Thursday, May 19, 2016

Kuasai Tasrif Feel Mudhari' secepat kilat!!

Assalamualaikum semua..

Asasnya tentu kalian sudah hafaz akan dhamir yang 14 itu kan..

Jadi, mari kita mulai..

Coba ingat huruf2 depan mudhari' ini mengikut urutan dhamir.

هو هما هم
ya-ya-ya

هي هما هن
ya-ta-ta

أنت أنتما أنتم
ta-ta-ta

أنت أنتما أنتن
ta-ta-ta

أنا نحن
na-a


Setelah diingat betul huruf2 depan..
Faham pula akan penambahan alamat di belakang kalimah.

Kalimah asal mudhari' : con;

ُيكتب

Jangan lupa ubah huruf depan biar sesuai dgn SIAPA yg buat, lelaki atau perempuan. Dhamir ghaib atau Mukhatab, atau mutakallim.

1. Andai seorang, maka tak perlu tambah apa-apa, KECUALI ِأنت je..kna tambah iina َين
ُنحن juga dibilang seorang.

2. Jika 2 orang (muzakkar atau muannas) tambah je aani ِان.

3. Jika 3 ke atas (muzakkar) tambah je uuna َون

4. Jika 3 ke atas (muannas) tambah je Na َن


Latihan:

Untuk SIAPA feel ini?
تكتب
يكتب
يكتبن
أكتب
نكتب
تكتبان
يكتبون

Mari kita coba selesaikan..
تكتب
Huruf depan adalah ta..utk ghaib, juga utk mukhatab...
berapa orang ya?
lelaki atau perempuan?
Jawabannya pasti utk:
1. dia seorang perempuan- tiada apa2 tambahan
2. awak seorang lelaki- tiada juga penambahan.

Coba selesaikan yang lainnya..

Selamat mencoba..semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment