Monday, September 19, 2016

Pengacaraan Majlis Perkahwinan Mc Majlis Perkahwinan di Kelantan

Assalamualaikum rakan taulan,

Kami bersedia membantu anda melicinkan dan menceriakan perjalanan majlis perkahwinan anda;

Pakej yg kami cadangkan untuk anda:

1. Pengacaraan/MC/Dj
2. Pengaturcaraan majlis.
3. Paluan Kompang iringi pengantin.
4. Bacaan Selawat Pengantin.
5. Pembaca Doa pengantin.
6. Alunan Qasidah/Nasyid.
7. Persembahan silat.

Sekiranya anda perlukan khidmat kami, bolehlah hubungi kami di talian  Call: 01114965308
Whatapps : 01116127339 Us Azmi/ Kumpulan Qasidah Naseem Al Musthofa, Kelantan.

Teks Pengacaraan MC Perkahwinan Islami

Teks pengacaraan ini diabadikan sempena perkahwinan pasangan Mohd Nabil dan Bani Islami Setya..pada 16 September 2016 bertempat di New Pacific Hotel Kota Bharu.

(Paluan kompang)

Mengumumkan ketibaan pasangan Pengantin, Pasangan Raja Sehari ke Dewan Persandingan. Para tetamu undangan dan warga dewan dipersilakan untuk berdiri.

(Bacaan selawat pengantin)

Dipayungi Rahmat Ilahi, Disirami haruman selawat Nabi...

Beriringan masuk ke dalam dewan, sama cantik dan sama padan, pasangan pengantin yang segak indah dipandang, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari;

Mohd Nabil bin Mohd Abd Hadi dan

Bani Islami Setya bt Hj Rachmat Setiawan.

Hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan untuk sama2 berselawat ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

(Selawat beramai2)

(tunggu sampai mereka duduk)
…………………………………………………………………………

BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T. dan selamat malam.

الحمد لله رب العالمين خلقنا أزواجا، وأمرنا على أمره قدرا مقدورا، والصلاة والسلام على أشرف الأنام جاءنا بشيرا ونذيرا، وحثنا على سنته دائما مستمرا. أما بعد..

Allah swt  berfirman dalam Surah Ar-Ruum  ayat 21 berbunyi:

ومن آياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة إن في ذلك لآيات لقوم يتفكرون.

Dan diantara tanda2 kekuasaanNya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri2 dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya.

Dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang.

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.

Alhamdulillah, Marilah kita sama2 merafakkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah Taala..

Yang mana dengan Taufiq dan Hidayahnya, Izin dan Inayahnya, dapat kita sama2 berada dalam majlis yg penuh barakah pada malam ini.

Semoga Majlis yang penuh bersejarah ini bisa merapatkan hubungan silaturrahim di antara kita semua.

Apa lagi bisa merapatkan hubungan antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonisia.

Saya bagi pihak keluarga Bapak Haji Rachmat Setiawan juga Ibu Hajah Ai Syafari mengalu2kan kehadiran Tuan Puan para tetamu sekalian ke..

Majlis Pernikahan Puteri Tercinta Bani Islami Setya dengan pasangan pilihan hatinya Mohd Nabil.

Yang diraikan,

Pasangan pengantin, seluruh ahli keluarga kedua2 mempelai, dan para hadirin hadirat, tetamu undangan yang dirahmati Allah sekalian.

Selamat datang ahlan wasahlan wamarhaban diucapkan ke :

Majlis Walimatul Urus
Anakanda Puteri Bani Islami bt Haji Rachmat Setiawan bersama pasangannya Mohd Nabil bin Mohd Abd Hadi


Subhanallah pagi dan petang
Menanam pepohonan di taman syurga
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Duduk tersenyum kedua pengantin
Mata melirik tanda bahagia
Mengharap cinta indah terjalin
Memohon restu pada yg ESA,
Moga jodoh berkekalan ke syurga..

Dengan ini, bagi memohon majlis ini dilimpahai Barakah dan Rahmat Allah, Tuhan Yang Maha ESA..

Marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Nordin bin Daud,

Kepada AlFadhil Ustaz Dipersilakan.

(Doa)

Amin Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Nordin Bin Daud di atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin Hadirat para tetamu undangan sekalian, sebelum kita ke Acara seterusnya..

Eloklah kita kenali lebih dekat serba sedikit tentang kedua2 mempelai ini..

Bagi pengantin perempuan,
Anakanda Puteri Bani Islami bt Haji Rachmat Setiawan merupakan anak ketiga dari 4 orang adik beradik.

Seorang yg sangat patuh kpd kedua orang tuanya dan merupakan puteri kebangaan kedua org tuanya.

Mendapat didikan agama secukupnya dari kedua ayahbondanya bagi mempastikan puteri kesayangan berjaya di dunia dan akhirat.

Alhamdulillah...
Sekarang bertugas sebagai business consultant di bank cimb.

Bagi pengantin lelaki,
Anakanada Mohd Nabil bin Mohd Abd Hadi merupakan Putera ke dua dari 6 adik beradik.

Seorang anak yg amat disayangi oleh ayahnda dan bonda....seorang yang ceria dan periang. Seorang abang yg amat disenangi oleh adik2.

Alhamdulillah, berkata didikan sempurna ayahbonda, Sekarang bertugas di Maybank sebagai AVP, cash management.

Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan sejak tahun 2011 lagi.... kini sudah genap 5 tahun perkenalan tersebut.

Tempoh perkenalan yg memungkinkan pasangan mengenal hatibudi dan pribadi masing2.

Makanya... Alhamdulillah.. Akhirnya
Setelah mendapat restu keluarga dan mendapat petunjuk dari Tuhan Yang Maha Esa melalui solat istikarah yang dilaksana,

Alhamdulillah pada hari yang penuh bermakna ini. Janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang penuh indah pada malam ini.


Hadirin Hadirat warga dewan yang dimuliakan Allah..

Rasulullah ikutan ummah semua
Selalu berwasiat supaya bertaqwa
Tibalah Untuk beramah mesra
Acara merenjis kini bermula..

Untuk itu, Majlis dengan penuh hormat menjemput dan Mempersilakan..

1. Ayahnda dan Bonda kepada pengantin perempuan untuk merenjis menepung tawar kedua anakanda tercinta...

Bapak Haji Rachmat Setiawan sama
Ibu Hajah Au Syafari

(Lagu renjis dimainkan)

2.  Dipersilakan juga Bibi dan paman yg turut bersama..
 3. Tak dilupai adinda juga kekanda..
4.  Para family dan teman2 yang ada..

Sambil Acara merenjis berlangsung, apa kata kita serikan Majlis dengan persembahan Qasidah dari Kumpulan Naseem Al Mustafa, sebagai halwa telinga...dipersilakan!

Qasidah berhenti...

Seterusnya , Majlis Mempersilakan keluarga pengantin lelaki utk merenjis menepung tawar..

Dipersilakan:
1. Ayahnda dan Bonda tercinta;
En.Mohd Abd Hadi bin Mustafa dan juga Pn Nora bt Shaikh Rais

(Qasidah bersambung)

dipersilakan kumpulan Qasidah utk meneruskan persembahan...

2. Pakcik dan mak Cik yang turut bersama.
3. Adinda dan kekanda yang setia
4. Ahli keluarga sanak saudara
5. Kawan dan rakan2 sehati sejiwa..

(Qasidah berhenti)

Demikianlah tadi acara merenjis yang telah disempurnakan oleh ayahanda dan bonda serta ahli keluarga juga rakan dan taulan sebagai meraikan kedua mempelai.

Semoga kehidupan berumahtangga mempelai berdua mendapat restu dan doa dari kita semua.

Terima kasih juga kpd kumpulan Naseem Al Mustofa atas persembahan Qasidah mubarakah sebentar tadi.

Siti Khadijah isteri setia
Siti Fatimah puteri tercinta
Kita berpindah acara seterusnya
Dari merenjis ke makan beradab pula..

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan kedua mempelai ke Ruangan Makan Beradab..dengan diiringi ayahanada dan bonda kedua2 mempelai.

Sebelum acara makan beradab dan jamuan dimulakan, marilah kita sama2 memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Ilahi....

Majlis dengan segala hormatnya menjemput ustaz Luqman untuk membacakan doa.. dipersilakan!

Sunnah Rasul dibuang tiada
Perintah Allah dilupai jangan
Hidangan sudah sempurna disedia
Jemput mempelai nikmati hidangan

Bagi hadirin hadirat yang dihormati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama –sama menikmati juadah enak yang disediakan.

Selamat menjamu selera untuk semua, dan dipersilakan kumpulan Naseem Al Mustofa utk meneruskan qasidah sebagai penyeri Majlis kita pada hari ini.

 (makan 10 minit)……………mc rehat.

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna..

Apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut oleh agama.

Sebelum bernikah syaitan akan berusaha untuk merapatkan hubungan supaya berlaku maksiat dan dosa.

Selepas bernikah, makhluk yang dilaknat Allah ini akan coba merenggangkan hubungan dan menimbulkan perselisihan.

Mohonlah kepada Allah agar hubungan ini terus berkekalan hingga ke Jannatul Firdaus, insyaAllah. Amin..


Inilah yang dikatakan,
Asal anak skrg menantu,
Jadi ayah, kemudian bercucu
Kita hambanya Allah Yang Satu
bersua berpisah di syurga kita bertemu

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua,  atas kesudian para tetamu hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Semoga dgn hadirnya para tetamu undangan pada hari ini bisa menceriakan lagi suasana dan semoga hubungan yg terjalin ini, khususnya buat dua negara ini akan terus berkekalan insya Allah.

hidup dunia  ilusi cuma
kepada Allah tempat kembali
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua lagi

Kami Mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang mengacarakan Majlis ini. Apa jua kekurangan dalam majlis ini pohon dimaafkan.

Yang baik dari Allah, yang lemah atas kelemahan saya sendiri.. Maha Suci Allah,

Allah bebas dari salah dan silap. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang, insya Allah...

Kami mengucapkan salam hormat buat semua, selamat hari  raya idul adha dan selamat Hari Malaysia

Sebelum mengakhiri majlis, dipersilakan kepada kaum kerabat, ahli keluarga, Kawan dan rakan yang ingin mengabadikan Kenangan indah dengan mempelai..
dipersilakan untk bergambar kenangan.

Dipersilakan ayahanda dan bonda pengantin perempuan, ahli keluarga..
Dipersilakan ayahanda dan bonda pengantin lelaki, ahli keluarga..
Seterusnya rakan taulan...

Selawat nabi dituntut Ilahi
Tanda ingatan setulus hati
Terakam sudah kenangan abadi
Buat tatapan anak cucu nanti.

Akhirnya saya sudahi Majlis ini dgn doa:

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكن ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات.

Wabillahittaufiq walhidayah wasallamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

MarilaTangguh majlis dengan tasbih kifarah….