Wednesday, October 5, 2011

SIAPA AHLUL BAIT?


Keutamaan Ahlulbait

Orang-orang seperti mereka itu terdapat di berbagai tempat dan negeri. Mereka terkenal juga dengan gelaran “syarif”. Sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang yang mengetahui, mereka itu berasal dari keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. Di antara mereka itu ada yang salasilahnya berasal dari al-Hassan r.a dan ada pula yang berasal dari al-Husein r.a; ada yang dikenali dengan gelaran “sayyid” dan ada juga yang dikenali dengan gelaran “syarif”. Itu merupakan kenyataan yang diketahui umum di Yaman dan di negeri-negeri lain.


“Mereka itu sesungguhnya wajib bertaqwa kepada Allah dan harus menjaga diri dari hal-hal yang diharamkan Allah bagi mereka. Semestinya mereka itu harus menjadi orang-orang yang paling menjauhi segala macam keburukan. Kemuliaan silsilah mereka wajib dihormati dan tidak boleh disalahgunakan oleh orang-orang yang bersangkutan. Jika mereka diberi sesuatu dari Baitul-Mal itu memang telah menjadi hak yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada mereka. Pemberian halal lainnya yang bukan zakat, tidak ada salahnya kalau mereka itu mahu menerimanya.

Akan tetapi kalau silsilah yang mulia itu disalahgunakan, lalu ia beranggapan bahawa orang yang mempunyai silsilah itu dapat mewajibkan orang lain supaya memberi ini dan itu, sungguh itu merupakan perbuatan yang tidak patut. Keturunan Rasulullah s.a.w. adalah keturunan yang termulia dan Bani Hasyim adalah yang paling afdhal di kalangan orang-orang Arab. Kerananya tidak patut kalau mereka melakukan sesuatu yang mencemarkan kemuliaan martabat mereka sendiri, baik berupa perbuatan, ucapan ataupun perilaku yang rendah.


“Adapun soal menghormati mereka, mengakui keutamaan mereka dan memberikan kepada mereka apa yang telah menjadi hak mereka, atau memberi maaf atas kesalahan mereka terhadap orang lain dan tidak mempersoalkan kekeliruan mereka yang tidak menyentuh soal agama, semuanya itu adalah kebajikan. Dalam sebuah Hadith Rasulullah s.a.w. berulang-ulang mewanti-wanti: “Kalian ku ingatkan kepada Allah akan ahlulbaitku…kalian ku ingatkan kepada Allah akan ahlulbaitku”. Jadi, berbuat baik terhadap mereka, memaafkan kekeliruan mereka yang bersifat peribadi, menghargai mereka sesuai dengan darjatnya, dan membantu mereka pada saat-saat membutuhkan; semuanya itu merupakan perbuatan baik dan kebajikan kepada mereka…



Panutan Saadah Bani ‘Alawi

Dalam menghadapi fitnah Wahabiyyah, jangan pula kita lupa bahawa puak Syiah juga tidak duduk diam untuk menyebarkan dakyah mereka kepada masyarakat kita yang sedari dahulu majoritinya Sunniyyun Syafi`iyyun. Syiah menyembunyikan kedok dakyah mereka dengan berbagai cara, nama dan samaran, antara yang paling lazim dilaungkan mereka ialah bahawa mereka adalah pengikut Mazhab Ahlul Bait. Benarkah dakwaan dan dakyah Syiah ini???????

Dakwaan dan dakyah ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi segelintir umat, sehingga sempat bikin kecoh di beberapa tempat di Indonesia dan Malaysia. Sebagaimana dimaklumi bahawa bumi kita sebelah Nusantara ini telah diberkati Allah dengan keberadaan sejumlah besar anak cucu Junjungan Nabi kita s.a.w. dan umumnya di Malaysia dan Indonesia, mereka-mereka ini adalah daripada keturunan Imam Ahmad bin ‘Isa al-Muhajir yang terkenal dengan gelaran para Habaib dan Saadah Ba ‘Alawi. Di samping itu ada juga keturunan Junjungan s.a.w. menurut susur galur nasab yang mulia daripada Imam Hasan r.a., Imam ‘Aun r.a. dan Imam Musa al-Kazim.

Melihat ada kelompok Saadah yang berada di Malaysia dan Indonesia yang terpengaruh dan termakan dengan dakyah “Mazhab Ahlul Bait” puak Syiah, maka para ulama, pemuka, munshib dan sesepuh habaib yang berada Hadhramaut dan al-Haramain telah bertindak mengutus sepucuk surat kepada pihak Rabithah al-’Alawiyyah dan segala keturunan Ba ‘Alawi di Indonesia dan Asia untuk menegaskan dan mengingatkan para ‘Alawiyyin di mana pun mereka berada agar berpegang teguh dengan ‘aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah dan tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah selainnya termasuklah yang bertopengkan Mazhab Ahlul Bait. Surat tersebut telah ditandatangani antara lain oleh:-

1.Habib ‘Abdullah BinSyihaab, Anggota Majlis Ulama Tarim;

2.Habib Saalim asy-Syaathiri, Mudir Ribath Tarim;

3.Habib Zain BinSumaith, Pimpinan ribath di Madinah;

4.Habib ‘Ali al-Masyhur BinHafidz, Ketua Majlis Fatwa Tarim;

5.Habib Muhsin al-Muhdhaar, Pemuka Ba ‘Alawi Shan`a;

6.Habib Hasan al-Haddad, Munshib Maqam Imam al-Haddad;

7.Habib ‘Aidrus al-Kaaf, Mudir Kuliah Syariah al-Ahqaaf;

8.Habib ‘Ali BinSyihaab, Anggota Majlis Ulama Tarim;

9.Habib ‘Aidrus BinSumaith, Pemuka Ba ‘Alawi Tarim;

10.Habib ‘Umar BinHafidz, Pimpinan Darul Musthofa Tarim;

11.Habib Muhammad bin Muhsin bin ‘Ali al-Haamid;

12.Habib Hasan bin Ahmad, Munshib Syaikh Abu Bakar;

13.Habib Haamid Ba ‘Alawi, Imam Masjid Ba ‘Alawi Tarim;

14.Habib Husain ‘Aidiid, Imam Masjid Mawlal ‘Aidiid Tarim;

15.Habib Syaikh bin ‘Abdullah al-Habsyi;

16.Habib Sholeh al-Haamid, Munshib al-Haamid;

17.Habib ‘Abdur Rahman al-Habsyi, Munshib Maqam al-Habsyi;

18.Habib Husain BalFaqih, Munsib BalFaqih;

19.Habib Hasan BinSyihaab, Anggota Majlis Ulama Tarim;

20.Habib Haamid BinSyihaab, Anggota Majlis Ulama Tarim;

21.Habib ‘Abdullah al-’Aththas, Munshib al-’Aththas;

22.Habib Muhammad al-’Aidrus, Imam Masjid as-Saqqaf;

23.Habib Muhammad as-Saqqaf, Imam Masjid ‘Ali as-Saqqaf;

24.Habib Ahmad al-Habsyi, cucu Imam Ali al-Habsyi;

25.Habib Haasyim al-Habsyi ar-Rausy, Ketua Ulama Hadhramaut & Munshib ar-Rausy.

Antara pesanan mereka buat sekalian muslimin, umumnya dan Alawiyyin, khususnya, ialah:-


Dan kami menegaskan kepada kalian berhubung urusan ar-Rabithah al-’Alawiyyah agar tetap kukuh dan istiqamah atas segala kaedah, peraturan dan susunan yang telah disusun oleh para pengasas dan pengurusnya yang terdahulu yang berjalan atas thoriqah (perjalanan) Ahlus Sunnah wal Jama`ah, mengikut mazhab yang empat lagi Asyaa`irah serta bertasawwuf. Keluarga Abi ‘Alawi (Ba ‘Alawi) adalah satu bahagian yang tidak terpisah daripada golongan terbanyak umat ini (as-sawadul a’dhzam) iaitu Ahlus Sunnah wal Jama`ah.

Mereka dalam i’tiqad kepercayaan berpegang kepada manhaj al-’Asyaa`irah, dalam furu’ fiqh berpegang dengan mazhab Imam Muhammad bin Idris asy-Syafi`i al-Mutholibi serta menjalani manhaj tasawwuf yang suci dan jauh dari segala bid`ah dan penyelewengan. Maka jaga-jaga jangan sampai mengubah sesuatu dari apa yang telah mereka asaskan atau menyimpang dari jalan dan kaedah mereka atau menggantikannya dengan manhaj selain manhaj mereka, walau bagaimana pun rupa bentuknya. Maka thoriqah (perjalanan) mereka adalah (sebagaimana dinyatakan oleh Imam al-Haddad):-


Untaian mata rantai mereka yang sanadnya

Kepada Junjungan Nabi terpuji lagi pemuji termulia

Thoriqah petunjuk yang telah diambilkan dia

Dari sir orang-orang mulia

Para khalifah orang-orang mulia sebelumnya

Ayah mengambil daripada ayahandanya

Dan demikianlah berlanjut keadaannya

Alangkah mulianya segala ayahanda

Serta anak keturunan mereka

Begitulah antara himbauan para Habaib kita agar kita sentiasa berjalan atas jalan para salaf yang terdahulu dari kalangan ulama dan pemuka Ba ‘Alawi. Awas jangan ada yang cuba menyimpang dari jalan yang ambilannya cukup terang dan nyata tersebut. Memandangkan silsilah dzahabiyyah para Saadah ini yang telah diambil oleh seorang anak daripada bapanya yang mengambil daripada bapanya sehingga ke para leluhurnya yang ke atas, maka Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi berkata:-



من لا سلك طريق ابآئه تخيب وضع

ٍ

Sesiapa (dari kalangan Ba’Alawi) yang tidak menjalani perjalanan para leluhurnya, nescaya dia akan kecewa dan terhina.

Oleh itu, Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi turut melantunkan doa yang berbunyi:-



اللهم إني أبرأ إليك من كل عقيدة لا يعتقدها أسلافنا الصالحون

Allahumma inni abra-u ilaika min kulli ‘aqiidatin

laa ya’taqiduhaa aslaafunaash shoolihuun

Ya Allah, sesungguhnya aku berlepas diri kepadaMu daripada segala ‘aqidah yang tidak dipegangi oleh para salaf kami yang sholeh.



اللهم آمين يا رب العالمين


http://pondokhabib.wordpress.com/about/

No comments:

Post a Comment