Wednesday, April 18, 2012

Niat menuntut ilmu...

Hanya jawatan menjadi matlamat ‘menuntut ilmu’ ?


Motivasi oh motivasi!

Pendidikan hari ini lebih bermakna dengan kemunculan perunding atau motivator yang menjadi ‘nadi’ penggerak kepada kecemerlangan pelajar-pelajar. Saban kali motivator ini diundang bagi menaikkan lagi semangat belajar para pelajar untuk terus berjuang hingga ke titisan peluh terakhir. Tak kira, samada peringkat rendah mahupun menengah malah peringkat universiti juga turut mendapatkan khidmat nasihat dan rundingcara pakar-pakar ‘cakap’ ini.

Tidak dinafikan akan advantage yang diperolehi oleh pihak sekolah dengan menjemput pakar motivasi ini. Akan ada peningkatan semangat belajar di kalangan pelajar setelh ditunjuk ajar oleh pakar. Setidak-tidaknya mereka ada jadual dan teknik belajar berkesan mengikut saranan motivator. Pihak sekolah dan PIBG sanggup berhabisan demi mempastikan peratus kecemerlangan meningkat. Mereka berusaha untuk mendapatkan pakar-pakar motivasi terkenal, kerana semakin terkenal motivator itu, semakin hebatlah kesannya nanti kepada para pelajar.

Motivator pun memulakan startingnya dengan penuh bergaya. Laptop LCD siap terpasang buat memaparkan pelbagai bahan menarik. Tak kurang pula yang menggunakan suara persis kem komanden dalam menaikkan aura pelajar. Lawak jenaka apatah lagi. Siap berbicara tentang anak-anak sendiri. Anak pertama sekarang di universiti. Anak kedua di Matrikulasi. Anak ketiga di Asasi, Anak keempat baru habis STP. Macam-macam lagi cerita anak-anaknya dikongsi. Bukan apa..cumnya nak habaq bahawa dia ‘berjaya’ mendidik anak-anak sampai berjaya! Wah hebatnya dia! Jadi tirulah macam saya wahai ibubapa!

Pelajar pelajar mulalah disuntik semangat di jiwa. Dipaparkan bingkisan contoh pelajar-pelajar yang telah berjaya. Dulunya Nor Amalina, Siti Zainab dan kini Nor Madihah. Pelbagai rahasia pelajar terbabit dikongsi bersama. Dipaparkan akan kesungguhan ibubapa dan pelajar, terutamanya yang miskin. Walaupun dicengkam kemiskinan, namun semua itu tidak menghalang mereka berjaya. Malah pelajar OKU turut diwar-war dan dicakna. Pelajar asyik dan sedar insaf akan ketekunan mereka. Anda mesti mencontohi mereka! Anda mesti berjaya.

Tibalah saat, jiwa pelajar dimainkan lagi. Kamu mesti ingat akan pegorbanan ibubapa yang bersusah payah membesarkan kamu. Lihat! Klip video ini...Ibu mithali ibu yang sejati, kasih sayangmu kasih yang suci, pengorbananmu disanjung tinggi, jasamu tetap di sanubari...hati dan perasaan pelajar mula diketuk halus...dengan harapan air jernih akan jatuh membasahi pipi. Kalau tidak, maknanya anak-anak pelajar tidak berjaya menyelami pengorbanan ibu. Entah berapa puluh kali pelajaar disajikan dengan klip video ini. Pelajar seakan lali sudah dengan tektik ini. “Ah, di sekolah rendah dulu pun yang inilah juga ditayang...muak dah aku...komen pelajar. Pergi dapatkan mama sekarang! Peluk mama! Minta maaf pada mama...selama ini kita banyak berdosa pada mama...kita tidak mendengar kata nasihat mama.....

Ada pelajar yang boleh lakonkan babak ini dengan baik. Ada juga pelajar yang tak berjaya nak menangis. Tak kurang juga yang malu-malu kambing. Kalau ramai yang menangis, alamak berjayalah aku, bentak motivator. Kalau tidak, kali ini seting aku tak menjadi! Taka pa....

Kamu mesti membalas jasa-jasa ibubapa kamu! Tengok tadi, betapa menderitanya ibu ketika melahirkan kamu. Apakah bla bla bla.....berjanjilah bahawa kamu akan membalas jasa mereka nanti. Kamu akan berusaha supaya sampai ke universiti. Kamu akan buktikan bahawa kamu akan merangkul segulung ijazah, demi membahagiakan ibubapa yang bukannya orang senang. Dengan ijazah itu nanti kamu akan memperoleh jawatan yang besar gajinya. Kamu akan mampu membela nasib keluarga. Kamulah harapan keluarga! Dan bila kamu berjaya nanti, janganlah pula jadi macam si Tanggang durjana!

Tammat! Inilah matlamat ‘pendidikan’ dan menuntut ilmu yang ibubapa, guru, motivator berhabisan mencemerlangkan pelajar. Supaya pelajar dapat keputusan cemerlang, dapat masuk pusat pengajian tinggi, dapat ijazah dan dapat pekerjaan atau jawatan yang baik. Tammat jugalah akan pengajian! Oh! Setakat itu sahaja program munutut ilmu yang Barat ajarkan.

Kalau begitu tujuan dan matlamatnya, ianya tidak ada kaitan langsung dengan menuntut ilmu seperti yang didisiplinkan olah Islam. Usahlah guna hadis-hadis yang menyarankan setiap muslim menuntut ilmu. Bahkan menuntut ilmu hingga ke negeri China. Kelebihan penuntut ilmu. Kelebihan Ulama. Usah gunakan semua itu untuk memotivasikan pelajar menuntut ilmu sebegini. Tidak ada kelebihan menuntut ilmu atau kemahiran yang matlamatnya hanya untuk dunia semata-mata. Ikutlah barat sepenuhnya! Tidak ada apa-apa kelebihan menuntut ilmu dalam dunia pendidikan barat. Tidak ada! Apa lagi ilmu-ilmu yang dipelajari hanyalah ilmu untuk maslahat keduniaan semata-mata. Ilmu-ilmu ini diutamakan melebihi ilmu agama yang fardhu ain dan ilmu agama fardhu Kifayah. Sedang ilmu-ilmu agama ditinggalkan.

Menuntut ilmu dalam Islam adalah tulus hati kerana Allah. Tidak ada tujuan dunia disisinya. Hukama pernah berkata: “ kami menuntut ilmu (aagama) kerana dunia, tetapi ilmu (agama) tidak mahu ianya dikeranakan kerana dunia dan ianya enggan! Kecuali kami kembalikan keikhlasan kami kerana Allah semata-mata”

Maknanya, tujuan dunia dalam menuntut ilmu dalam Islam tidak boleh seiringan. Malah ada hadis yang disebut oleh Imam As Sayuthi dalam Kitabnya Adabuttilawah :

“Sesiapa yang menuntut ilmu kerana tujuannya selain Allah atau menghendaki selain Allah, maka sediakanlah tempatnya di dalam neraka”

Betapa beratnya ancaman Allah kepada mereka yang menuntut ilmu agama bukan kerana Allah. Allah minta agar kita menyediakan tempat kita di dalam neraka. Bayangkan! Kalau nawaina kita belajar itu semata-mata untuk mengejar pangkat dan kedudukan serta jawatan. Apakah selaras dengan tuntutan Allah? Jawabnya tidak sama sekali. Justeru, kalau matlamat dunia diwar-warkan dalam menuntut ilmu, sebenarnya kita telah menukar kehidupan dunia yang sementara ini dengan kehidupan yang kekal abadi di sana.

Kita fikir kita telah laksanakan tanggungjawab menuntut ilmu namun sebenranya kita hanya menuntut dunia! Dunia! Dunia!...

No comments:

Post a Comment