Rabu, 28 September 2011

HIRARKI ILMU...

Hirarki Ilmu
Umum mengetahui bahawa menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim. Namun berapa ramaikah yang menyedari betapa menuntut ilmu dalam Islam itu mesti mengikut hirarki atau keutamaan, yakni mana ilmu yang perlu didahulukan dan mana ilmu yang boleh dikemudiankan.

Ramai juga yang berpendapat, asalkan saja bernama ilmu, ianya wajib dipelajari. Alamaknya akan ramailah umat Islam yang berdosa kerana meninggalkan ilmu-ilmu yang begitu banyak bidangnya.


Ada juga yang cuba mengkelasifikasikan ilmu dgn mudah; ilmu agama adalah ilmu fardhu ain, manakala ilmu keduniaan adalah ilmu fardhu Kifayah. Dek kecelaruan ini, maka syaitan mudah menipudayakan kita dan akhirnya kita termasuk dalam orang2 yang TERTIPU DALAM MENUNTUT ILMU.


Justeru itu, seharusnya kita perlu mengetahui klasifikasi ilmu itu sendiri bagi memastikan kita tidak tersesat dalam menuntut ilmu. Mari kita melihat hirarki ilmu mengikut disiplin Ilmu dalam Islam; moga kita bisa menuntut ilmu berdasarkan keperluan dan keutamaan sebagai seorang Muslim.



Dalam hal ini berkata Al Allammah Fudhail bin Iyadh ; “ Setiap amalan yang wajib kamu laksanakan, maka menuntut ilmu tengtangnya adalah wajib. Manakala amalan yang tak wajib ke atas kamu, maka menuntut ilmu tengtangnya pula adalah tidak wajib..



Bertitik tolak dari itu, secara mudah kita simpulkan bahawa tingkatan atau hirarki ilmu adalah seperti berikut;



1. Ilmu Fardhu Ain (ilmu fardhu ain hanya berlaku dalam kategori ilmu Agama sahaja) Ilmu yang wajib ke atas setiap yg bergelar Muslim dan berdosa jika meninggalkannya; Ilmu dalam kategori ini melibatkan perkara-perkara asas dalam TIGA serangkai sendi agama iaitu; Aqidah/Tauhid, Fekah/Ibadah dan Tasawwuf/akhlak.

Dimulai dengan ilmu mengenal Allah melalui hukum sifatNYa dan yang berkaitan dgn Rukun2 Iman yang lain. Kemudian disusuli dgn asas2 Ibadah yang wajib dilaksanakan (menyempurnakan rukun2 Islam) dan dimurnikan pula dgn Tasawwuf yang bertujuan membuang segala sifat-sifat mazmumah dan menghiasi hati dengan sifat2 Mahmudah...intipatinya ialah bagi mempastikan setiap amalan (ubudiyah) dilakukan setulus hati/ikhlas hanya kerana Allah.



*Adapun mempelajari Al Quran termasuk Tajwid tidak termasuk ilmu fardhu Ain, melainkan bacaan yang wajib dibaca dalam ibadah iaitu FATIHAH, manakala surah2 lain hukumnya adalah Fardhu Kifayah kita mempelajarinya. Pun begitu, amatlah janggal andainya seorang yang bergelar Muslim tidak tahu membaca Al Quran.



2. Ilmu Fardhu Kifayah dari TIGA sendi agama di atas, yakni perbicaraan2 yang lebih meluas dalam ilmu Tauhid, Ilmu Fekah dan Ilmu Tasawwuf. Dalam Hal ini Imam As Syazuli Qaddasallahu sirrahu, menggalakkan agar kita menghabiskan umur yang panjang dalam menekuni ilmu Tasawwuf ini, terutama ilmu Tasawwuf Mukasyafah, menjalani tareqah, bersalik menuju tingkatan-tingkatan makrifah akan Allah..sehingga suci bersih hati 'anma siwallah...



3. Ilmu fardhu Kifayah (Agama) yang lain dari 3 serangkai di atas, seperti ilmu tafsir Al Quran, Ulum Quran, Usul Tafsir, Tajwid, nasikh mansukh, Asbabun Nuzul, ilmu Hadis, Mustalah Hadis, ilmu nahwu, Soraf, Balaghah, Badi’, Ma’ani, Bayan…dan bermacam2 lagi ilmu yang termasuk dalam lingkungan ilmu-ilmu Islam yang lain.



4. Ilmu Fardhu Kifayah (bukan agama) Hirarki ke 4 ialah ilmu-ilmu untuk kemaslahatan ummah yang menjadi kefardhuan ke atas sebahagian ummah mempelajarinya. Ilmu-ilmu ini termasuk ilmu kedoktoran, fizik, pertanian, pertukangan, industri, astronomi, angkasa dan lain-lain lagi.



Mari kita melihat; apakah kita umat Islam hari ini menuntut ilmu berdasarkan hirarki di atas? Jawapannya tidak...kita tersungkur di hirarki permulaan lagi..tertipu, apabila ilmu2 fardhu ain itu tidak kita pelajari dan kuasai, malah kita terus melangkah ke HIRARKI KE EMPAT...maka tak hairanlah jika ummah kini rata2 jahil agama walaupun pakar dalam bidang ilmu keduniaan! Lebih meggerunkan lagi, apabila golongan ini yang ditempel dengan Imej Islamis, bercakap tentang Islam seolah-olah punyai kealiman…padahal mengenal Allah pun belum lagi SAH.



Justeru nanti bila kita sampai ke akhirat; Allah tidak kita kenali, ibadah kita tertolak kerana ibadah kita tak betul..dan hati masih lagi penuh dgn segala macam sifat Mazmumah.. Tuhan mana yg mahu menerima kita di sana???????????



Oleh yang demikian, kalaupun kita teruja untuk mengejar ilmu keduniaan; jangan lupa habiskan ilmu fardhu ain pada Hirarki Pertama dulu...kalau tidak kita termasuk dalam kalangan 'ORANG2 YANG DITIPU SYAITAN DGN ILMU'

Na'uzubillah min zalik....

Bagi kalangan kita yang masih dan belum berpeluang mempelajari dan menguasai asas-asas fardhu ain dalam ketiga2 sendi Agama, jangan biarkan diri kita terus menerus dalam keadaan ITU, berusahalah untuk melepaskan kadar yang wajib dipelajari sebelum diri kita dipanggil Tuhan. Ingat! Meninggalkan perkara yang WAJIB bererti kita BERHUTANG dgn Allah.



Nota;Di sana terdapat lagi ilmu2 yang haram dipelajaari oleh umat Islam seperti ilmu sihir, nujum, tuju2, guna2, pegangan agama lain…. yang tidak ada apa2 kepentingan yang dibenarkan syarak untuk mengetahuinya.