SELAMAT BERTANDANG...

SELAMAT BERTANDANG...

Tuesday, January 10, 2012

Ayat-Ayat Mutasyabihat



Pandangan Para Ulama tentang ayat-ayat Mutasyabihat

1. Imam Nawawi berkata; Kesimpulannya; Tafwidhul Ma'na (menyerahkan makna) itu ialah : kami tidak mengetahui akan makna murad (apa yg dikehendaki) Allah dengan ayat kesamaran (mutasyabih) ini, tetapi kami beriman  dengannya, kami juga i'tiqadkan bahawa makna zahirnya tidak dikehendaki dan tetaplah baginya makna yang layak dengan Allah s.w.t.

Kataku: telah ijmak salaf dan Khalaf bahawa ayat mutasyabihat itu tiada murad (bermaksud) dengan makna zahirnya lantaran Allah menegaskan : "dan tidaklah mengetahui akan takwilnya melainkan Allah". Yakni kena juga mentakwilkannya. Ini kerana FirmanNya lagi : "Tidak menyerupainya oleh sesuatu, Dialah yang maha Mendengar lagi Maha Melihat" dan juga berdalilkan Surah Al Ikhlas.

Sabda Rasulullah Sallallahu alihi wasallam:
"Apabila kamu melihat orang-orang yang mengikuti (memakai makna zahir) mutasyabihat samada dari Al Quran atau Hadis, maka orang-orang itulah yang Allah namakan mereka sebagai : orang-orang yang tetap hati mereka dengan kesesatan; maka berhati-hatilah kamu dari mereka itu"
Hadis riwayat Muslim, Turmuzi,  Abu Daud.

Dan pada satu riwayat: " janganlah kamu duduk bersama mereka". Dalam riwayat lain pula: "mereka itulah golongan khawarij yang tidak pun beramal dengan ayat yang Muhkamnya.

Dan riwayat dengan isnad yang sahih di sisi Imam Ahmad : "mereka itulah anjing-anjing neraka".

Telah berkata Sayyiduna Abi Bakr Radhiallahu anhu:
"Membahaskan tentang zat Allah itu adalah perbuatan kufur dan syirik". Seperti membahaskan bagimana zatnya, macam mana istiwaNya, macamana turunNya.

Berkata Sayyiduna Umar radhiallahu anhu pula:
"janganlah kiranya ada di kalangan kaum muslimin yang duduk beserta dengan orang-orang yang bertanyakan/mempersoalkan/memperbanyaksoal akan ayat-ayat mutasyabihat.

Sayyiduna Ali Karramallahu wajhah berkata:
" Allah mencipta arasy adalah untuk menzahirkan Maha sempurna, Maha Agung QudratNya, Kuasa PemerintahanNya, Bukan kerana sebagai "tempat tinggalnya", kerana Allah wujud tanpa tempat. KeadaaNya sekarang samalah seperti sediaNya juga".

Sayyiduna Ali menambah lagi :
"Sesiapa menyangka tuhan kita ada 'had' atau 'sakatan' pada zatNya, sesungguhnya dia jahil akan tuhan yang menjadikan makhluk ini yang disembah dengan sebenarnya"

Ummu Salamah telah ditanya tentang istiwa, maka jawabnya : " Istiwa' itu maklum, kaifnya pula (yakni caranya) tidak diketahui, beriman dengannya adalah wajib, bertanya (mempersoalkannya) adalah bid'ah.
Yakni, telah maklum disebut dalam Al Quran dan "al kaif" (cara) tidak diketahui, kerana makna dari segi zahirnya tidak dikehendaki (ghair Muraad) hanya sanya wajib kita i'tiqad akan makna yang 'muawwal' (ditakwil) dengan Ijmak Ahlussunnah wal Jamaah samada Salaf mahu pun Khalaf. Takwil secara Ijmal disamping 'tafwidh' maknanya kepada Allah di samping 'tanzih' (mensucikanNya).

Tentang wajib beriman dengannya, kerana istiwa itu disifatkan sendiri oleh Allah Taala. Adapun tentang maksud istiwa itu adalah perlukan makna yang 'muawwal' (ditakwil). Hanya Allah sahaja yang tahu akan makna yang ditakwil itu, bagi pihak kita ianya suatu kesamaran. Sedang perkara kesamaran tidak boleh diperbanyaksoal jawabkan.
Imam Abu Hanifah ditanya tentang istiwa', maka katanya: "Jikalau Allah memerlukan duduk dan tetap (pada tempat) maka sebelum Dia meciptakan arasy di manakah tempat dudukNya? Maha suci Allah Taala daripada semua itu. Maha suci Allah lagi Maha Besar KeagunganNya.

Petikan dari Risalah: (edit bahasa)
سيف الحق لنصر أهل الحق
oleh Tuan Guru Hj Abdullah bin Saa'mah
Pondok An Najmiah Kg. Tebing,
Pengkalan Kubur,
Tumpat, Kelantan
Malaysia.


http://leekubo.blogspot.com/2010/05/politik-di-masjid-pengasas-pondok.html

No comments:

Post a Comment