Tuesday, May 31, 2016

Aturcara Majlis Menyambut Menantu

Assalamualaikum warahmatullah..

Kunjungan Balas pihak pengantin perempuan disebuat sebagai Majlis Menyambut menantu. Keluarga pihak pengantin perempuan menghantar dan menyerahkan anakandanya ke pangkuan keluarga suaminya.

Sememangnya Acara penyerahan ini punyai tatacara dan adab serta adat yang perlu diikuti bagi mewujudkan suasana mesra harmoni dan penuh adab susila.

Bermula dengan rombongan pihak perempuan tiba ke Rumah pihak lelaki.

Tugas pengaturcara:

# Umumkan ketibaan pengantin perempuan serta rombongannya. Elok juga kalau paluan kompang turut dimainkan.

Kedatangan pihak perempuan disambut oleh Suami dan ahli keluarga terdekat.

# Persilakan rombongan masuk ke rumah. Persilakan pengantin duduk di tempat yang disediakan.

# Ucapan aluan pengaturcara.

# Doa majlis.

# Mempersilakan pihak lelaki untuk berucap, tanda aluan dan terima kasih atas kunjungan.

# Mempersilakan pihak lelaki membalas ucapan penyerahan anak sebagai isteri dan juga menantu yang akan menjadi ahli baru dlm keluarga Suami.

Pengaturcara bolehlah melainkan peranan beliau Untuk menhidupkan lagi Majlis.

# Menutup Majlis dan Mempersilakan hadirin Untuk menjamu selera.


No comments:

Post a Comment