Tuesday, May 31, 2016

Pengaturcaraan Majlis Perkhawinan di Kelantan

Assalamualaikum warahmatullahi...

Seringkali kita mendengar rungutan tentang keserabutan dan kelintang pukangan sesuatu Majlis perkahwinan sampai kedua2 pihak pengantin rasa tak selesa malah membawa kepada bermasam muka...

Nah! Ini realiti yg berlaku. Ada2 aja perkara yang bisa menimbulkan keributan. Keributan dan kelamkabut ini bisa terjadi lantaran tiadanya perancangan juga perbincangan dan pemuafakatan yang diselesaikandan disepakati oleh kedua2 pihak.

Justeru itu, amat2 perlu kepada sesiapa yang ingin melangsungkan Majlis perkahwinan untuk mempersiapkan Majlis yg besar dan bersejarah ini dengan sebaik-baiknya. Dari sekecil2 perkara hinggalah sebesar-besarnya.

Amat2 perlu sekali kalau boleh kita dapatkan khidmat pengaturcaraan dari professional yang terlibat dalam secara langsung dalam bidang ini.

Perlu difahami, DJ bukan orang yg serba tahu.. DJ hanya bertugas sebagai hos sesuatu majlis. DJ lebih kepada menghibur para tatamu, mewakili Tuan Rumah dalam mengalu2kan juga menaikan para tetamu.

Andainya kita menyerahkan tugas pengaturcaraan kepada DJ, ianya bukan langkah bijak. Ini bukan bermakna memperlekehkan tugas Dj, walaupun ada DJ yang mampu jalankan tugas sebagai pengaturcara, dalam masa yg sama sebagai penghibur.

Di sini saya ingin berkongsi proses pengaturcaraan Majlis perkahwinan untuk panduan semua. Kalau2 yg boleh membantu utk melicinkan lagi Majlis.

Aturcara Majlis bermula dari rombongan pengantin/pasangan pengantin ingin berjalan masuk ke dewan/ruang persandingan.

Tugas Pengaturcara sebaiknya juga sebagai MC Majlis:

# Mengumumkan ketibaan pasangan mempelai.
# Kumandangkan selawat pengantin
# Persilakan pengantin Untuk berjalan
# Iringi perjalanan masuk pengantin dengan paluan kompang/selawat.

Setelah pengantin berada di singgahsana:
# Membuka Majlis dengan Ucapan aluan ringkas, pastikan betul2 insan2 penting yang hadir, indahkan Majlis dengan pantun2 pilihan yang sesuai.

# Bacaan doa Majlis dan khususkan untuk pengantin.

# Acara tepung tawar;
Mainkan lagu persandingan yg sesuai untuk lebih indahkan Majlis.

1. Persilakan ayahnda dan dan bonda pengantin (Tuan Rumah), insan2 penting, adik beradik, saudara mara dan rakan2 penting.
2. Persilakan pula sebelah pihak lagi.

# Acara makan beradab.
Kalau mengikut adat Melayu turun temurun, mesti disediakan pulut semangat. Dan pastikan mula2 sekali kedua mempelai mencubit pulut dan masing2 menyuapkannya kepada pasangan secara serentak.
Barulah boleh menjamah makanan yang lain.

Orang yg perlu bersama ketika makan beradab ialah; kedua ibubapa mempelai.

# Selitkan Acara persembahan seperti Qasidah sepanjang Acara makan beradab.

# Acara memotong kek perkahwinan, yg merupakan Acara kemuncak.

# Ucapan wakil kedua2 belah pihak.

# Tutup Majlis dgn pantun2 nasihat buat pengantin. Serahkan majlis kepada DJ bertugas kalau ada.

Sekian serba sedikit perkongsian ringkas untuk melicinkan aturcara Majlis perkahwinan. Mohon ditambah apa2 yang tertinggal.

Sebarang tambah nilai Majlis boleh dapatkan persetujuan dari Tuan Rumah.

Bagi yang ingin mendapatkan khidmat pengaturcaraan Majlis perkahwinan di Kelantan bolehlah menghubungi 01114965308 (Azmi)

Pakej:
Sound sistem
Pengaturcaraan
DJ/MC
Qasidah/Nasyid



No comments:

Post a Comment