Tuesday, May 17, 2016

Kenali golongan tersasar dan menyeleweng di akhir zaman

Antara fitnah akhir zaman ialah, manusia dalam kekeliruan dalam mencari kebenaran. Di luar sana ada bermacam-macam suara, bawaan, pandangan, ikutan, fahaman, ideologi yang saling bertentangan antara satu dengan yang lain. Ianya turut melibatkan soal aqidah dan alirannya, syariat dan pemahamannya, politik dengan bawaannya, keilmuan dan disiplinnya dan lainnya.

Bagi ummah awam, entah yang mana mahu diikuti dan disantuni, entah pegangan mana yang harus dijadikan pedoman dan panduan. Entah 'mazhab' mana ingin diikuti. Tersilap langkah sudah pasti akan terjerumus ke 72 Firqah yg tidak selamat.

Untuk mencari jalan keluar dari kemelut sukar ini, sudah pasti bukan sesuatu yg mudah. Ini kerana suara2 di luar sana sering mengomok dengan omokan-omokan indah berteras Nas betapa kamilah yang semestinya diikuti. Datang pula suara lain, inilah jalan yang benar berdalilkan hujah-hujah yang nampaknya bisa diterima.

Perlu diingat, bahawa tapisan pertama yang harus dilakukan adalah dengan membuang terus aliran2 yg jelas menyimpang dari landasan agama. Syiah misalnya, ianya sudah jelas menyimpang. Khawarij juga menyimpang..apa lagi ideologi-ideologi moden yang lain, tak perlu dipersoalkan lagi dan sudah diketahui umum akan kesesatan mereka.

Tinggal lagi aliran-aliran yang mengklaim mereka sebagai Ahlussunnah Waljamaah, yang mana hadis Nabi menyebutnya demikian..

الذي أنا عليه وأصحابي

Yakni jalan aku dan para sahabatku.

Jadi tak syak lagi, jalan yang betul2 lurus ialah jalanan Rasulullah dan Para Sahabat sahaja. Adapun jalan2 lainnya adalah sesat dan terkeluar dari kebenaran.

Namun, apa timbangan kita untuk menelosori jalanan Rasulullah dan para sahabat ini? Apakah dengan cara terus sahaja ke zaman mereka? Tak mungkin sama sekali! Mustahil! Kerana antara kita dan generasi sahabat telah terputus lebih 1000 tahun.

Jadi bagaimana cara untuk kita meniru juga mengikuti mereka? Apakah dgn terus aja mengambil dari Al Quran dan  juga hadis2 yang mereka tinggalkan secara solid?

Kita juga tidak mampu berbuat demikian kalau Imam2 Hadis tidak mengumpulkan hadis2 tersebut. Dan apabila Quran dan Hadis sudah tersedia di depan mata kita dalam pelbagai sunan..apakah masih tidak memadai untuk kita berpandukan saja dari kitab2 Hadis tersebut? Memandangkan hadis2 yang sampai kepada kita itu , terutama Sahih Bukhari dan Muslim terkenal dgn keabsahannya yang tertinggi?

Apa perlu lagi kita merujuk panduan, Syarah, tafsiran, penerangan para ulama yang mensyarahkan hadis tersebut? Apa lagi syarahan tersebut pula  memunculkan fahaman pelbagai aliran mazhab tertentu, seperti mazhab Syafie, Maliki, Hanafi, Hambali, Daud Zohiriy dan sebagainya lagi?

Tak cukup lagikah kita ambil sahaja dari Al Quran dan kitab Hadis dengan berpandukan terjemahan khususnya terjemahan dalam Bahasa Indonesia yang banyak terdapat di pasaran dengan pelbagai versi? Lalu kita keluarkan sendiri hukum hakam dari kedua sumber itu? Apakah ini tidak bisa? Apa lagi Hadis Nabi jelas menyarankan:

وحدثني عن مالك أنه بلغ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله وسنة نبيه
(الموطأ ١٣٩٥)

ملتقى أهل الحديث

Jadi, seharusnya sudah cukup dengan Kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya sebagai ikutan bagi kita...bukan begitu?? Namun kalau hadisnya seperti ini..diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

صلوا كما رأيتموني أصلي

Bagaimana kita ingin solat sepertimana kita melihat sendiri Rasulullah bersolat? Sudah pasti mustahil sama sekali, kerana kita tidak bisa melihat Rasulullah secara nyata di depan kita.

Nah, jawapannya kita mau tidak mahu terpaksa juga mengetahui lebih lanjut bagaimana Rasulullah solat melalui riwayat2 dan penerangan juga Syarah yang dinyatakan oleh orang yang paling hampir dengan Rasulullah, yakni sahabah. Solat sahabat pula menjadi ikutan oleh para Tabiin yang datang kemudiannya. Solat Tabiin pula menjadi ikutan Tabi' Tabi'in yang datang selepas itu dan seterusnya bertali arus sampai hari Qiamat.

Dan orang2 yang terpercayai dalam memindahkan tatacara solat Nabi juga amalan2 dan hukum2 lainnya yang mencakupi Agama ini tak lain dan tak bukan...merekalah para ulama.

Apabila kita menyebut ulama, ianya merujuk kepada para ulama yang Allah akui dalam Al Quran sebagai orang yang paling takut kepada Allah..

فإن هذه الجملة:"إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ" جاءت في سياق قوله تعالى:أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ ثَمَرَاتٍ مُخْتَلِفاً أَلْوَانُهَا وَمِنَ الْجِبَالِ جُدَدٌ بِيضٌ وَحُمْرٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهَا وَغَرَابِيبُ سُودٌ*وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَلِكَ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ [فاطر:28].
ومعنى "إنما يخشى الله من عباده العلماء" كما قال المفسرون: لا يخشى الله تعالى حق الخشية إلا العلماء الذين عرفوه حق معرفته.
قال ابن كثير أي "إنما يخشاه حق خشيته العلماء العارفون به، لأنه كلما كانت المعرفة للعظيم القديم أتم، والعلم به أكمل، كانت الخشية له أعظم وأكثر." 
وقال القرطبي يعني بالعلماء الذين يخافون قدرته، فمن علم أنه عز وجل قدير أيقن بمعاقبته على معصيته، كما روي عن ابن عباس "إنما يخشى الله من عباده العلماء" قال: الذين علموا أن الله على كل شيء قدير. وقال أنس: من لم يخش الله فليس بعالم، وقالمجاهد: إنما العالم من خشي الله عز وجل، وقال ابن مسعود: كفى بخشية الله تعالى علما، وبالاغترار جهلاً...... 


Justeru, para ulama tidak seharusnya diperkecilkan kewibawaan mereka, apalagi ulama itu adalah ilmunya mencapai taraf Mujtahidin seperti para Imam Mazhab yang empat yang ternyata hidup di zaman salaf.

Ramai lagi para ulama dalam yang terkenal dalam ilmu Usuluddin atau Aqidah seperti Imam Abu Hasan Ali Asy'ari (260-324H). Imam Al Ghazali (450-505H) yang menghimpunkan ilmu zahir dan batin yang terkenal dengan Ihya Ulumuddin.

Sekadar kita menyebut beberapa ulama yang terkenal dgn ketinggian ilmu yang tidak ternafikan lagi.

Kembali kita kepada persoalan, bagaimana menentukan ikutan, fahaman, mazhab yang tidak menyeleweng dari yang hak ialah dengan memastikan bahawa:

1. Tradisi keilmuan itu seharusnya bertali arus dengan melalui jalanan para ulama yang diakui zaman berzaman yang mewakili As Sawadul A'zham..yang menjadi ikutan majoriti ummah. Bukannya pandangan terpencil yang coba merobek ikutan ummah keseluruhannya. Sedang para ulama yang diikuti itu punya akuan dari seluruh para ulama pula akan ilmu yang mereka miliki.

2. Memahami Al Quran dan Hadis mesti melalui Tafsir dan juga Syarah para ulama muktabar yang mewarisi ilmu dari generasi sebelumnya melalui rantaian sanad yang bersambung terus kepada Sahabat dan Rassulullah Sollallahu Alaihi Wasallam.

3. Mengelakkan sama sekali terpaut dengan dakyahan para cendikiawan akhir zaman yang banyak menyalahkan dan menyanggah  pendapat para ulama muktabar terdahulu dengan cuba berijtihad dengan keterbatasan serta kecetekan ilmu yang ada.

Perhatikan betul2 'uslub' dakwah mereka. Seandainya banyak mengajak kita kembali kepada Al-Quran dan Sunnah dengan membelakangkan apa yg telah diputuskan oleh para ulama muktabar yang menjadi ikutan majoriti ummah...maka awas!! Itulah seruan ke arah kesesatan dan penyelewengan sekalipun bernadakan kembali kepada As Sunnah. Sedang ianya terkeluar dari Ijmak Ummah zaman berzaman. Wallahu a' lam.

No comments:

Post a Comment