Friday, August 14, 2015

Kisah cerita MENAHAN MARAH AMARAH..Imam Abu Musa

Di kesunyian malam, Imam Abu Musa Bangun untuk beribadah, lalu dikejutkannya pembantu beliau mengambil air untuk berwudhuk.

Dengan bersegera pembantu beliau bangun mendapatkan air...dlm keadaan tergesa-gesa pembantu beliau tercurah air atas kepala Abu Musa..

Lalu Abu Musa memandang khadamnya itu mungkin timbul perasaan marah kerana kesilapan khadamnya itu. 

Lalu khadamnya membacakan ayat.. 
والكاظمين الغيظ
Yang bererti..dan orang2 yg menahan marah.

Abu Musa merenung wajah pembantunya..sambil menghayati akan firman Allah tersebut...

Khadamnya menyambung lagi..
والعافين عن الناس
Dgn harapan agar Tuannya itu memaafkan kesalahannya tadi.

Abu Musa masih merenung khadamnya itu lalu berkata..aku memaafkan kamu..

Akan khadamnya, kemaafan itu belum memuaskan hatinya..yakni yg dia mahukan, bukan cuma tuannya menahan marah, memaafkan, bahkan dia mahukan sambungan ayat Allah tadi diteruskan...langsung dia menyebut..
والله يحب المحسنين
Dan Allah menyukai orang2 yg berbuat kebaikan.

Dan padanya tidak ada kebaikan yg seharusnya dilakukan oleh tuannya selain...

Imam Abu Musa seakan memahami akan maksud khadamnya itu lalu berkata..sekarang aku memerdekan kamu...

Itulah sekilas kisah tentang salafussoleh yang cukup beramal dgn ayat2 Allah..
Dan dari kerana inilah Imam Abu Musa dikenali sebagai AlKazhim..
والله أعلم


No comments:

Post a Comment