Tuesday, June 23, 2015

CARA MUDAH FAHAMI TASRIF FEEL TANPA MENGHAFAZ



Assalamualikum rakan sahabat yang dimuliakan Allah.

Di sini saya ingin berkongsi tip mudah untuk mudah memahami TASRIF FEEL samada MADHI, MUDHARI' juga AMAR.

Saya percaya, kita diarah utk menghafal TASRIF tanpa memahami apa sebenarnya yg kita hafal. Justeru bila di tanya, siapa yg lakukan perbuatan itu (sesuatu feel) langsung kita tidak tahu, samada mereka, kamu atau kami (contoh dhamir dari tiga2 bahagian)

Jadi, apa gunanya kita lancar mengingati, tapi fungsinya kita kurang jelas.

Sebagaimana maklum bahawa TASRIF atau perubahan feel terjadi sesuai dgn siapa pelakunya, berapa orang, lelaki atau perempuan.

Untuk kita mudah mengesan siapa yg melakukan, berapa orang, lelaki atau pun perempuan, mari kita kenali akan fungsi2 huruf yg 'ditambah' dlm sesetiap feel tersebut.

FEEL MUDHARI:

HURUF di awal (disebut sebagai huruf Mudhari') cuma ada 4 huruf. Yakni huruf2 inilah yang menjadi huruf pertama utk feel mudhari.

4 huruf mudhari' itu ialah;

Alif
Ta
Nun
Ya

Mari kita fahami terlebih dahulu fungsi huruf2 depan ini.
1. Huruf ي
Misal: يفعل (fokus pd huruf ya sahaja!)
Huruf ya gunanya adalah utk:
Ganti nama ketiga:
1. Lelaki:
mufrad (dia),
musanna (dia berdua)
dan jamak (mereka)
2. Permpuan:
(merka)Jamak muannas sahaja

2. Huruf ت
Misalnya: تفعل (fokus pd huruf Ta sahaja)

Huruf Ta gunanya utk:
Ganti nama ketiga :
Perempuan:
1. Mufrad (dia)
2. Musanna (dia berdua)

Ganti nama kedua:
1. Lelaki : awak seorang, berdua dan ramai.
2. Perempuan: awak seorang, berdua dan ramai.

3.Huruf أ (disebut hamzah)
Misal أفعل (fokus pd alif sahaja)
Huruf alif gunanya cuma untuk:
Ganti nama diri pertama sahaja (saya), samada lelaki atau perempuan.

Peringatan:
Bila sesuatu feel mudhari' menggunakan huruf alif (hamzah) makanya haram menambah apa2 perubahan di hujung feel tersebut. Yakni tidak berlaku tasrif di hujung kalimah.

4. Huruf ن
Misalnya نفعل (fokus pd huruf nun sahaja)

Huruf Nun gunanya utk :
Ganti nama diri pertama (kami) samada lelaki atau perempuan.

Peringatan, juga haram tambah apa perubahan di hujung kalimah.

Apabila kita sudah memahami fungsi huruf2 mudhari' dari segi perubahan di awal kalimah, mari kita fahami pula akan tambahan huruf di hujung kalimah..

1. Jika tiada apa2 perubahan, yakni feel mudhari' dlm bentuk asal spt: يفعل
Maka ianya utk dia lelaki هو

2. Tambahan ين disebut iina, ianya khusus utk awak perempuan (seorang)
Misal: تفعلين baca Taf'aliina.
Di awal..huruf Ta..di hujung tambahan hurur iina.

3. Jika bertambah ان disebut aani..
Gunanya utk dua org, siapa sahaja, lelaki atau perempuan:
-dia berdua lelaki atau perempuan.
Misal:
 يفعلان dia berdua lelaki
 تفعلان dia berdua perempuan

-awak/kamu berdua lelaki perempuan.
Misal:
تفعلان

4. Jika bertambah ون dibaca uuna.
Gunanya utk mereka lelaki sahaja.
Misal: يفعلون

5. Jika ditambah ن disebut na (sahaja)
Gunanya utk mereka (ramai) perempuan.
Misal: يفعلن baca yaf'alna
Satu2nya tanda (huruf) awal permpuan yg dipinjam dr lelaki, biasanya huruf awal perempuan mesti ت sebut Ta.

Jadi perubahan yg berlaku di hujung kalimah mudhari' ialah 4 sahaja.
ين iina utk awk prmpuan.
ان aani utk dua org lelaki dn perempuan samada dia berdua atau awak berdua.
ون uuna utk mereka lelaki
ن na utk mereka perempuan.

Test 1:
Coba rakan sahabat leraikan feel ini:
يفعلون
siapa pembuatnya, lelaki atau permpuan? berapa orang yg membuatnya? kamu atau mereka?

Leraianya:
Huruf ya: utk mereka lelaki atau mereka perempuan.

ون : utk ramai lelaki.

Jadi, sah lah yg melakukan perbuatan di atas adalah mereka (Lelaki)

Test 2:
Kalimah تفعلان

Test 3:
Kalimah نفعل

Test 4:
Kalimah تفعلن

Sekiranya rakan sahabat mampu leraikan test2 di atas, bererti rakan sahabat sudah kuasai tasrif feel mudhari'.

Semoga perkongsian ini bermanfaat utk rakan sahabat.

FEEL MADHI

Perubahan feel madhi hanya berlaku di akhir kalimah sahaja. Jgn sesekali ubah di awal kalimah.

Bersambung..

No comments:

Post a Comment