Wednesday, December 28, 2011

Cara Mudah Menulis Membaca Jawi

Formula FB4+K Berkesan mengatasi masalah JAWI anda!

FORMULA 4B+K


Dengan mengikuti formula terkini yang direka khas, hasil kajian dan pengalaman penulis sendiri,  kini peluang untuk menguasai  JAWI menjadi lebih cepat dan mudah. Istimewa bagi mereka yang sememangnya boleh membaca/menulis RUMI.

Dengan sedikit penerangan ringkas, anda boleh menguasai Jawi dengan begitu senang, selesa dan mudah!

Formula telah diaplikasi di kalangan pelajar kategori LEMAH dan TERBUKTI berkesan! Dalam masa 1 jam sahaja (bagi yang langsung tak tau Jawi, tapi boleh membaca Rumi) anda mampu untuk membaca jawi (asas) bahkan mampu menulis dengan baik. Insya Allah.

Sebarang pertanyaan untuk mengadakan Kursus/Bimbingan Formula Mudah ini atau untuk mendapatkan formula mudah ini, sila berhubung dengan talian berikut:

No HP: 01114965308 (En. Azmi) SMS/CALL/WASSUP


JAWI
J-aga A-manah W-arisan I-bunda

Saturday, December 3, 2011

Memperoleh Kasyaf Terbesar!

Memperoleh Kasyaf!!!


Kasyaf adalah antara anugerah Allah terhadap hamba pilihanNya. Kasyaf bermaksud pendedahan; yakni pendedahan tentang hal-hal berkaitan di luar alam zahir atau alam nyata. Ia meliputi kebolehan ‘melihat’ perkara-perkara yang tidak mampu diungkap dengan mata kasar yang berlaku di alam-alam seperti alam jabarut, alam malakut dan alam lahut dan lainnya. Atau pun juga pendedahan akan hakikat perkara-perkara zahir yang dilihat secara hakikatnya dengan basirah. Hal ini terhasil dari cermin hati yang suci bersih, yang dapat mencerap alam-alam lain dengan izin Allah.

Oleh kerana ciptaan Allah dalam semua alam ini penuh dengan keagungan, Jamal, Jalal Allah, maka ada ketikanya Allah mahu memperlihatkan rahsia-rahsia itu kepada hamba pilihanNya buat menambah iman hambaNya itu dengan haqqul yaqin dan kamalul yaqin. Ada kalanya rahsia kejadian itu tidak dibenarkan dihebahkan kepada orang awam. Nanti pantas sekali mereka akan mendustakannya!

Di dalam Al Quran sediri ada memperihalkan akan ‘kasyaf’ ini, ianya dimasyhurkan sebagai ‘laduni’. Hal ini terjadi kepada Nabi Allah Musa yang berguru kepada Nabi Khidhir alaihimasalam. Maka terjadilah perkara-perkara pelik yang pada Nabi Musa adalah sesuatu yang patut dimunkarkan. Semua itu berlaku kerana Nabi Musa melihat zahirnya, akan tetapi Nabi Khidhir melihat sebaliknya. Inillah satu contoh kasyaf atau ilmu ladunni yang dizahirkan ke atas hamba-hamba pilihanNya, sehingga nabi Musa sendiri akur akan kelemahannya. Kelebihan ini tidak ada padanya.

Demikianlah kasyaf..keupayaan seseorang untuk melihat hakikat-hakikat yang berlaku dengan ‘bukaan’ atau futuh dari Allah Taala. Pernah juga seorang ulama yang melihat akan hakikat manusia yang berubah wajah mereka seperti anjing, babi, kera dan sebagainya disebabkan dosa-dosa, namun wajah-wajah itu disucikan dengan wudhuk yang mereka ambil ketika bertandang untuk bersolat di masjid.

Di ketika yang lain seorang sufi sambil berjalan melihat akan namanya di langit, namanya tersenarai di kalangan ahli neraka. Namun hal itu sedikit pun tidak mengganggu gugat ketekunannya dalam musyahadah akan Allah, menekuni ubudiyah, al unsu billah setiap lahzah. Dia redha akan ketetapan Allah yang Maha Adil akan segala perbuatanNya, Maha Indah akan segala ketentuanNya. Selang beberapa hari dia melihat pula akan namanya, kini namanya sudah berpindah ke senarai ahli syurga. Dia pun tidak merasa apa-apa akan kelebihan ini, baginya syurga neraka bukan lagi pertaruhan, taruhannya ialah Dia, Dia, Dia….Allaaaah! Ia mahukan kepastian akan apa sebab namanya kini sudah berada di syurga, hatif memberitahunya betapa perubahan itu adalah disebabkan ia redha dengan apa sahaja ketentuan Allah yang Maha Esa.



Yaqazah

Di antara bentuk kasyaf juga ialah yaqazah, yakni bertemu dengan Rasulullah secara jaga. Isu ini pernah timbul dan menjadi antara penyebab mengapa Aurad Muhammadiyah diharamkan yang turut menguburkan Jamaah Islam Darul Arqam. Yaqazah bukanlah perkara mustahil. Ianya ‘mumkin’ di sisi Allah. Allah mampu memperlihatkan apa sahaja yang di bawah takluk qudrah dan IradahNya, termasuk memperlihatkan diri Rasulullah kepada orang yang dikehendakiNya.

Al Muhaddith Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki Al Hasaniy, pernah mengalami akan hal ini ketika beliau mengunjungi Al Habib Ali Al Idrus Batu Pahat. Selama beberapa jam beliau dengan Habib Ali berdua dalam khalwah, beliau keluar sambil menangis dan menyatakan betapa hajatnya untuk beryaqazah akan Rasulullah termaqbul dengan keberkatan AlQutub Al Habib Ali Al Idrus. Yaqazah memang terjadi dan dialami olehnya.

Namun, siapakah yang layak mendapat kasyaf? Jawapannya hanya Allah yang tahu. Pendeknya kasyaf adalah kurniaan Allah buat para kekasihNya, kekasih pilihanNya. Kita orang awam hanya mampu melihat sesuatu ‘kasyaf’ melalui mimpi sahaja. Itu pun belum tentu ianya merupakan futuhat Ilahiyyah atau talbis syaitaniy. Bagi kekasih Allah pula, kasyaf bukanlah sesuatu yang menjadi keutamaan atau maqsud ubudiyah mereka. Ia merupakah karamah yang ada pada mereka disebabkan mujahadah mereka menempuh jalan ketuhanan. Justeru Allah bukakan rahsia-rahsiaNya kepada mereka.

Kita orang awam, kendatipun tidak dikurniakan kasyaf –kasyaf seperti itu, namun kita mampu untuk memiliki KASYAF TERBESAR! Kasyaf yang melebihi akan kasyaf para auliya tadi, yang kasyaf ini sememangnya telah menjadi darah daging mereka. Kita bertuah kerana Allah bersifat Adil, tidak mensia-siakan kita umat awam ini. Kita mampu kasyaf, kita mampu memiliki kasyaf terbesar ini!

Persoalannya bagaimana harus kita menggapainya? Sedang kita bukanlah auliya, ashfiyaa atau atqiyaaNya? Bapak Guru seringkali berpesan akan hakikat kasyaf terbesar ini. Amat bertuahlah sesiapa yang bisa mendapat akan kasyaf ini. Tidak ada tolok bandingnya di sisi Allah! Kasyaf yang paling besar di sisi Allah itu ialah; BILA MANA KITA BISA MELIHAT DAN MENYEDARI AKAN KE’AIBAN (DOSA-DOSA) DIRI SENDIRI! Dengan melihat keaiban diri sendiri menjadikan kita tidak pantas untuk mengatakan dan memperkatakan tentang dosa-dosa orang lain.

Apa perlunya kita sibuk memperkatakan akan hal-hala orang lain yakni kesalahan dan keaiban mereka sedangkan diri sendiri pun tak tertanggung akan dosa-dosa dan kesalahan diri kita sendiri!

Wallahu a’lam