Sunday, March 25, 2012

Pegangan Ahlussunnah Waljamaah

I'tiqad Al-Asy'ari Adalah i'tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah May 21, '07 11:19 PM



Sheikh Qadhi Tajuddin Abdul Wahab As-Subki r.a. menegaskan bahawa: "Kesemua ulama' mazhab Hanafi, Syafi'e, Maliki dan Hanbali r.a. bernaung di bawah aqidah yang satu, iaitu di bawah naungan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang beriman kepada Allah s.w.t. dengan jalan Sheikh Sunnah iaitu Imam Abu Al-Hasan Al-Asy'ari r.a.. Beliau menambah lagi dengan katanya: "Kesimpulannya, aqidah Al-Asy'ari ialah aqidah yang mengandungi aqidah Abu Ja''far At-Tohwi r.a. yang diterima dan dipersetujui oleh ulama' mazhab. (Mu'ad Al Ni'am wa Mubid Al-Niqam karangan Imam As-Subki).

Sheikh Muhammad Al-Arabi At-Tabbani r.a., seorang sheikh mazhab Maliki di Masjidi Haram, Mekah menyatakan: "Ahli-ahli hadis terkemuka selepas Abu Hasan hingga ke zaman ini merupakan pengikut mazhab Al-Asya'irah. Kitb-kita tarikh (sejarah islam) dan tabaqat (biodata-biodata ulama') juga mengutarakan hal sedemikian.

Sheikh Muhammad Amin yang masyhur dengan gelaran Ibn Abidin Al-Hanafi r.a. berkata di dalam kitabnya Radd 'ala Al-Durr Al-Mukhtar bahawasanya: "ahlus Sunnah wal Jamaah ialah Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyah".

Abu Abdullah Al-tolib ibn Hamdun Al-Maliki r.a. menulis di dalam hasyiah beliau mengenai Al-Asy'ari r.a.: "beliau merupakan orang yang pertama yang menumpukan penulisan tentang aqidah Ahlus Sunnah wal jamaah, menyimpulkannya, dan mempertahankannya daripda sebarang keraguan dan kesamaran serta membatalkan dakwaan pembangkang (ahli bid'ah dalam masalah aqidah seperti mu'tazilah, mujassimah dan sebagainya).

Berkata Sayyid Murtadho Az-Zabidi r.a., dalam buku beliau ittihaf As-Saadah Al-Muttaqin (2/8): "Jika disebut sebagai Ahlus Sunnah wal Jamaah, maka ia merujuk kepad golongan Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyah".

Sheikhna Ustaz Fuad dalam buku beliau "Wahhabisme dari Neraca Syarak" menjelaskan bahawa: "Keistimewaan Imam Abu Hasan Al-Asy'ari r.a. dalam menegakkan fahamannya ialah, beliau mengutamakan dalil-dalil Al-Qur'an dan As-Sunnah serta pertimbangan akal dan fikiran. Berbeza dengan kaum mu'tazilah yang mendasari fikiran mereka kepada akal dan falsafah dari Yunani di dalam membicarakan Ilmu Usuluddin.

"Imam Abul Hasan Al-Asy'ari juga berbeza dengan kaum Mujassimah (menyerupakan Tuhan dengan makhluk) yang hanya berpegang kepada zahir ayat Al-Qur'an dan Hadis, sehingga mereka menyatakan bahawa, Tuhan bertangan, berwajah, bertempat dengan duduk di atas Arasy dan sebagainya. Fahaman yang ditegakkan oleh Imam Abul Hasan Al-Asy'ari r.a. merupakan fahaman yang diyakini dan dii'tiqadkan oleh Rasulullah s.a.w.. dan para sahabat" (m/s 205-206).

(Diringkas dan dirujuk dari buku Sheikhna Ust Fuad bin Kamaluddin Al-Rembaui Al-Maliki bertajuk: "Wahhabisme dari Neraca Syarak)

http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/141?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem#

No comments:

Post a Comment