Monday, September 3, 2012

Malam Pertama Yang Indah...

 Malam Pertama Yang Indah..

Sabun Susu Beras..Berkesan mengatasi masalah jerawat, jeragat, bintik2 hitam serta meremajakan kulit. 100% Natural!
Sila ke:
Bagi insan bertuah yang bergelar pengantin baru, malam pertama adalah malam yang ditunggu-tunggu dengan penuh debaran...malam pertautan hati, jiwa dan jasmani dua insan yang telah diikat dengan akad sebagai mengambil dan memikul amanah dari Allah s.w.t.

Berbagai petua dan tatacara sebolehnya ingin diketahui sebelum malam itu menjelang tiba. Maka orang-orang dewasa dan berpengalamanlah yang menjadi tempat mengajukan sebarang persoalan. Namun segala petua dan saranan itu lebih kepada perkara yang hanya berlegar tentang hubungan intim sahaja. Bagaimana cara untuk itu dan ini dan macam-macam lagi..

Sebenarnya kita terlupa betapa malam pertama ini adalah malam penentuan dan perhitungan bagaimana bahtera rumahtangga yang baru dibina sebentar tadi mahu dilayari. Baik buruk, lancar atau tidak pelayaran itu akan ditentukan pada malam baru ini.

Bersempena malam baru dan pertama melayari bahtera rumahtangga, perkiraan tentang 'hubungan badan' bukanlah perkara utama yang perlu difikirkan. Malah di sana ada perkara-perkara penting yang harus diberikan keutamaan.

Kalau kita perhatikan, banyak 'sempena'-'sempena' yang berlaku dalam hidup kita seharian terutama bagi seorang muslim..untuk memulakan sesuatu yang baru. Contohnya, Ma'al Hijrah, Nisfu Sya'ban, Ramadhan, Hari Raya, Hari Lahir, Pergi Haji atau Umrah..

Termasuklah Pengantin Baru yang bergelar orang baru; saat baru ini adalah saat terbaik untuk kita merencanakan jalan hidup bersama yang perlu ditempuhi. Bukan mudah melayari bahtera kasih ini..nantinya pasti akan berhadapan dengan badai, angin ribut, petir halilintar...bak kata sang penyanyi terkenal..tak semudah yang kita impikan...

Justeru itu, urusan hubungan badan usahlah menjadi pokok persoalan walaupun tidak dinafikan ianya penting, namun yang lebih penting ialah menentukan halatuju bahtera rumah tangga dan mempersiapkannya dalam menghadapai sebarang kemungkinan, pahit manis masam masin dan sebagainya..

Sebagai pasangan Muslim, sudah tentu di sana ada saranan-saranan agama bagaimana memulakan hidup baru sebagai suami isteri...kalau sebelum ini masing2 hidup entah ke mana hala...maka malam pertama inilah saat yang paling sesuai untuk kita arahkan bahtera ini agar sentiasa berada di bawah perlindungan dan peliharaan serta dikurniakan keberkatan oleh Allah s.wt.

Perkara-perkara yang mesti dilakukan oleh Pengantin baru pada Malam Pertama ini;

Selain saranan-saranan yang anda boleh baca dalam pelbagai buku dan artikel, jangan pula dilupai akan perkara-perkara yang penting ini;

1.Membersihkan dan menghias diri sebaik yang mungkin.
Kesibukan seharian dengan upacara perkahwinan sedikit sebanyak menjadikan tubuh badan kurang enak. Justeru menjelang malam, badan perlu dibersihkan serta berhias sebaik mungkin baik suami apa lagi si siteri. Pakailah pakaian yang paling indah dan sesuai untuk beribadah. Isteri diberi peluang bersiap lebih awal agar bisa pula dia menyediakan diri untuk berhias secantik yang boleh di samping kelengkapan untuk bersolat.

Selesai sahaja si suami membersihkan diri, berilah layanan pertama anda yang sepatutnya; menyediakan pakaian,wangi-wangian untuk suami; pastinya sejadah sudah pun terhampar rapi; jangan lupa sediakan minuman dan manis-manisan (sediakan lebih awal)

Nota: Boleh juga disertakan niat mandi Sunat Taubat..

2. Solat Sunat Pengantin/Solat Sunat Taubat dan Hajat.
Suami mithali tentunya mampu untuk mengimami sebarang solat. Justeru bakal suami perlu mempersiapkan diri dengan ilmu agama paling tidak yang berkenaan Fardhu Ain. Alangkah malangnya andai suami kita tidak tahu perkara-perkara asas agama ini. Nasiblah...isteri terpaksa ajarkan dulu..terganggulah program/agenda malam pertama ini.

Solat sunat Pengantin biasanya dilakukan sebelum atau selepas aqad nikah. Andai belum lagi dilakukan, maka lakukanlah pada malam ini. Sertakan juga solat Taubat dan Hajat. Istighfar &Taubat dengan melaukan Solat Sunat Taubat.


Inilah segala permulaan dalam menekuni jalan menuju Ilahi. Perkahwinan adalah maksud melaksanakan amanah Allah seperti yang telah dijanjikan (aqad). Maka..istighfar dan taubat adalah detik permulaan yang cukup indah bagi mendapatkan restu ilahi. Apatah lagi kalau zaman sebelum kahwin, tahu-tahu sahajalah...banyak dosa-dosa yang kita sering lakukan...maka inilah waktu terbaik untuk kita kembali kepadaNya.

Manakala antara doanya;
“YA Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad sae dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”


“Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik,lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram.Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa.Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, ister/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai.Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami.Engkau peliharalah kami,isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami,isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah,kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali), Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

 Susuli pula dengan doa taubat dan istighfar kepada Allah s.w.t.  

3. Bersalaman Selepas berdoa; Si isteri bersalamlah dulu dengan si suami; antara perkara yang diajukan..minta supaya suami menerima dirinya seadanya. Baik buruknya. Manis masamnya. Cakaplah apa sahaja kepada suami asal tidak melukakan hatinya. Begitu juga dengan si suami.  

4. Bincangkan hal ehwal mandi Janabah; Sekadar ingat mengingati. Manalah tau si suami atau isteri yang mendapat pasangan yang tidak mengerti soal mandi junub..besarlah akan makarnya.  

5. Meterai Perjanjian Bertulis. Siapkan pena dan kertas untuk kedua-dua mempelai menulis dasar perkahwinan. Bagi suami, tulislah apa sahaja yang dia inginkan isteri melakukannya dan dia tidak mahu isteri melakukannya.. selama tidak bertentangan dengan dasar agama. Isteri juga begitu.   Kemudian dasar ini diperbincangkan, dihalusi, dimurnikan, penawaran sebelum ianya dimeteraikan dengan tandatangan oleh kedua-dua mempelai tanda akur dan setuju untuk mematuhi dasar perkahwinan itu.

Contoh perjanjian yang diminta isteri;
Ayang nak kalau abang ke mana-mana, abang mesti pulang sebelum jam 10 malam. Ermm..rasa berat ke? Suami bolehlah minta diringankan...errmm kalau jam 11 malam tak boleh ke?  Bila dipersetujui barulah ditetapkan sebagai dasar....

Contoh perjanjian yang diminta suami;
Abang minta, andainya abang ditakdirkan bertemu jodoh untuk kali kedua (yakni isteri ke2)..harap ayang menerimanya dengan redha lillahi Taala...amacam? Isteri boleh sain ke yang ini? Terpulang!
-Bersambung-

Artikel berkaitan malam pertama;

http://www.artikelislami.com/2010/05/adab-malam-pertama-dalam-islam.html

No comments:

Post a Comment