Wednesday, March 28, 2012

Dosa dalam menuntut ilmu

Dosa dalam Menuntut Ilmu ...

Ramai yang menganggap, bila sudah berada dalam medan menuntut ilmu sudah terlaksana kewajipan sebagai seorang Muslim dalam menuntut ilmu. Inilah 'faham' sebahagian besar umat Islam. Dan ilmu itu pula difahami secara umum. Asalkan belajar, sudah dikira menuntut ilmu sebagaimana yang Allah wajibkan.


Selagi umat Islam  'faham' sebegini, selama itulah umat Islam berada dalam dosa walaupun zahirnya dia adalah seorang penuntut ilmu.


Menuntut ilmu samalah seperti kita mengambil makanan. Apakah 'semua' jenis makanan bisa saja kita makan? Apakah semua makanan perlu di makan sebanyak yang mungkin? Asalkan ianya bernama makanan, kita suap sahaja ke mulut walaupun saat itu badan butuhkan yang lain?


Kerana itu, dalam hal pemakanan ini, kita akan dapati pakar-pakar pemakanan akan memberikan kita 'hirarki' makanan yang mesti kita ikut demi menjaga kesihatan dan keselesaan tubuh badan. 


Ada makanan yang kita mesti ambil secara asasinya dalam bilangan yang banyak. Ada yang sederhana dan ada yang sedikit sahaja. Ada pula yang boleh diambil sesekali sahaja dan ada pula boleh sekerap yang boleh. Seandainya kita mengambil makanan ikut suka tanpa mengambil kira keperluan tubuh badan kita, makanan itu sekalipun ianya menambat selera kita...ia akan membinasakan diri sendiri. Lihat Piramid makanan di bawah;


 Demikianlah halnya dengan menuntut ilmu..di sana adanya ilmu yang mesti dipelajari dan dikuasai serta oleh setiap muslim. kalau ilmu ini tidak dipelajari, seorang muslim akan berdosa. Itulah ilmu-ilmu fardhu ain. Kalau makanan, ianya adalah makanan asasi untuk keperluan utama tubuh badan. Tanpa makanan ini tubuh akan lesu dan tidak bermaya...tanpa ilmu ini juga 'martabat' seorang muslim tidak sempurna.

Ini disebabkan ilmu-ilmu ini adalah ilmu untuk 'mengabdikan' diri kepada Allah s.w.t. Padanya ada makrifah, ibadah, tazkiyah khuluqiyyah. Apalah gunanya insan tanpa makrifah akan Khaliqnya, apalah gunanya insan tanpa 'ubudiyah' akan Tuhannya, apalah gunanya insan tanpa 'suci hati' dari mazmumah zahir dan batin. Justeru meninggalkan ilmu-ilmu fardhu ain menjadikan sesorang manusia tidak bernilai di sisi Allah.

Itu adalah asas dalam menuntut ilmu. Perlu difahami bahawa falsafah dan maqasid menuntut ilmu dalam Islam tidak sama sekali  boleh difahami melalui perspektif ilmu barat. Ianya amat berbeda sama sekali. Barat tidak ada 'peraturan' atau hirarki ilmu yang perlu diikuti.

Ilmu Menurut Para Ilmuwan Barat

Kata “Ilmu“ merupakan terjemahan dari “science”,menggunakan metode-metode yang secara etimologi  berasal dari bahasa latin “scinre” artinya “to know”. Dalam arti yang sempit science diartikan untuk menunjukkan ilmu pengetahuan alam yang sifatnya kuantitatif dan objektif.

Sedang Ilmu menurut perspektif islam memiliki peran instrumen atau sarana untuk mencapai tujuan Islam, tujuan ilmu disini sama denngan tujuan dari agama Islam, iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat.
Manakala Metode memperolah ilmu menurut ilmuwan Barat pula tidak ada yang menggunakan intuisi dan wahyu, karena Ilmu dalam perspektif Barat tidak ada kaitannya dengan Agama, karena Agama dianggap tidak mendukung pertumbuhan ilmu dan cara berfikir ilmiah.
http://harunalrasyidleutuan.wordpress.com/2010/01/22/ilmu-menurut-perspektif-islam-dan-ilmuwan-barat/

Justeru andai kita memahami ilmu mengikut 'nilai' barat, tentu sekali kita akan tersesat dalam mencari ilmu. Kita tidak mengerti apa sebenarnya ilmu yang sepatutnya kita pelajari dan ilmu manakah yang letaknya di hirarki tertinggi, kedua tertinggi dan seterusnya.  Ilmu manakah yang boleh kita pelajari hanya sebagai sampingan sahaja.

Mari kita fahami Ilmu dalam Islam mengikut Hirarkinya;

1. Ilmu fardhu Ain : Yakni ilmu-ilmu yang didasari oleh Iman, Islam dan Ihsan, yang menjadi tonggak Agama. Ilmu-ilmu ini memfokuskan kepada;
  1. Makrifatullah dan berkaitan Rukun-rukun Iman yang lain.(Aqidah)
  2. Tatacara dan hukum hakam ibadah untuk mengabdikan diri kepada Allah. (Feqah)
  3. Ilmu menyucikan diri zahir dan batin. (Tasawwuf/Akhlak)

Tiga serangkai agama di atas wajib dipelajari mengikut kadar yang melayakkan seseorang itu kenal akan Allah, betul amal ibadahnya dan suci zahir batinya. Walaupun perbicaraan ketiga-tiga ilmu di atas adalah teramat luas, namun ulama telah menetapkan 'kadar' fardhu ain yang mesti kita mempelajarinya. Dan yang lebihnya dikategorikan sebagai ilmu fardhu Kifayah.

Inilah kedudukan hirarki pertama dalam proses menuntut ilmu. Meninggalkan ilmu-ilmu ini adalah berdosa. Apa lagi meninggalkan ilmu ini untuk menuntut ilmu-ilmu fardhu kifayah yang lain.

2. Ilmu fardhu Kifayah dari tiga tonggak ilmu di atas. Ilmu fardhu kifayah yang terlebih utama kita mempelajarinya sudah semestinya masih lagi dalam ruang lingkup ilmu wahyu itu sendiri. Ilmu yang dimaksudkan itu ialah kadar yang lebih dari ilmu Aqidah, Feqah dan Tasawwuf di atas. Bahkan ada ulama yang menyarankan agar kita lebih menumpukan kepada ilmu Tasawwuf, tidak merasa memadai dengan banyak mahupun sedikit.

Deemikianlah kedudukan hirarki ilmu yang kedua, yang perlu kita pelajari demi menghampirkan diri kepada Maha Pencipta.

3.Adapun hirarki ilmu ketiga yang merupakan keutamaan setiap muslim dalam menuntutnya ialah; ilmu-ilmu wahyu yang lain seperti ilmu tafsir, ilmu Hadis, ilmu Nahu Soraf, Badi', Ma'aani, Bayan, usul fiqh, faraidh dan bermacam-macam lagi furu' ilmu dalam Islam yang juga merupakan ilmu-ilmu fardhu Kifayah Agama selepas hirarki kedua di atas.

4. Adapun hirarki keempat; adalah ilmu-ilmu untuk kemaslahatan dunia seperti sains, matematik, geografi, perubatan, pembinaan dan sebagainya yang tergolong dalam ilmu-ilmu yang bukan berasaskan agama atau wahyu.

Demikianlah kedudukan hirarki ilmu yang perlu difahami oleh umat Islam. Kita melihat para ulama terdahulu yang menguasai ilmu di hirarki keempat seperti ibnu Sina, Ibu Khaldun, Al Khawarizmi dan ramai lagi adalah para ulama yang sudah pun menguasai hirarki kedua dan ketiga. Sekalipun mereka mahir ilmu hirarki keempat, namun hirarki kedua dan ketiga mereka tetap mereka kuasai.

Berbeza dengan cerdik pandai yang ada pada hari ini. Mereka mahir ilmu hirarki keempat, namun jahil akan hirarki kedua dan ketiga, malah ada yang ketinggalan dalam ilmu Fardhu Ain yang merupakan hirarki ilmu yang pertama.

Inilah kesesatan dalam menuntut dan menguasai ilmu. KIta menyangka, kita telah laksanakan kewajipan menuntut ilmu, namun ilmu yang 'wajib' kita utamakan menjadi sampingan, manakala ilmu sampingan kita utamakan pula.

No comments:

Post a Comment