ketika dia tahu yang Allah mengetahui perbuataannya, langsung pula ia melakukan dosa..dalam masa yang sama dia juga tahu yang perbuatan ini dosa dan yang itu maksiat.

Inilah ilmul yakin. Ilmu yang tidak disertai dengan pandangan hati yang suci jilah, melalui Ainul Yakin. Ainul Yakin adalah tahap Iman pandangan hati suci jilah yang berasaskan musyahadah. Inilah tahap iman para abrar dan siddiqin. Iman tahap inilah yang akan menyekat seseorang dari melakukan dosa dan maksiat. Kalau bagai para Nabi dipanggil ‘maksum’ dan bagi para siddiqin pula ‘mahfuz’, yakni terpelihara dari melakukan dosa.

Inilah jawapan kepada persoalan di atas. Sesiapa sahaja berpotensi untuk melakukan dosa dan maksiat selagi imannya berada di tahap ilmul yakin. Tapi bagaimana untuk mencapai tahap iman ainul yakin? jawapannya ialah dengan cara membersih hati dari selain Allah. Tak lain ialah dengan cara bermujahadah melawan hawa nafsu. Oleh kerana nafsu ditemani syaitan dan disemarakkan dengan tipudaya ‘dunia’, seseorang perlu menjalani ‘jalan’ atau pun tariiqah untuk dia membuang segala perkara tersebut dari bersarang di hatinya. Selagi musuh-musuhnya itu masih berada dalam dirinya, ia akan mengotori jiwa dan sanubarinya yang mejadi punca kepada berlakunya pendurhakaan terhadap Allah.

Tak hairanlah kalau kita melihat, seorang yang berilmu, tapi masih lagi melakukan dosa. Ini kerana ilmunya itu tidak berdasarkan kebersihan dan kesucian hati yang bersifat rabbani. Ini disebabkan antaranya ia tidak melakukan mujahadatunnafsi dengan melazimi auradut tariqah (wirid-wirid tariqah) yang ditalaqqi dari syeikhul mursyid. Ia tidak berupaya mengetahui segala tipudaya nafsu, syaitan, dunia dan tidak tahu cara mengelakkan darinya kecuali dengan bimbingan para masyaikh.

Pendeknya sesseorang yang ingin bebas dari pengaruh nafsu dan syaitan yang menuntun dirinya ke arah maksiat mestilah membuang terus semua itu dari bersarang di lubuk hati sanubarinya. Sehingga hatinya kosong ‘anma siwallah’..barulah dia akan dimahfuzkan dari dosa dan maksiat. Apabila dia wusul kepada Allah, barulah ia hidup dalam musyahadah akan sifat Jamal Allah, sifat Kamal Allah, Sifat Jalal Allah…dia sebenar-benarnya telah makrifat akan Allah. Imannya sudah mencapai Haqqul Yakin…di saat ini, dosa baginya bukan lagi derhaka kepada Allah…tapi ‘lupa’ akan Allah menjadi satu dosa baginya. Bahkan ada sesetengah arifinabillah menganggap dirinya kufur andai sesaat sahaja dia lupakan Allah.

Nah! Saat ini, untuk apa lagi dia ingin lakukan sesuatu yang menderhaka akan tuannya. Lupa pun sudah dikira kufur. Dan anugerah ini dipandangnya adalah pemberian dari Allah Taala yang bila-bila masa sahaja Allah boleh sahaja menariknya kembali. Namun Allah sekali-kali tak akan mensia-siakan para ashfiyaanya.

Ayuhlah! Andai kata kita ingin selamat dari berbuat dosa dalam masa kita merasakan sudah banyak ilmu, ikutilah manhaj atau tariqah yang para atqiyaa telah pelopori jalan ini, yakni jalan menyuci batin anma siwallaaaaaaah! Inilah intipati ilmu yang semakin ditinggalkan oleh umat islam…Ilmu Tasawwuf.



Selasa, 8 November 2011

Mazhab-Mazhab Fiqih dan Pengertiannya

Istilah mazhab merupakan sighat isim makan dari fi'il madli yaitu Dzahaba. Dzahaba artinya pergi; oleh karena itu mazhab artinya: tempat pergi atau jalan. Kata-kata yang semakna ialah: maslak, thariiqah dan sabiil, yang kesemuanya berarti jalan atau cara. Demikian pengertian mazhab menurut bahasa.

Pengertian mazhab menurut istilah dalam kalangan umat Islam ialah, "Sejumlah dari fatwa-fatwa dan pendapat-pendapat seorang alim besar di dalam urusan agama, baik ibadah maupun lainnya."

Setiap mazhab punya guru dan tokoh-tokoh yang mengembangkannya. Biasanya mereka punya lembaga pendididikan yang mengajarkan ilmu-ilmu kepada ribuan muridnya. Berkembangnya suatu mazhan di sebuah wilayah sangat bergantung dari banyak hal. Salah satunya dari keberadaan pusat-pusat pengajaran mazhab itu sendiri.

Selain itu sedikit banyak dipengaruhi juga oleh mazhab yang dianut oleh penguasa, di mana penguasa biasanya mendirikan universitas keagamaan dan mengajarkan mazhab tertentu di dalamnya. Nanti para mahasiswa yang berdatangan dari berbagai penjuru dunia akan membuka perguruan tinggi dan akan menyebarkan mazhab trsebut di negeri masing-masing.

Bila pengelilaan perguruan itu berjalan baik dan berhasil, biasanya akan mempengaruhi ragam mazhab penduduk suatu negeri. Di Mesir misalnya, mazhab As-Syafi'i di sana berhasil mengajarkan dan mendirikan perguruan tinggi, lalu punya banyak murid di antaranya dair Indonesia. Maka di kemudian hari, mazhab As-Syafi;i pun berkembang banyak di Indonesia.


Sekilas tentang 4 Mazhab


1. Mazhab Hanafi

Pendiri mazhab Hanafi ialah: Nu'man bin Tsabit bin Zautha.Diahirkan pada masa sahabat, yaitu pada tahun 80 H = 699 M. Beliau wafat pada tahun 150 H bertepatan dengan lahirnya Imam Syafi'i R.A. Beliau lebih dikenal dengan sebutan: Abu Hanifah An Nu'man.

Abu Hanifah adalah seorang mujtahid yang ahli ibadah. Dalam bidang fiqh beliau belajar kepada Hammad bin Abu Sulaiman pada awal abad kedua hijriah dan banyak belajar pada ulama-ulama Ttabi'in, seperti Atha bin Abi Rabah dan Nafi' Maula Ibnu Umar.

Mazhab Hanafi adalah sebagai nisbah dari nama imamnya, Abu Hanifah. Jadi mazhab Hanafi adalah nama dari kumpulan-kumpulan pendapat-pendapat yang berasal dari Imam Abu Hanifah dan murid-muridnya serta pendapat-pendapat yang berasal dari para pengganti mereka sebagai perincian dan perluasan pemikiran yang telah digariskan oleh mereka yang kesemuanya adalah hasil dari pada cara dan metode ijtihad ulama-ulama Irak (Ahlu Ra'yi). Maka disebut juga mazhab Ahlur Ra'yi masa Tsabi'it Tabi'in.


Dasar-dasar Mazhab Hanafi

Abu Hanifah dalam menetapkan hukum fiqh terdiri dari tujuh pokok, yaitu: Al-Kitab, As Sunnah, Perkataan para Sahabat, Al-Qiyas, Al-Istihsan, Ijma' dan Uruf.

Murid-murid Abu Hanifah adalah sebagai berikut:a. Abu Yusuf bin Ibrahim Al-Anshari (113-183 H)b. Zufar bin Hujail bin Qais al-Kufi (110-158 H)c. Muhammad bin Hasn bin Farqad as Syaibani (132-189 H)d. Hasan bin Ziyad Al-Lu'lu Al-Kufi Maulana Al-Anshari (….-204 H).


Daerah-daerah Penganut Mazhab Hanafi

Mazhab Hanafi mulai tumbuh di Kufah (Irak), kemudian tersebar ke negara-negara Islam bagian Timur. Dan sekarang ini mazhab Hanafi merupakan mazhab resmi di Mesir, Turki, Syiria dan Libanon.

Dan mazhab ini dianut sebagian besar penduduk Afganistan, Pakistan, Turkistan, Muslimin India dan Tiongkok.


2. Mazhab Maliki

Mazhab Maliki adalah merupakan kumpulan pendapat-pendapat yang berasal dari Imam Malik dan para penerusnya di masa sesudah beliau meninggal dunia.

Nama lengkap dari pendiri mazhab ini ialah: Malik bin Anas bin Abu Amir. Lahir pada tahun 93 M = 712 M di Madinah. Selanjutnya dalam kalangan umat Islam beliau lebih dikenal dengan sebutan Imam Malik. Imam Malik terkenal dengan imam dalam bidang hadis Rasulullah SAW.

Imam Malik belajar pada ulama-ulama Madinah. Yang menjadi guru pertamanya ialah Abdur Rahman bin Hurmuz. Beliau juga belajar kepada Nafi' Maula Ibnu Umar dan Ibnu Syihab Az Zuhri.

Adapun yang menjadi gurunya dalam bidang fiqh ialah Rabi'ah bin Abdur Rahman. Imam Malik adalah imam (tokoh) negeri Hijaz, bahkan tokohnya semua bidang fiqh dan hadits.


Dasar-dasar Mazhab Maliki

Dasar-dasar mazhab Maliki diperinci dan diperjelas sampai tujuh belas pokok(dasar) yaitu:
* Nashshul Kitab

* Dzaahirul Kitab (umum)

* Dalilul Kitab (mafhum mukhalafah)

* Mafhum muwafaqah

* Tanbihul Kitab, terhadap illat

* Nash-nash Sunnah

* Dzahirus Sunnah

* Dalilus Sunnah

* Mafhum Sunnah

* Tanbihus Sunnah

* Ijma'

* Qiyas

* Amalu Ahlil Madinah

* Qaul Shahabi

* Istihsan

* Muraa'atul Khilaaf

* Saddud Dzaraa'i.


Sahabat-sahabat Imam Maliki dan Pengembangan Mazhabnya

Di antara ulama-ulama Mesir yang berkunjung ke Madinah dan belajar pada Imam Malik ialah:


1. Abu Muhammad Abdullah bin Wahab bin Muslim.

2. Abu Abdillah Abdur Rahman bin Qasim al-Utaqy.

3. Asyhab bin Abdul Aziz al-Qaisi.

4. Abu Muhammad Abdullah bin Abdul Hakam.

5. Asbagh bin Farj al-Umawi.

6. Muhammad bin Abdullah bin Abdul Hakam.

7. Muhammad bin Ibrahim bin Ziyad al-Iskandari.



Adapun ulama-ulama yang mengembangkan mazhab Maliki di Afrika dan Andalus ialah:

1. Abu Abdillah Ziyad bin Abdur Rahman al-Qurthubi.

2. Isa bin Dinar al-Andalusi.

3. Yahya bin Yahya bin Katsir Al-Laitsi.

4. Abdul Malik bin Habib bin Sulaiman As Sulami.

5. Abdul Hasan Ali bin Ziyad At Tunisi.

6. Asad bin Furat.

7. Abdus Salam bin Said At Tanukhi.


Sedang Fuqaha-fuqaha Malikiyah yang terkenal sesudah generasi tersebut di atas adalah sebagai berikut:

1. Abdul Walid al-Baji

2. Abdul Hasan Al-Lakhami

3. Ibnu Rusyd Al-Kabir

4. Ibnu Rusyd Al-Hafiz

5. Ibnu 'Arabi

6. Ibnul Qasim bin Jizzi


Daerah-daerah yang Menganut Mazhab Maliki.

Awal mulanya tersebar di daerah Madinah, kemudian tersebar sampai saat ini di Marokko, Aljazair, Tunisi, Libia, Bahrain, dan Kuwait.


3.Mazhab Syafi'i.

Mazhab ini dibangun oleh Al-Imam Muhammad bin Idris Asy Syafi'i seorang keturunan Hasyim bin Abdul Muthalib bin Abdi Manaf. Beliau lahir di Gaza (Palestina) tahun 150 H bersamaan dengan tahun wafatnya Imam Abu Hanifah yang menjadi Mazhab yang pertama.

Guru Imam Syafi'i yang pertama ialah Muslim bin Khalid, seorang Mufti di Mekah. Imam Syafi'i sanggup hafal Al-Qur-an pada usia tujuh tahun. Setelah beliau hafal Al-Qur-an barulah mempelajari bahasa dan syi'ir; kemudian beliau mempelajari hadits dan fiqh.

Mazhab Syafi'i terdiri dari dua macam; berdasarkan atas masa dan tempat beliau mukim. Yang pertama ialah Qaul Qadim; yaitu mazhab yang dibentuk sewaktu hidup di Irak. Dan yang kedua ialah Qul Jadid; yaitu mazhab yang dibentuk sewaktu beliau hidup di Mesir pindah dari Irak.

Keistimewaan Imam Syafi'i dibanding dengan Imam Mujtahidin yaitu bahwa beliau merupakan peletak batu pertama ilmu Ushul Fiqh dengan kitabnya Ar Risaalah. Dan kitabnya dalam bidang fiqh yang menjadi induk dari mazhabnya ialah: Al-Um.


Dasar-dasar Mazhab Syafi'i

Dasar-dasar atau sumber hukum yang dipakai Imam Syafi'i dalam mengistinbat hukum sysra' adalah:
* Al-Kitab.

* Sunnah Mutawatirah.

* Al-Ijma'.

* Khabar Ahad.

* Al-Qiyas.

* Al-Istishab.



Sahabat-sahabat beliau yang berasal dari Irak antara lain:
1. Abu Tsaur Ibrahim bin Khalid bin Yaman al-Kalabi al-Bagdadi.

2. Ahmad bin Hanbal yang menjadi Imam Mazhab keeempat.

3. Hasan bin Muhammad bin Shabah Az Za'farani al-Bagdadi.

4. Abu Ali Al-Husain bin Ali Al-Karabisi.

5. Ahmad bin Yahya bin Abdul Aziz al-Bagdadi.



Adapun sahabat beliau dari Mesir:

1. Yusuf bin Yahya al-Buwaithi al-Misri.

2. Abu Ibrahim Ismail bin Yahya al-Muzani al-Misri.

3. Rabi' bin Abdul Jabbar al-Muradi.

4. Harmalah bin Tahya bin Abdullah Attayibi

5. Yunus bin Abdul A'la Asshodafi al-Misri.

6. Abu Bakar Muhammad bin Ahmad.



Daerah-daerah yang Menganut Mazhab Syafi'i

Mazhab Syafi'i sampai sekarang dianut oleh umat Islam di: Libia, Mesir, Indonesia, Pilipina, Malaysia, Somalia, Arabia Selatan, Palestina, Yordania, Libanon, Siria, Irak, Hijaz, Pakistan, India, Jazirah Indo China, Sunni-Rusia dan Yaman.



4. Mazhab Hambali.

Pendiri Mazhab Hambali ialah: Al-Imam Abu Abdillah Ahmad bin Hanbal bin Hilal Azzdahili Assyaibani. Beliau lahir di Bagdad pada tahun 164 H. dan wafat tahun 241 H.

Ahmad bin Hanbal adalah seorang imam yang banyak berkunjung ke berbagai negara untuk mencari ilmu pengetahuan, antara lain: Siria, Hijaz, Yaman, Kufah dan Basrsh. Dan beliau dapat menghimpun sejumlah 40.000 hadis dalam kitab Musnadnya.


Dasar-dasar Mazhabnya.

Adapun dasar-dasar mazhabnya dalam mengistinbatkan hukum adalah:
* Nash Al-Qur-an atau nash hadits.

* Fatwa sebagian Sahabat.

* Pendapat sebagian Sahabat.

* Hadits Mursal atau Hadits Doif.

* Qiyas.


Dalam menjelaskan dasar-dasar fatwa Ahmad bin Hanbal ini di dalam kitabnya I'laamul Muwaaqi'in.


Pengembang-pengembang Mazhabnya

Adapun ulama-ulama yang mengembangkan mazhab Ahmad bin Hanbal adalah sebagai berikut:


1. Abu Bakar Ahmad bin Muhammad bin Hani yang terkenal dengan nama Al-Atsram; dia telah mengarang Assunan Fil Fiqhi 'Alaa Mazhabi Ahamd.

2. Ahmad bin Muhammad bin Hajjaj al-Marwazi yang mengarang kitab As Sunan Bisyawaahidil Hadis.

3. Ishaq bin Ibrahim yang terkenal dengan nama Ibnu Ruhawaih al-Marwazi dan termasuk ashab Ahmad terbesar yang mengarang kitab As Sunan Fil Fiqhi.

Ada beberapa ulama yang mengikuti jejak langkah Imam Ahmad yang menyebarkan mazhab Hambali, di antaranya:

1. Muwaquddin Ibnu Qudaamah al-Maqdisi yang mengarang kitab Al-Mughni.

2. Syamsuddin Ibnu Qudaamah al-Maqdisi pengarang Assyarhul Kabiir.

3. Syaikhul Islam Taqiuddin Ahmad Ibnu Taimiyah pengarang kitab terkenal Al-Fataawa.

4. Ibnul Qaiyim al-Jauziyah pengarang kitab I'laamul Muwaaqi'in dan Atturuqul Hukmiyyah fis Siyaasatis Syar'iyyah. Ibnu Taimiyah dan Ibnul Qaiyim adalah dua tokoh yang membela dan mengembangkan mazhab Hambali.


Daerah yang Menganut Mazhab Hambali.

Awal perkembangannya, mazhab Hambali berkembang di Bagdad, Irak dan Mesir dalam waktu yang sangat lama. Pada abad XII mazhab Hambali berkembang terutama pada masa pemerintahan Raja Abdul Aziz As Su'udi.

Dan masa sekarang ini menjadi mazhab resmi pemerintahan Saudi Arabia dan mempunyai penganut terbesar di seluruh Jazirah Arab, Palestina, Siria dan Irak.

Demikian sekilas sejarah dan penjelasan dari keempat mazhab yang terkenal.

Wallahu a'lam bishshawab, wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ahmad Sarwat, Lc

Nukilan:http://doverwhite.blogspot.com

Sumber : Era Muslim


Nota : Pemerintah Saudi Arabia, walaupun dikatakan bermazhab Hanbali, namun yang menonjol ialah mereka lebih menerima pakai pandangan-pandangan Muhammad bin Abdil Wahhab yang dikenali sebagai pengaasas Wahhabi; yang mana fatwa-fatwa beliau berlainan dgn pegangan Imam-Imam Mazhab dan Ahlussunnah Waljamaah amnya. (ulasan editor)