Tuesday, January 31, 2012

Nabi Lahir hari Isnin Rabiul Awwal..kenapa?

Al Allamah  Al MuhaddithAs Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki Al Hasani menghuraikan kenapa hari lahir Rasulillah di pilih pada hari Isnin dan kenapa bulannya pula bulan Rabiul Awwal?

Kesimpulan dari muhadharah As  Sayyid ialah; bahawa kelahiran Rasulullah di pilih pada hari dan bulan yang tidak terkenal di sisi orang Arab ialah untuk menyatakan bahawa kemuliaan Rasulullah adalah tersendiri, bebas dari sebarang pengaruh samada pengaruh hari atau pun bulan.

Sebagaimana yang kita ketahui, dalam sejarah manusia dan para nabi khasnya, ada hari2 tertentu yang dianggap mulia seperti Hari Asyura yang ada pada bulan Muharram. Di samping ianya juga terkenal antara bulan-bulan Haram yang diketahui umum akan kemuliaanya.

Jika Rasulullah dilahirkan pada bulan-bulan tersebut, tentunya ada yang membuat tohmahan betapa kemuliaan Nabi adalah kesan kepada kemuliaan hari-hari dan bulan tersebut..Semuanya ini adalah untuk membebaskan Rasulullah dari tohmahan dan andaian tersebut.

Wallahu a'lam. 

No comments:

Post a Comment