Sabtu, 8 Ogos 2015

Kumpulan Nasyid Qasidah Maulid Berzanji untuk majlis perkahwinan, kenduri, keramaian, akikah di Kelantan

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الذي هدانا بعبده المختار من دعانا
إليه بالإذن وقد نادانا..لبيك يا من دلنا وحدانا

مجلس مولد نور المصطفى الأحمدي المنقوشي
Majlis Maulid Nurul Mustafa Al Ahmadiy Al Manqusyi.
 
Meraikan Pengantin di Hotel Perdana
Kota Bharu, Kelantan. 

Undangan Maulid Qasidah di Majlis Walimatul Urus di KTC (Kelantan Trade Center) Kota Bharu.


0189087339 (Call & Whatapps)(Us. Azmi)


Kumupulan ini yang dinamakan Majlis Maulid Nurul Mustafa Al Ahmadiy Al Manqusyi atau ringkasnya Nurul Mustafa Al Manqusyi ditubuhkan pada Tahun 2010. Pada awalnya kumpulan ini belum lagi diberikan nama yang khusus, namun ianya dirasmikan dengan nama Majlis Maulid Nurul Mustafal Ahmadiy Al Manqusyi selepas mendapatkan Ijazah sanad Burdah dari Syeikhuna Muhammad Awadh Al Manqush AlMisri yang kebetulan berada di Malaysia ketika itu. Beliau juga turut mengijazahkan hadis Musalsal bersanad tentang kelebihan Puasa Asyura yang kebetulan diijazahkan pada malam 10 Muharram 1434H bertempat Syeksyen 7 Bandar Baru Bangi. Anugerah ijazah sanad Burdah dan Nazam ini diterima oleh ahli Majlis Maulid yang terdiri dari Afandi, Azmi, Nordin dan Nazri.

Bahan Rujukan Burdah, Maulid, Barzanji, Syamail dll


Majlis Maulid Nurul Mustafa Al Ahmadiy Al Manqusyi diasaskan untuk mengimarahkan alunan qasidah dan puji-pujian bagi menyemai Mahbbah kepada Rasulillah Sallallahu alaihi wasallam. Kumpulan ini dianggotai oleh beberapa orang ahli dan dipimpin oleh Ustaz Mohd Nazri Daud (Johan Qari Negeri Kelantan) dan dinggotai oleh beberapa orang lagi. Pemain muzik/gendang utama ialah cikgu Zapri, seorang guru muzik di salah sebuah sekolah menengah di Pasir Mas.

Photo: Tanggal 9 Muharram 1434..Majlis Maulid Nurul Mustafa Al Ahmadiy Al Manqusyi bertolak ke Bangi bersama Program Syeikh Muhammad Awadh A l Manqush...
Alhamdulillah, Syeikh telah mengijazahkan Sanad Qasidah/Burdah/Hadis Musalsal ttg Fadhilat Puasa Hari Asyura..
Majlis bersama As Syeikh Muhammad Awadh Al Manqush Al Misri

Tanggal 9 Muharram 1434..Majlis Maulid Nurul Mustafa bertolak ke Bangi bersama Program Syeikh Muhammad Awadh A l Manqush...Alhamdulillah, Syeikh telah mengijazahkan Sanad Qasidah/Burdah/Hadis Musalsal tentang Fadhilat Puasa Hari Asyura..

Photo: Syeikh Muhammad Awadh Al Manqush..

Majlis Maulid Nurul Mustafa Al Ahmadiy Al Manqusyi berpeluang mengunjujngi Syeikh di Bangi sempena Majlis Bacaan Qasidah  Ijazah Sanad Qasidah dari Beliau..moga Allah memlihara Syeikh..
Syeikh Muhammad Awadh Al Manqush

Photo: Sanad Qasidah/Selawat/Burdah dari Syeikh..
Sanad Qasidah Burdah
Photo: Sanad..
Sanad Nazam Badi'

Kumpulan ini pernah dijemput membuat persembahan di majlis-majlis Maulidurrasul, Majlis Perkahwinan dan majlis-majlis rasmi yang lain di sekitar Negeri Kelantan. Walau pun pernah mendapat jemputan dari luar Kelantan, namun memandangkan kekangan masa, jemputan itu dengan hormatnya terpaksa diserah kepada kumpulan-kumpulan maulid yang berdekatan.

Photo: Persembahan Maulid Sempena Perkahwinan puteri Cikgu M.Saad di Pengkalan Kubur, Tumpat Kelantan.
Mengadakan persembahan di satu Majlis Perkahwinan

Office:
Majlis Maulid Nurul Mustafa Al Manqusyi
Pondok Hj. Ahmad, Kg. Geting
16200 Tumpat,
Kelantan.

Kepada para ikhwan sekitar negeri Kelantan dan lain-lain negeri yang ingin menyemarakkan lagi majlis-majlis keraian dengan alunan selawat, qasidah, burdah, berzanji..bolehlah menghubungi kumpulan ini di talian :

018-9087339 Call (Us. Azmi)
0189087339 Call
0135869558 wasap