Tuesday, May 17, 2016

Hakikatnya Ilmu asatizah Versi Bachelor, Master, Ph.D menurut pengalamanku

Dewasa ini kita berlumba-lumba menggapai tahap keilmuan tertinggi dalam pelbagai bidang dan jurusan ilmu, tak terkecuali yang menuntut ilmu wahyu.

Menggapai ilmu atau title Doktor Falsafah seakan menjadi kemestian berlapik nawaitu..moga- moga apa jua pandangan dan pendapat ku bisa diterima masyarakat..dengan kata lain, masyarakat pasti akan menerima kupasan ilmiahku kerna aku adalah Doktor Ph.D.

Akan masyarakat pula khusus di akhir zaman akan mudah menerima pandangan dari ilmuan yg bergelar Ph.D ini. Masyarakat tak salah, bahkan inilah harapan dan pengiktirafan mereka kepada insan yang berilmu tinggi. Itu bagi mereka umat awam.

Tapi bagaimana pula dengan orang yang mengalami sendiri proses 'pembuatan' Ph.D ini? Hanya dia sendiri yg tahu akan keabsahan ilmu yg didapati melalui 'tesis' atau buhus ilmiy yang dijalaninya.

Bagi penulis yang punyai sedikit pengalaman dengan tatacara tesis atau buhus ilmiy ini, penulis banyak mengakui 'kekurangan' yang ada. Maaf, penulis tidak bermaksud meremeh2kan para pengkaji kita yang bertungkus lumus menyiapkan tesis mereka.

Cumanya penulis ingin mengetengahkan akan proses mendapat ilmu melalui amalan tesis dan buhus ilmiy ini.

Pertamanya, kita akan berbincang dengan musyrif akan satu2 tajuk untuk dibahaskan. Andainya kita memilih tajuk yang semacam luas, yang menjadikan buhus kita begitu umum makanya musyrif akan mengarahkan kita supaya fokuskan buhus kita itu kepada tajuk yang lebih spesifik.

Sebagai contoh, tajuk : KAEDAH NAHU DAN SORAF DALAM ALQURAN. Tajuk ini terlampau umum dan luas. Justeru musyrif tidak setuju kalau kita berpenat membuhus akandia. Lalu musyrif bagi cadangan, cukup cuma awak ambil tajuk : Penggunaan HARAF JAR (ب)  dalam Al Quran.

Nah, begitulah spesifiknya tajuk buhus ilmiy yang cocok utk ditesiskan. Haraf JAR, ada banyak, tapi yang dibuhus hanyalah Haraf Ba sahaja. Pada pelajar, cukup sudah tajuk itu utk dikaji dan dibuhus bagi memenuhi keperluan ijazah B.A nya M.Anya dan juga Ph.dnya. Ada sedikit perubahan dan keperluan kajian mengikut tahap..peringkat mana buhus itu dibuat.

Dan kiaslah apa jua bidang ilmu yang ditesiskan. Sama saja tatacaranya. Yg terlampau umum dikhususkan. Yang khusus di akhaskan lagi. Jadinya dilihat dari satu sudut..mungkin inilah yang diinginkan dalam sistem pengajian ala barat ini. Kalau kita dalam bidang agama, tak usah luas2 kajian kamu itu..nanti ilmu kamu bisa tinggi..

Lalu..kita pun mula mengkaji. Mana2 library kita pergi, berbagai rujukan kita buat, berbagai kitab ulama kita merujuk secara kendiri. Lalu kita terfaham akan kitab itu mengikut versi sendiri. Musyrif cuma ingin tahu apa rujukan kita. Asal ada nota kaki sudah cukup bagi musyrif akui.

Adapun kitab2 rujukan kita itu adalah pelbagai. Saat kita merujuk kitab2 itu, kita akan terima sebagai ilmu berguna untuk kita. Tanpa kita tau akan adanya di sesetengah tempat, tulisannya ada yang gugur, tersalah cetak dan sebagainya.

Apabila keadaan itu berlaku, tanpa kita tahu dan sedar betapa ada kalimah yang gugur atau tersalah cetak...lalu kita terima pakai akan kesalahan itu tanpa sedar. Ini disebabkan kita tidak MENGAJI secara TALAQQI dari mulut para Ulama yang mahir dalam sesuatu ilmu tersebut, juga tiada sesiapa yang bisa memperbetulkan kesalahan kita.

Jadi, apakah tidak berbahaya mengkaji dan mengaji style rujukan kendiri ini? Adalah Mustahil utk kita bertalaqqi kitab2 rujukan yang tebal, apalagi ingin mengkhatam Saheh Bukhari, Muslim, Nasai, Ibnu Majah dan lain2 terutama bagi mereka yang mengkaji dalam bidang Hadis...cuma dalam masa 2 3 4 tahun belajar di Universiti yang waktunya cukup terbatas.

Lagi berbahaya, seandainya rujukan kita itu punyai pandangan2 yang asing dari pandangan ulama muktabar yang diakui ummah, lalu kita terpikat dengan pandangan itu mengikut kenampakan aqal kita yang bebas itu.

Cukup masa, tesis kita diperakui dan kita pun diijazahkan dengan Master atau Ph.D dalam bidang ilmu spesifik yang kita kaji. Dapatlah kita title Dr yang kita idamkan.

Persoalannya, kenapa bila keluar dari perkampungan tesis.. yang sifatnya spesifik, ada sesetengah kita yg mula lupai daratan..dgn title Dr itu kita bercakap seolah2 ilmu kita merangkumi ilmu2 Islam yang lain. Kita gunakan Ph.D kita dlm bidang Hadis untuk merungkai permasalahan yang telah diputuskan oleh para ulama mujtahidin dalam masalah Fiqh, masalah Usul, Tasawwuf dan berbagai lagi bidang ilmu kita ulas dan kita kupas. Sedang ianya di luar kemampuan kita.

Hasilnya, kita telah merobek tradisi dan disiplin ilmu yang telah dibentangkan oleh para ulama sejak zaman berzaman. Tak kurang juga antara kita yang tak tau malu mengkondem akan Imam2 yang hidup di zaman sebaik2 kurun. Zaman barakah, zaman kesuburan ilmu dan amal.

Adalah mustahil Imam Syafie contohnya, terlepas pandang atau tercicir hadis Saheh lalu sesuka hati mensunnahkan bacaan doa Qunut dalam solat Subuh dan witir nisfu kedua Ramadhan. Seolah2 kita2 lebih advance dari Imam Syafie... Pandai juga kita selitkan alasan. Para Imam tidak maksum. Kalau pun kita ' malu' utk komen Imam Syafie, kita terlatah pula mengomen akan Imam Mujtahid Mazhab yang dipanggil Syafiiyyah. Sedang para imam2 itu hanya mentarjih akan apa yang telah diputuskan oleh Imam Syafie sendiri.

Lalu kita bawa hadis2 yang bagi kita, Imam Syafie tak sampai kepadanya hadis2 tersebut. Lalu kita persalahkan pandangan Imam dan mengajak ummah yang sudah lama bermazhab Syafie agar lari dari mazhab. Ikut aja hadis ini itu, kerana itu dibawakan 'hujjah' kata2 Imam Syafie: mana2 hadis soheh itulah mazhabku.

Sedangkan Imam Syafie dan Imam2 Mujtahidin lain sudah pun memperoleh akan hadis2 tersebut. Cumanya hukum yang diistinbatkan sahaja berbeda mengikut imam. Ianya bukan membuta tuli. Tetapi dengan kaedah yang jitu dalam memahami akan Nas Al-Quran dan As Sunnah.

Datang2 kita yang berlebih- lebih mengaku sebagai pengikut sunnah sebenar, juga konon2 pengikut setia salafi. Padahal hakikatnya orang2 yang mengikut mazhab Imam Imam inilah SALAFIY HAQIQIY.

Justeru itu, sebagai insan yang juga melalui proses pengajian cara bid'ah syahadah ini, ingin mengajak rakan2  agar tahu akan QADRI masing2. Kalau kita hanya spesifik dalam sesuatu bidang, maka spesifik lah mengikut bidang kita. Usahlah melangkau lebih jauh dari ilmu yang kita miliki.

Akuilah betapa..
وفوق كل ذي علم عليم

Wallahu A'lam.


No comments:

Post a Comment