Sunday, September 25, 2011

Punca Aliran Sungai-Sungai Syurga…

Punca Aliran Sungai-Sungai Syurga…


Sabda Nabi Sallallahu alaihi wasallam:

“Pada malam aku diisra’kan ke langit, aku diperlihatkan kesemua syurga, justeru aku melihat empat batang sungai; ada sungai air, sungai susu, sungai arak dan sungai madu yang suci bersih sepertimana Firman Allah, bermaksud:
“Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. ….”

Lantas aku berkata kepada Jibril: “Dari mana datangnya keempat-empat sungai ini dan ke mana ianya mengalir? Jawab Jibril: “ia mengalir ke Kolam Kausar, namun aku pun tidak tahu dari mana datangnya, mohonlah kepada Allah agar Dia memberitahu dan memperlihatkannya kepadamu.” Maka Nabi berdoa, lantas datang seorang malaikat seraya berkata: “Ya Muhammad, pejamkan matamu” maka aku terus memejamkan mata. Malaikat itu berkata: “Bukalah matamu! Tiba-tiba aku berada di bawah satu pohon, aku melihat satu Kubah dari Permata Putih, pintunya pula dari permata Yaqut Hijau dan Penutupnya dari Emas Merah. Andai dihimpunkan dunia dan semua isinya dan diletakkan di atas Kubah ini seolah-olah seekor burung bertengek di atas sebuah bukit atau seperti sebiji telur diletakkan di atasnya.

Aku melihat sungai-sungai itu mengalir dari bawah Kubah itu, maka aku pun ingin kembali, lalu Malaikat tadi bertanya: “kenapa tuan tidak memasukinya? Daku bertanya : “Macamana aku nak masuk sedangkan pintunya tertutup”. Dia berkata padaku : “Kuncinya ada di tangan tuan! Kataku: “Mana? Jawabnya : Bismillahirrahmanirrahim. Lantas aku pun membaca Bismillahirrahmanirrahim, tidak semena-mena terbukalah penutup itu..maka aku melihat keempat-empat sungai itu terpancar dari 4 penjuru Kubah ini.

Lalu aku pun ingin beredar keluar, Malaikat tadi menyapaku : Ya Muhammad, sudahkah engkau melihatnya? Jawabku : “Sudah”. Katanya: “lihatlah sekali lagi!..Maka aku melihatnya lagi, aku dapati di atas setiap penjuru Kubah itu tertullis ‘Bismillahirrahmanirrahim’..Aku dapati Sungai Air keluar dari Huruf Mim pada ‘Bismillah’, Sungai Susu pula keluar dari Huruf Haa ‘Allah’. Manakala Sungai Arak keluar dari Huruf Mim ‘Ar Rahman’ dan Sungai Madu pula keluar dari Huruf Mim ‘Ar Rahim’. Tahulah Daku bahawa tempat ambilan Sungai-sungai ini ialah dari ‘Bismillahirrahmanirrahim’. Lalu Allah berfirman: “ Wahai Muhammad, sesiapa sahaja dari Umatmu yang mengingatiKu dengan Nama-Nama ini, nescaya Aku akan memberinya minum dari Sungai-sungai ini”.

-misykaatul anwar-

No comments:

Post a Comment